Thursday, 4 October 2012
Update
Jika sudi, jenguklah saya di sini; My Lil Baby
Thursday, 20 September 2012
Ikhtiar yang dilakukan sepanjang perkahwinan
Sekarang ni, saya nak share ikhtiar yg saya lakukan sejak ttc. Macam-macam ubat/supplements yg saya dah makan selepas 4 tahun lebih perkahwinan.
Saya sebenarnya telah didiagnosed sejak setahun perkahwinan;
1. Tube kanan tersumbat, tube kiri loculated spill (separa tersumbat)
2. PCOS kedua2 ovari, patutla period xstabil
Yang paling saya sedih adalah tube tersumbat. Macammana nak unblocked tube, ada ke cara natural? Ada ke operation yg boleh nblocked tube? Dah beberapa kali bertukar gynea masih tiada solution. Suggested solution adalah wat IVF. Manalah nak cekau duit eh...huhu...last-last, dr ni suggest wat IUI, berharapkan kepada loculated spills tube.
Terasa sedih sangat bila menyedari yang diri ini perlu dicucuk semata-mata untuk matangkan telur. Nasib baik en hubby bersedia menjadi dr kedua di rumah.
Harapan tinggi sangat dengan IUI ni...sampailah tahap hubby terpaksa balik dr airport dan canceled the company trip ke luar negara, semata-mata untuk procedure masukkan benih masa waktu subur saya nanti.
3 cycle inject - cycle 1: puregon n cycle 2: puregon tambah dos dan cycle 3: gonal-f.
Dr suggest wat IUI - 13 biji telur matang (guna gonal-f) - Failed.
Rehat dan cari dr lain. Letih badan, emosi bercelaru, berat bertambah-tambah...
Selama setahun saya berehat, ingat nak try natural. Saya penah cuba biodex, homeopati, bidadari, maajun, alpha lipid, banyak lagi la, tak ingat...maybe sebab rezeki belum sampai lagi. Cemana kan, tube saya unblocked...huhu...
Tapi nightmare berakhir selepas berjumpa dgn dr yang betul bulan September tahun lalu...Itupun selepas bertanya kepada kak Nini, sama ada kewujudan pembaikan tube tersumbat. Dia kata ada, tubal repair. Saya ingat lagi, masa tu bulan Ogos, terus saya buat appointment, jumpa dengan Dr bulan Septermber. Syukur alhamdulillah.
Saya bahagikan ikhtiar ini kepada 2 fasa ok...
FASA 1 (cycle ting tong)
Tahun lepas, dapat tahu Dr Hamid boleh unblocked tube, so sy wat appointment dgn dia.
Dec 2011 - operation LOD (Laparoscopic ovarian drilling) - Berjaya, syukur alhamdulillah. Bersyukur juga sangat-sangat sebab company husband dapat setelkan bil operation tersebut.
Cycle 1 dan 3 - clomid - unovulatory - down sekejap.
Cycle ke 2 - Vitex - masih unovulatory.
Jumpa dr balik, dia suruh diet - boleh tengok di page ini.
FASA 2 (nampak cycle perlahan-lahan menjadi normal)
4/6/2012 Period
5/5/2012 Add dosage of clomid (4 pills), habatussauda and adipex
Berjaya diet, selama 10 hari berat jatuh dekat 4kg - dgn bantuan clomid, berjaya jumpa O pada CD16 - cycle masih tidak berjaya, tidak sangka O secepat itu so sy balik kg sendirian. Lagipun xjumpa CM.
4/7/2012 Period
5/7/2012 Clomid 2 pills
4/7/2012 --10 days - EPO brand naturalle and fishoil (sebelum ni ma nia makan epo brand kordel tp xnampak CM langsung)
Cycle July 04- ovulate pada CD16 juga dgn bantuan clomid - tidak juga berjaya, bila tengok daripada bbt chart maybe sebab kurang progesteron tapi CM banyak menjejeh-jejeh.
Jumpa dr balik, dia suruh rehat/natural sebab dah makan clomid 3 cycle. The next cycle kalau period dia soh wat hsg balik sebab penah ada history tube blocked sebelum ni...
3/8/2012 Period CD1 - Natural tanpa clomid.
3/8/2012 10days - EPO brand naturalle and fishoil
8/8/2012 - start Shatavari, Himalaya product - fungsi utk mencantikkan telur.
8/8/2012 - SK Al-Khisbun dan Hulba 8/8/2012 - susu kambing segar + kurma. Share susu SK dengan hubby. Susu kambing segar + kurma membantu membesarkan telur.
8/8/2012 - NPC (menambahkan hormon progesteron)
Saya guna Natural Progesteron Cream (NPC) lepas je habis period sampai counting DPO.
23/8/2012 - confirmed ovulation. Tak jadik O kat kampung...rupanya extend pulak O seminggu...huhu...
Lewat period 10 hari, barulah berani nak test guna CBD - preggy 2-3weeks :)
Dari segi rohaniah, setiap hari Jumaat lepas solat isyak, saya amalkan;
Baca Al-Fatihah 1x, Selawat Shifa 10x, Selawat Tafrijiyah 1x, zikir - Al-Bari, Al-Musawwir 1000x. Kena buat ni selama 10 minggu berturut-turut.
Saya amalkan Solat Dhuha.
Masa dalam kereta pun berzikir Al-Bari Al-Musawwir...mudah-mudahan benih bersatu dan membentuk.
Start dengan bulan Ramadhan, hari-hari ma nia baca surah Maryam, Surah Al-Imran dan Surah An-Nur...terasa down sangat sebenarnya.
Orang lain masa raya bergembira, saya dalam bilik, berduka bila kena smashed...ubatnya sy baca Al-Quran...hentam je mana-mana surah. En hubby pun macam dah boring nak layan. Last-last saya dimarahnya, katanya terlalu emo.
Subhanallah, bersyukur sangat dengan kurniaNya ini. Mudah-mudahan si tecik ni kuat implant dan membesar...Mudah-mudahan juga kandungan ni sempurna sampai saat melahirkan. Amin...
Friday, 14 September 2012
At last...
Untuk pengetahuan kawan-kawan ttcians, cycle kali ni sememangnya saya cuba secara natural. Dr suruh saya berehat dan datang balik untuk buat hsg test, cek tube sama ada block balik atau tak...Syukur alhamdulillah, maknanya tube saya dah berfungsi dan berjaya membawa spermanya ke ovumnya...
Syukur alhamdulillah, setelah penantian kami selama 4 tahun 7 bulan ini akhirnya berbaloi...Setelah membeli pelbagai upt dan ends up with nothing, tak penahnya nampak apa2 bayang kat sebelah line control tu...at last jumpa faint line juga setelah 2 hari dalay period. Tapi masih lagi was was masa tu... alang alang beli la terus Clear Blue Digital (CBD) akhirnya keluar perkataan pregnant 2-3 weeks...Takutnya awal pagi ngetest hanya Allah sahaja yang tahu...
Saya sebenarnya dah agak juga yang saya dah preggy, melihatkan graf bbt yang menaik seperti di sebelah ni...tapi test upt asik la faint line...tengok perubahan badan pun nampak biasa je, cuma perut dan breast terasa memberat.
Mudah-mudahan lepas ni giliran ttcian juga...ingatlah dugaan ini adalah kerana Dia sayangkan kita...Dia rindu nak dengar luahan perasaan dan meminta kita kepadaNya...semoga kawan-kawan ttcian terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini...Allah nak suruh kita doa 100x, sekali kita doa 99x je lepas tu give up. Kan ke rugi tu...Jadi teruskanlah usaha dan berdoa kepadaNya...
Dah buat appointment tadi, saya akan berjumpa lagi dengan Dr pada hari Rabu petang...mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. Doakan kandungan saya ini sempurna dan membesar sampai saat melahirkan ya...
Friday, 24 August 2012
Menyambut Hari Raya aka Baby Dancing
Terlebih dahulu, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...Minta maaf dari hujun rambut ke hujung jari sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati teman-teman seperjuangan sekalian...0 - 0 k..
Raya saya biasa je, beraya rumah mentua...erm...no komen la...rasanya air mata ni banyak sangat bercurah-curah keluar...hurm...
Cuma nak cerita, kebetulan waktu ovulation tu adalah masa raya ke 3...nasib baik la sempat BD juga masa waktu-waktu bising tu...ye la...anak-anak buah hubby ramai sangat sampai pekak rasa telinga...dan-dan masa tu gak BD...wah...memang la susah nak concentrate...hahaha...
Bersyukur juga saya, walaupun tak makan clomid, tapi O tetap memunculkan dirinya...risau gak sebenarnya...walaupun masa makan clomid, O pada CD16, without clomid, O pada CD19...ok la juga tu, lambat 3 hari...doa sangat kali ni dipermudahkan...EW ada, BD time O, cuma telur keluar belah kiri atau kanan wallahualam...nak je cek telur tapi apa leh buat nun jauh di kampung sana...huhuhu...apapun, berserah je la...dan doa banyak-banyak...
Risau sebenarnya dengan tube kanan sebelah ni...kalau telur kuar kat situ berjayakah ia bersenyawa dengan sperma? Hari tu, masa operate, tube belah kanan flow tak laju...dr kata sebab tube saya ni berlekuk lekuk...alahai cam tu lak? Pastu ibu tepon, bagitau cousin yang berjaya preggy tu pun rupanya ada masalah salur fallopio sempit. Then die gi jupe dr pakar kat kajang, dr tu bagi die ubat untuk meluaskan tube...first time saya dengar. Penah tak kawan-kawan tau pasal benda alah ni?
...........................
Tak de idea dah nak tulis apa...nanti sambung lagi k...bubye...
Tuesday, 14 August 2012
Counting O
Hari ni ada benda best dan ada yang tak...awal tadi dpt email, happy, tapi at the other side, sedih jek...huhu...ntahla...HOD sekarang ni cam emo, pompuan kan...sebelum ni lelaki, cool je...macam teruk je saya ni, dia siap cakap 'adui...cemana ni', 'eiii'. camtu la...sebabnya? saya tak datang langsung jenguk2 diorang...huhu...tapi think positive je la, maybe mulut dia je cam tu, tapi hati baik...mungkin...
Tapi tengahari ni mood dah ok...lepas dapat email dr diorang...rasanya assumption sy yang mulut dia melaser tapi hati baik tu betul kut...die email steps n benda-benda yang saya kena prepare. Banyak nak kena buat esok ni...
Sambil-sambil buat kerja, fb tetap bukak...haha...sabo je la ye...ni dah start count O. Wahai O, di mana kau...sebelum ni kan makan clomid, O pada CD16...kali ni free dari clomid, so masa ni la nak tengok tahap hormon dalam badan...satu lagi yang menggembirakan saya, berat dah turun lagi sekilo...hehehe...happy macam dapat duit je kan...tapi sebenarnya saya tak berapa selesa juga dgn perut ni...kena wat sit up juga, at least sebelum O ni...kalau dah O kena jaga-jaga pula...
Saya masih lagi teruskan pemakanan suhu kambing n kurma ni. Terasa badan cam best je, panas semacam jek...terasa nak makan en suami je rasa...hahha...walau bagaimanapun, saya bagi can la juga selang sehari...selagi lum dekat-dekat O kalau boleh saya tanak kacau la...kalau hari-hari BD kepenatan lak si kawan tu...hehe...
Ok la...nak kena sambung lak wat keje...YAHOO...steps yang saya buat selama 2 minggu dah berjaya solved hari ni...:) suka... suka...
Friday, 10 August 2012
Cuba Jaya
Harini saya di rumah je, tadi tetiba lak rajin mengemas rumah...sume debu-debu saya lap...vakum lantai...kemas-kemas baik kain dalam almari tu...especially my dearest hubby punya baju-baju...mak ai banyak gila...aritu katanya nak bawa balik separuh sebab tak pakai pun...saya pun dah siap asing-asingkan baju yang tak nak pakai dah dan nak dihantar ke kampung. Bukannya tak elok tapi baju-baju tu dah lama tak pakai...daripada duk lama kat gobok tu baik bagi kat orang...
Kemas-kemas gobok tu pun dah ambil masa sejam lebih tau...huh...pas tu mop lantai lak...ntahla...rasa tak larat nak buat kerja ni dan terasa seronok pula mengemas dan berpeluh-peluh...walaupun terasa agak penat...almaklumla puasa kan...hahaha alasan...
Harini fikiran saya relax je...cuma sekarang ni nak banyakkan aktiviti kerohanian, ye la sebelum ni kan period...dah alang-alang sampai ke 10 malam terakhir ramadhan ni, mana la tau doa kita dimakbulkan olehNya...
Semalam saya ke Mid Valley lepas berbuka kat opis...singgah ke Himalaya, beli Shatavari...Kawan saya la syorkan, sebab die ada pcos, tapi sejak makan Shatvari ni, period dah mula stabil. Dan dia pun sudah tidak mengambil clomid lagi...jadi, alang-alang saya dah tak makan clomid cycle ni, so nak try gak produk ni...yang penting, untuk cycle ni guna cara natural, tak makan-makan ubat dah...dan nak latih hormon ni untuk membesarkan telur sendiri...Cuba jaya...tak cuba tak tau kan...
Tetiba lak harini terasa mengidam, nak makan Cheese Cake kat Secret Recipe tu..huhu...dah message hubby soh beli balik umah nanti...
Ntah apa la motif saya nak menulis ni pun tak tau...Merapu je...dan mengantuk...terasa nak tito...huarghhh...ok la..bye...
Sunday, 5 August 2012
Mimpi aneh
Kemudian, malamnya saya bermimpi. Saya berada di suatu tempat, berkeseorangan di situ. Kemudian, ada suara berkata "Wahai Nia Zara binti *** (nama betul saya), janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya inilah dugaan yang Aku berikan padamu, untuk melihat sejauhmana kasih sayangmu padaKu. Apa yang kamu inginkan itu akan diberikan juga, cuma bersabarlah". Kemudian saya nampak di hadapan saya tulisan (kata-kata) tersebut.
Saya bangun je tidur, terus teringatkan mimpi tersebut...Lalu menangis, sampai saya tertidur balik. Esoknya saya cerita dengan husband. Saya bertanya kepada husband, mimpi tu benar atau mainan syaitan? Husband jawab, 'mana ada syaitan di bulan Ramadhan ni'. Setahu saya, kalau mimpi Nabi Muhammad adalah benar, maknanya syaitan tak boleh menyerupai Nabi. Tapi yang ni...
Saya tak tahulah apa anggapan kalian, kawan-kawan ttcian saya yang disayangi. Walau bagaimanapun, saya anggap ini adalah jawapan kepada pertanyaan saya sebelum itu, yang membuatkan saya rasa lega dan bersyukur. Sesungguhnya saya semakin yakin dengan sebab musabab dan kehendakNya, mengapa doa saya masih belum dimakbulkan. Hari ni, saya keluar dengan semangat baru...semoga kekuatan untuk menunggu rezeki yang satu itu akan dimakbulkan.
Friday, 3 August 2012
Bermulalah kembali CD1
Pagi tadi bila ambil suhu dan sememangnya suhu dah jatuh bawah coverline, tak ada pula rasa sedih dan keciwa...hehe...macam lain sikit cycle ni...maybe sebab sebelum ni memang tak menaruh harapan yang tinggi kut. Lepas tu, sebelum ni banyak gak berdoa, kalau dapat bad news juga kali ni, moga dikuatkan semangat untuk menempuhi lagi cycle yang seterusnya...
Semalam, saya ada buat research sikit pasal diri sendiri. Cycle tu tak menjadi mungkin kerana;
1. kurang hormon progesteron - ntahla suhu nampak rendah semacam jek...ada kaitan ke..hehehe...pandai2 la wat assumption
2. BD time tidak mengena - kami BD 2 hari sebelum dan sehari selepas ovulation...lagi elok BD ontime la kan...
3. Tube history - sebelum ni kan tube pernah tersumbat, so takut die jadik lagi sebab dah 6 bulan treatment...dr pun soh wat hsg balik...macam nak wat masa bulan posa ni jek la...
huhu...dah la sakit...adoi...
Utk treatment kali ni, saya nak amalkan
1. Susu kambing asli...saya dapat RM4 satu botol,dah order untuk 12 botol...setiap hari minum satu botol..
2. Natural progesteron - untuk tambahkan progesteron dalam badan
3. Hulba Al-Khisbun - untuk bersihkan rahim, mematangkan telur dan tube tersumbat...
tengah order, Selasa baru sampai...
Saya redha je la...yang penting untuk cycle ni pun saya berusaha walaupun tanpa clomid...saya betul2 berharap supaya telur boleh besar sendiri tanpa bantuan clomid. Amin amin ya rabbal Alamin...
Tuesday, 31 July 2012
DPO12
Hari ini saya sudah menjejak ke DPO12, FF saya seperti di sebelah. Entahla...suhu pun menampakkan penurunan pula hari ni...peyut pun dah start cramp...macam tiang bendera merah nak memunculkan dirinya jek...untuk hari ni, saya banyak berdoa supaya dipermudahkan hati saya untuk menerima berita tidak baik...cuba untuk meyakinkan diri yang kita perlu sabar dan tabah...cuba untuk tidak menangis lagi, cuba untuk menjadi kuat.
Walaupun bukan senang untuk menjadi sekuat itu, apa lagi bila terbacakan blog minah ni semalam, 'terasa sempurna menjadi perempuan bila dah mengandung dan melahirkan'. Terfikir-fikir je sampai ke hari ini.
Tak apalah...kalau pun bendera merah tu muncul lagi, saya akan mencuba lagi, tapi dengan cara natural sebab sy dah tak boleh makan clomid. Saya dah makan clomid 3 bulan berturut2, so kena stop sebulan dan kalau masih lagi tidak berezeki, saya akur dengan kehendak dr untuk membuat IUI selepas raya nanti.
Setelah membaca nukilan motivasi, ayat ni mengatakan yang jika apa yang kita doakan itu tidak dapat di dunia, kita akan mendapat ganjarannya di akhirat. Ganjaran yang lebih hakiki. saya terfikir, sanggupkah saya untuk hidup berdua dengan sang suami melayari bahtera perkahwinan tanpa zuriat selama hayat masih dikandung badan? Saya tidak rasa yang saya sanggup untuk tiada zuriat...bukannya sebab orang sibuk bertanya dan mengata, tapi sebab hasrat hati yang teringin untuk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.
Susah betul bagi saya berttc sambil belajar ni. Terasa penat jek...tengah menulis, memerah otak, tetiba terfikir pasal benda ttc ni, search pasal benda tu pula...kadang-kadang merenung graf FF, cuba menganalisis sendiri maksud graf tersebut. Kadang-kadang saya menjadi calculative, menganalisis masa saya terasa cramp dan masa BD, dan yang sewaktu dengannya. Aiyo...pikir dua benda dalam satu masa boleh pecah otak ooo...
Semoga Allah menguatkan semangat yang selalunya nipis bila sampai ke penghujung cycle.
Thursday, 19 July 2012
Adakah rezeki itu?
Harini nampaknya suhu saya sudah naik, maknanya saya dah ovulate. Memang tepat pula cycle kali ni macam cycle lepas, syukur alhamdulillah. Tapi, saya agak kecewa sebab masa waktu-waktu subur tu suami tiada di sisi sebab outstation.
Saya dapat rasakan, hormon saya dah makin balance sekarang. Saya mengamalkan epo dari CD1 sampai sebelum ovulation, dan saya dapati CM saya memang banyak...dan dah lama sebenarnya saya tak nampak CM ni.
Sebenarnya, CD16 tu saya dah terasa-rasa macam telur tu tengah keluar, melalui rasa senak-senak kat bahagian kiri ovari... Masa tu adalah lebih kurang pukul 7ptg. Masa tu hati saya meronta-ronta untuk pegi ke tempat outstation tu, kat Johor. Tapi dia duk suruh sabar...sabar...sabar...telur tu kalau nak keluar mana boleh ditunggu-tunggu...bengang juga...at last, malam tu sendiri lagi...
Esoknya, dia kata dia akan cuba balik awal...sekali tau tak bila sampai rumah? Dah pukul 9pm dah masa tu...dah la jammed teruk semalam sebab hujan. Setahu saya, telur boleh menunggu selama 12-24 jam je kan...ni dah lebih dah 24 jam...Saya berserah je la...
Saya terfikir, padahal cycle saya dah makin elok, tapi ada saja penghalangnya. Sebelum ni, saya balik kg. Encik suami gatal tak nak ikut sebab dah tak ada cuti. Cycle kali ni pula dia outstation. Dah tak larat dah sebenarnya.
Dan kawan-kawan ttcian boleh lihat sendiri dari FF yang saya letak kat sebelah ni...suhu dah semakin menaik dah...sekarang ni, kena menunggu je la...cuba redha je la atas apa yang akan berlaku.
Tuesday, 10 July 2012
Makanan yang elok untuk kesuburan
Memang McD sangaat sedap, tapi buat masa ni saya terpaksa extend dulu selera mentekedarah ni...huhuhu...di bawah adalah senarai pemakanan yang elok, yang saya akan cuba amalkan, insyaAllah...artikel ni ditulis oleh kak nini.
----------------------------------------
assalamualaikum wbt,
Ini merupakan cadangan perubahan cara gaya hidup dan pemakanan.... untuk semua jenis penyakit terutama INFERTILTY .....
Keep a basal body temeperauture chart untuk cari hari subur.
http://www.storknet.com/cubbies/preconception/bbt.htm
Bersama masa hari subur.
Seterusnya cuba yang ini pulak.
Cuba untuk 3- 6 bulan dan lihat perubahan pada diri anda---
PEMAKANAN
RAJIN2lah ke dapur wei!!! bagi keluar asap sikit ---- suami pun nanti duk umah je bini rajin masak :P
Kalau berat badan bukan di lingkungan berat yang ideal, target untuk turunkan berat badan 1-2 kg sebulan dengan petua berikut .. AND NO CRASH DIETING PLEASE!
**Makan heavy breakfast dan lite dinner dan lite lunch --- * NEVER SKIP breakfast instead SKIP A HEAVY DINNER.
**Pastikan snek dengan pisang segar atau kekacang (almonds) in between the three meals... supaya tak lapar dan minum 6 glasses of plain water a day and one cup of hot green tea.
*Kalau boleh makan yang ORGANIK dan tidak diproses
BANYAKKAN memakan makanan berikut yang kaya anti-oxidant, dan trace minerals:
1- Makanan berasaskan soya Tempeh,soya bean drink jus yang pure, tofu fah
2- Labu
3- Keledek (bold - makanan untuk membantu meningkatkan hormon estrogen dan progesteron)
4- Jus kulit manggis - beli dari internet atau buat sendiri (keringkan kulit manggis , rebus tiga jam dan minum- kaya flavonoids dan anthocyanin)
5- Cranberry juice - kat farmasi guardian atau health foods shop byk.
6- semua jenis Ulam2an
7- Pisang
8- Ikan tongkol dan sardin segar
9- Ayam kampung dan telur kampung
10 - Bayam ungu dan bayam biasa
11- Tofu
12- Minyak kelapa dara / minyak sayuran seperti canola oil or soya oil...
13- Mentega dari sumber sayuran yang kurang tranfats seperti virgin olive oil margarine.... kalau boleh. Elakkan planta marjerin yang tinggi transfat
14- udang / kerang sekali seminggu
15 - sotong sekali seminggu
16 Semua jenis fruits, tubers (ubi), veggies yang kaya dengan warna seperti terung, keladi dan lain-lain
17- Kacang dhal, kacang almonds, kacang hijau
18- Buah delima / pomegranate
19- Buah anggur merah
20-dragonfruit
21- papaya
22- Roti wholemeal
23- Capati
24- Pasta
25- Mentimun
----- Buat dressing untuk ulam dengan berikut untuk dapatkan khasiat anti-oxidan dll...
*- Minyak kelapa dara
*- tumbuk bawang putih dan lada hitam
*- Masukkan cuka apple cider vinegar
*- masukkan brown sugar
tabur atas ulam dan makan bersama nasi brown rice dan lauk.
----- kalau memasak banyakkan guna bahan2 ini dan jangan buang rempah tu, elok dimakan jugaklah...
*bunga cengkih dan semua rempah-ratus macam pelaga , kayu manis, bunga lawang
*asam jawa
* halia (sangat bagus)
*kunyit hidup (sangat bagus)
* bawang putih (sangat bagus)
MAKANAN DILARANG
Menurut pakar pemakanan terkemuka di Amerika makanan kategori ini kebanyakkan genetically modified (GE), tinggi bahan kimia dan pengawet dan banyak growth hormones...dan juga tinggi BPA yang menybbkan kanser, masalah hormon dan lain2.
** Elakkan / jauhi bagai satu WABAK makanan2 ini, kalau teringin makan sekali sebulan jer:
1- Semua jenis processed foods / segera / dalam tin / dalam packet
eg. KFC, maggi mee, Mc dee's , roti gardenia putih
2- Kurangkan susu yang diproses seperti condensed milk, krimer , tepung gandum
3- Ayam disuntik
4- Telur yang disuntik
5- Kek, pastri dan makanan yang kaya gandum putih
6- Semua minuman bergas
7- Daging, paru, limpa , hati any organ meats
8- Milo, coke, kopi, teh tarik
9- Kurangkan makanan high transfat content macam marjerin....
----KURANGKAN / POTONG TERUS dari diet
1- Nasi putih
2- Gula putih
3- Nasi lemak
4- Roti canai
5- Ayam Kentucky
6- Mcdonalds
7- Pizza
8- Teh tarik
9- Semua minuman kotak, bertin dan bergula ----- dan dicampur warna tiruan
-----Karbo yang dibenarkan:
1- semua jenis pasta / sp
2- Thosai
3- capati
4- organik wholemeal bread ( kalau susah dapat organic yang biasa pun ok)
5- Brown rice
6- Potatoes / ubi keledek / ubi keladi
DESERT / SWEETS dan fats YANG dibenarkan dalam kadar yang kecil sehari
1- DARK CHOCOLATE (YEY!!!!)
2- Pure Honey (yang pure je ye... makan dengan wholemeal muffin atau lempeng dari gandum wholemeal pisang)
3- Brown sugar
4- Any virgin oil macam - minyak kelapa dara
Makanan melayu yang sihat dan baik
1- Nasi kerabu guna bahan asli (setengah pinggan saje tau!)
2- Bubur pisang/ ubi keladi (kurangkan santan dan gula)
3- Masak sambal tempeh atau tauhu
4- Ikan bakar cicah air asam
5- Goreng pisang
6- Cucur badak
7- Asam pedas ikan sardin segar
8- Masakkan ayam kampung goreng halia
9- Ayam percik (ayam kampung)
10-Pisang/ ubi goreng
11- bubur chacha ( kurang santan dan gula)
12- Tauhu Bakar
13- Rojak buah
---- Ambil supplemen ini:
1- Vitamin E 200 dua biji sehari (wajib)
2- Vitamin C 500 mg dua kali sehari
3- Fish oil 1000 mg dua biji sehari (wajib)
4 -Kalsium lactate 300 mg dua biji sehari
5- Folic acid 10 mg sehari
6- Habbatus sauda 2 sudu / kapsul sehari
7- Cranberry juice
8- Evening primrose oil 500 mg dua biji sehari
9- RESVERATROL 200 mg sebiji dua kali sehari
Wednesday, 4 July 2012
Update
Dah lama ya saya tak jenguk ke sini...cuma nak bagitau, cycle bulan Jun pun masih lagi belum berjaya...huhuhu...sedih memang sedih...Bangun tido je pada hari kedua delay tu terus cek suhu...wah, suhu dah jatuh, 36.6 degree. Saya rasa confused, bukan apa, saya ni dahla tak penah delay tang luteal phase tu, sebab dpo saya maintain DPO12. Ni dah sampai ke DPO14, so bila cek upt - hasilnya negatif :(
Harini, sepatutnya DPO15, saya nampak suhu dah jatuh ke 36.2 degree...pegi kerja, nampak spotting...oohhh...makcik tu datang menjengah lagi...Boleh tengok suhu saya di sini (Jun 4, 2012).
Walau bagaimanapun, ada beberapa sebab untuk saya merasa bersyukur dengan cycle bulan Jun ni. Antaranya;
1. Cycle saya dah makin elok. Sebelum ni, selepas operation, cycle saya lebih consistent tapi lama sangat, 47-51 hari. Tapi cycle bulan Jun ni Dr suruh saya berdiet, to date, berat saya dah jadik 58 kg...dan pada masa yang sama saya berjaya identify yang saya berjaya ovulate pada masa yang normal; CD15. Sebelum ni, saya selalunya ovulate pada hari ke 34/35, atau tidak ovulate langsung. Tapi malangnya, masa ovulation tu saya berada di kampung, jauh dari suami tersayang. Mungkin sebab inilah saya masih lagi belum ada rezeki. Ovulation awal itu sememangnya di luar expectation, kalau saya tahu saya akan ovulate hari tu sudah semestinya saya akan paksa husband untuk ikut balik ataupun tak jadik balik. Apa nak buat, itu la yang dikatakan Allah masih tak nak beri lagi.
2. Sekarang ni saya dah mampu jadikan amalan pemakanan saya sebagai rutin, dan perut saya pun dah tak meragam macam dulu kalau saya tak makan tengahari. Makan buah je pun dah cukup. Perut pun dah rasa lebih selesa, kalau tak terasa berlipat je perut ni kalau masa kita duduk.
3. Saya identify yang masalah saya adalah kekurangan CM. Saya tak perasan langsung kedatangan CM tu pada hari ovulation tu. Jadi, ada seorang forumer bagitau, yang dia mengamalkan EPO jenama Naturalle, sebab itu dia dapat menghasilkan CM yang banyak. Maka, dengan ini saya pun telah berkunjung ke Guardian untuk membeli EPO jenama tersebut untuk cycle kali ni. Padahal di rumah ada 3 botol EPO lagi, jenama Kordel kalau tak silap.
Untuk cycle kali ni, saya akan mengamalkan;
1. Meneruskan diet seperti biasa.
2. Baru terbaca di fb forum - Makan core pineapple untuk memudahkan implantation di mana core pineapple ada bromelain yang membantu memudahkan implantation. Makan masa waktu subur. Pineapple actually tak elok dimakan di awal waktu period sebab boleh affect vagina dan CM pH, yang menjadikan ia lebih bersifat asid. So dah nak abis period tu boleh la makan...Terasa nak makan pajeri nanas.
3. EPO jenama Naturalle
4. Lain-lain basic supplement.
-----------------------------------------
Ada sorang minah cuba berchat dengan saya dalam fb, dia ni kawan lama saya masa di uni
Dia: Hai, dah ade baby?
Nia: Belum lagi la...honeymoon lagi ni...
Dia: uhhh...boringnya...
Terus saya tutup FB...sabo je la
Ok la...nak balik ni...Semoga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam penantian ini...Semoga suami kita juga sama-sama memberikan semangat dan sokongan kepada kita. InsyaAllah, satu hari nanti kita akan dapat juga, cuma cepat atau lambat je yang menjadi pertanyaan di kepala ni...Pedulikan dengan kata-kata orang lain. Kuatkan semangat ya, chaiyok chaiyok...Amin...
Wednesday, 20 June 2012
Ke klinik lagi
Dr Aimy: 'Oleh kerana telur dah pecah, jadi kita tak payah bagi suntikan untuk pecahkan telur ni. So boleh la buat IUI kalau nak. Kalau tengok macam ni, ada dua biji telur yang dah pecah ni'.
Saya: 'Ha? Buat IUI? Bila Dr?'
Dr Aimy: Hari ni?
Saya : Sungguh saya tidak sangka. 'Eh, semalam dah bersama, Dr, Harini boleh ke lagi?'
Dr Aimy: 'Berapa count sperm husband?'
Saya: 'Sperm count dah buat kat l***n. Ada 60 juta'.
Dr Aimy: 'Should be no problem. Tapi oleh kerana semalam dah bersama, jadi peratus kejayaan separuh je la'.
Saya: Berfikir sebentar. Bukan tak nak IUI tapi mengejut sangat. Lagipun telur dah pecah takut dah lambat sangat. 'Tak apa lah Dr, Biarlah natural sahaja'
Dr Aimy: Ok. Kalau ada apa-apa call klinik je (in case period).
Ops, panik i...biar betul? Sebelum ni pernah juga saya buat IUI tapi Dr akan pecahkan telur dan telur tu akan pecah pada keesokan harinya. Lepas tu baru buat IUI. Lagipun, cycle saya panjang, sebelum ni 45 hari each cycle. Ni baru hari ke 18, maknanya maybe telur keluar 2 hari lepas kut. Sebab masa tu saya ada terasa senak-senak kat ovari (only my assumption). Lepas tu, tadi pagi cek suhu dan suhu dah naik dah, 36.63 darjah.
Nampaknya cycle saya dah nak elok dah. Dr kata semua ni adalah hasil saya berdiet, sebab berat badan turun jadi hormon menjadi elok balik. Cuma satu benda yang saya terlupa nak tanya dia balik, telur yang pecah tu matang ke? ke ada juga telur yang tak matang tu pecah?
Updated: Saya ada bertanyakan kepada kak Nini berkenaan dengan telur pecah tu matang ke tak.
Kak Nini: 'Sekiranya ia pecah dgn sendiri itu tandanya ia matang...jika ia tidak pecah ia akan menjadi cyst...itu tandanya ia tidak matang.. JIKa pesakit ada PCOS ...ada kemungkinan juga sekali sekali telur matang dan pecah sendiri...sebab itu masih ada yg mengandung walaupun ada PCOS.'
Meaning, telur tu memang matang la. Doa banyak-banyak je sebab bersama pun bukannya waktu ovulation.
Tuesday, 19 June 2012
Hati terasa berbunga-bunga walau bukan dengan darah daging sendiri...
Semalam, saya mencuba petua yang diberikan oleh yannie, berkenaan dengan petua bomoh siam yang pernah diceritakannya sebelum ini. Aish tengah bermain waktu tu dan saya bertanya,
Saya: Aish nak baby boy or girl?
Aish: Baby girl.
Saya: Aish nak baby girl or boy?
Aish: Baby boy...
Saya tergelak. Ooo...nampaknya semua perkataan yang berada di bahagian belakang akan disebutnya....hehe...
Saya: Aish nak baby girl or boy or twins?
Aish: Twins...
Hahahaaha...
Saya amik mainan tersebut dan simpan ke dalam beg...
Dia gemar juga bermain dengan pistol, tapi takkan saya nak amik pistol dia kan...so saya cuma amik puzzle yang dia pegang masa tu..hehe...
Harini dah nak balik dah...Diet saya berjaya lagi, tiga hari lepas berat saya 61.6kg, sekarang ni 60.8kg. Wah, satu perkembangan baik ni...InsyaAllah, lepas ni saya akan teruskan diet yang sebelum ni saya rasa mustahil. Apa boleh buat, ibu paksa saya supaya makan malam juga...huhu...sedap sungguh...tapi saya tetap maintain makan sedikit saja...kalau tak, saya akan makan dua pinggan nasi....sabo je kan...apa tak berat badan bertambah2 sebelum ni...
Petang ni dah nak berangkat. Terasa berat je hati ni...tapi apa boleh buat, En suamiku tu tak bagi dah stay lama-lama kat kg...Tak tahan, katanya...Siap gaduh2 manja juga hari tu...huhuhu...bukan ape, dah la saya jarang balik kg, ni pun balik kejap je...nanti raya pun cuti dalam seminggu camtu...Tak pe la...nanti bulan 12 diorang nak ke Singapore, terus turun ke Johor dan Melaka terus ke rumah saya. Bolehlah melepas rindu lagi...Cuma masa tu si Aish ni takde la...ye la...kalau mak bapa dia tak ikut susah juga nak dibawa. Ada kang dia menangis minta balik kan lagi haru...huhuhu...
Ok la...Aish tengah tekun menulis tu...saya nak kacau dia sat...:)
Friday, 15 June 2012
Yeay, diet saya berhasil
Ok, rutin makan saya seperti berikut. Pagi saya breakfast berat, nasi dan ikan rebus, sayur rebus. Atau bakar ikan. Tapi kalau pegi uni, saya breakfast nasi dan ikan goreng juga, minyak lagi. Masak kat umah juga yang best, suka suka hati kita je nak masak apa. So, bila dah makan berat waktu siang, tengahari dan malam saya makan buah dan salad je. Stok buah memang menimbun dlm fridge. Dan banyakkan minum air, supaya tak lapar. Setiap hari, pagi atau petang, saya wajibkan diri saya jogging guna treadmill, dan tadi beraerobik sat...So, buat masa sekarang ni, gula yang saya makan hanyalah gula dari buah je. Saya tak minum dah milo atau sewaktu dengannya.
Cuma hubbyku ni pula, malam kata nak diet, tapi mulut duk mengunyah kerepek, keropok dll...aritu kantoi dengan saya dia masak maggi. Berkali-kali saya suruh dia makan tengahari, tapi alasan, tak sempat, sibuk dengan business dia tu...huhu...Saya kenalah proaktif, rajin buatkan dia salad dan potong buah-buah...Lepas tu minum milo letak susu pekat manis pula tu. Letak susu separuh tak nak. Adui...gula la tu sayang.
Saya nak teruskan routine ni sampai berat saya 55kg...sampai hilang lemak-lemak tepu kat badan ni, insyaAllah.
Semoga semangat ini terus meninggi dan tidak hangat-hangat tahi ayam...

Menyirap darah
Anak sepupu saya dua orang yg duduk sebelah rumah ni temankan saya. Sorang enam tahun dan sorang lagi 2 tahun. Tiba-tiba soalan si Pia yg berumur 6 tahun tadi membuatkan saya menyirap darah.
Pia: Acik, acik tiada anak lagi?
Saya: Diam, tension betul...pastu saya menggelengkan kepala dengan soalan dia.
Bila melihatkan saya geleng kepala, si Pia ni bertanya lagi dengan nada terkejut 'Ai? Lambat juga...ooo...mungkin sebab acik lambat kawin. Ummi mo beranak sudah lagi...Acik tau baby apa? Baby lelaki'
Pastu, panas la saya.
Saya: 'Biarlah ummi tu beranak sampai 20 orang. Peduli apa. Tiada kerja lain suda tu. Lepas ni Pia pula beranak'. Haha, bertegang mulut dengan budak-budak pula ni.
Pia: confius dengan kata-kata saya.
Lepas tu, saya dah tak ada mood nak layan diorang. Saya suruh diorang balik. Tapi tak nak balik lagi budak-budak ni. Saja je bikin stress la...
Saya rasa, budak ni mendengar mak dan nenek dia bergosip pasal saya la ni. Sebab dengan anak buah yg lain tak ada yg begini, sibuk bertanya macam orang-orang tua je. Cili kang mulut tu padan muka.
Tuesday, 12 June 2012
CD9
Tapi harus diingat, kena amik heavy breakfast...kalau tak bahaya gak kalau lapar-lapar pun duk makan buah je...lembik la badan camtu...hehe...takat ni saya memang tak minum benda manis lagi. Milo, air laici, sirap bandung dah terkeluar dari senarai pemakanan saya. Kena disiplinkan diri. InsyaAllah...
Ada beberapa kejadian yang berlaku kat diri saya selepas mengamalkan diet. Dua hari selepas jumpa Dr aritu, saya dah start diet. Esoknya, untuk mengisi perut sebelum ke opis, saya minum segelas susu segar. Tengah sibuk memunggah buku-buku yang nak dibawa, tetiba saya termuntah susu...banyak sangat, letih rasanya bila semua isi perut terkeluar. Bila saya bercerita dengan seorang kawan ni, dia bagitau, kalau perut kosong, tak elok minum susu sebab benda tu berasid. Oh, seriously kawan-kawan ttcians, saya tak tau tentang fact ni. Lepas dari tragedi muntah tu, saya dah tak minum susu dah...huhuhu...
Satu lagi, saya dah boleh menahan nafsu makan. Dua hari lepas saya di KL Sentral, menunggu husband datang ambil. Sementara menunggu tu, ternampaklah sebuah lokasi yang berwarna merah dan figuranya sekali - dapat teka tak? McDonalds la...then tak semena-mena saya boleh masuk ke McD tu, ingat nak makan fries pun cukupla. Dua minit agaknya saya berdiri depan kaunter tu, berfikir. At last, saya keluar dari sana...Yeay, berjaya!!!
Emosi? Saya dah ok, boleh relax dan tenang. Emosi sebelum ni adalah emosi period. Semoga sinar itu akan menjelma juga untuk kita semua...Amin...
Friday, 8 June 2012
PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!!
Saya sebenarnya tidak menyangka yang saya turut mendapat PCOS ni, kerana menurut Dr, pcos ni sebenarnya adalah datang daripada genetik, benda tu memang dah ada dalam badan kita sejak dilahirkan lagi. Saya datang dari keluarga besar, ibu ada 16 orang adik beradik dan ayah pula 9 orang. Cuma, setahu saya, nenek saya menunggu 3 tahun untuk mengandung kali pertama. So possibility daripada genetik tu ada la kut...
PCOS adalah penyebab kegemukan, bukannya kegemukan penyebab kita dapat PCOS. Oleh itu, marilah kita bersama sama berdiet untuk stabilkan hormon dulu, kemudian barulah berusaha untuk dapat baby pula.
Daripada research yang saya buat di website, PCOS adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu;
1. Insulin resistance - dalam hal ini, cara kita untuk menurunkan insulin adalah penting. Maknanya, pengambilan kadar gula kena rendah, so, SAY NO TO SUGAR!!! Wah, itu dia...Fungsi utama insulin memudahkan penyimpanan gula tambahan di dalam darah sebagai lemak. Untuk pcoser, jika kadar glukosa yang dimakan itu tinggi, maka tahap insulin yang lebih tinggi daripada pengambilan protein dan gula merangsang kortisol yang memburukkan PCOS. Karbohidrat yang diproses, iaitu roti, kentang dan roti yang manis-manis tu, please block all those for your food list.
Dari pembacaan saya, natural remedy adalah;
1. Sesudu Apple vinegar campur dengan segelas air, dan minum. Ada juga orang yang makan je terus sesudu, tapi saya tak tahan la...sebab rasanya sangat masam. Saya cuma letak sedikit je atas sudu dan campur dengan air. Ada gak satu produk ni, D-Chiro-Inositol, tapi mahal la...tak mampu den. Kat sini macam-macam kebaikan apple vinegar ni.
2. Hormon imbalance FSH/LH
Ia berkait rapat dengan hormon estrogen dan progesteron. Pcoser berhadapan dengan masalah period yang tidak menentu, macam chipsmore, kadang kadang ada, kadang kadang tiada, disebabkan oleh pengeluaran estrogen yang rendah. Oleh kerana estrogen rendah, maka progesteron menjadi tinggi. Untuk mereka yang normal, hormon LSH dan FSH berada dalam ratio yang sama, 1:1.
Ada banyak produk yang membantu meningkatkan tahap progesteron yang makin berlambak dah saya nampak. Saya bukannya anti dengan produk-produk ni, cuma saya lebih sukakan natural remedy, sebab yang dijual tu pun belum lagi tentu kesahihannya. Natural remedy untuk membantu meningkatkan progesteron adalah makanan yang kaya dengan vitamin B-6. Ini termasuklah bijirin, kacang, kunyit dan oregano. Zink juga membantu mengekalkan tahap hormon progesteron. Manakala untuk meningkatkan hormon estrogen, Buah-buahan seperti epal, ceri dan wheatmeal juga membantu.
3. Testosteron tinggi
Selalunya pcoser mengalami simptom-simpton kelelakian sedikit. Oleh kerana tahap insulin dalam darah tinggi, maka ia memberi signal kepada ovari mengeluarkan banyak testosteron, jadi LH pun jadi tinggi yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Contohnya ada misai nipis dan kaki berbulu. Jadi, hormon ini berkait rapat kepada insulin resistant.
Dikatakan soya juga membantu untuk mengurangkan testosteron, tapi saya skeptical sikit dengan soya. Cauliflower dan brokkoli juga membantu menurunkan paras hormon. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh spearmint boleh diambil telah menurunkan tahap testosteron dalam badan.
4. Emosi terganggu
Emosi juga berkait rapat dengan pcoser disebabkan gangguan hormon tersebut. Selalunya pcoser mengalami depression, kerisauan dan mood selalu berubah-ubah. Saya juga mengalami benda yang sama, kadang-kadang benda kecil pun saya dah risau berlebih-lebih pula, especially masa sorang-sorang.
Bila saya tengok the whole picture of PCOS, semuanya berpunya daripada insulin resistant. Kalau insulin berada di tahap yang normal, kelenjar pituitari tidak akan signal kepada ovari supaya keluarkan hormon progesteron yang berlebihan dan kadar estrogen yang dirembes adalah rendah. Jadi, penting untuk pcoser untuk menurunkan tahap insulin.
Oleh itu, mau tak mau pcoser kena diet. Turunkan berat badan. Harini tiba-tiba timbulnya azam baru kat saya. Kekuatan saya bangkit. Sudah 4 hari saya menjalani diet yang diberikan oleh Dr. Makan roti nan dan tosai digalakkan untuk maintain diet. Of course, now I should say 'no' to processed food especially fast food.
Kawan-kawan, apa lagi, marilah kita menggembleng tenaga untuk menurunkan berat badan dan makan makanan yang organik. jadi, PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!! Selamat berjuang...
Tuesday, 5 June 2012
Tak jemu-jemu bendera merah ni melawat I ye...
Nampaknya bermula lagi penantian saya, saya dah period Isnin lepas, maknanya harini CD3. Dah la period dah mula buat perangai, die keluar sikit-sikit je, pelik la...setahu saya lepas operate, period saya dah regular, 'benda' tu banyak keluar. Tapi tidak pula...sikit-sikit je, harini pun dah tak ada lagi...hari isnin tu saya dah buat upt - negative.
So semalam saya jumpa balik la dengan Dr. Sampai-sampai je ramai orang menunggu, nasib baik saya pandai ngelat n letak cepat-cepat kad saya di atas meja...hehe...so saya dalam orang ke4 kena panggil...takde la menunggu lama sangat...Sang suami ni pun nasib baik setia menunggu isterinya ni...Sayang abang...
Masa register tu, pembantunya amik tekanan darah saya dan timbang berat. Masa timbang berat tu, saya menjerit....Berat saya naik 3.5 kg. Mak ai...saya rasa badan saya sama je macam sebelum ni...pembantu prof tergelak je...sabo je ye...
Dr bagitau, pcos memang yang paling susah nak diubati. Kena banyak sacrifice, patience and usaha. Kena turunkan berat badan, die soh hubby bawa jalan-jalan pegi tasik ke, taman ke, exercise...Oleh kerana cycle saya panjang, dalam CD25, dr start monitor telur...die juga bagi saya clomid 4 biji dan adipex.
Pembantu prof kata, adipex ni boleh membantu menurunkan berat badan. Adipex perlu dimakan awal pagi sebelum sarapan. Ia juga membantu membuang lemak yang berada pada organ peranakan kita. Kadang-kadang, lemak ni yang menyukarkan kita untuk mengandung. Mengikut website yg saya baca, adipex ni kena makan pada pukul 5.30/6pagi, sebab kesan dia tu adalah sukar tidur. Masa sarapan, makan heavy breakfast, macam Nasi lemak etc. Tengahari dan malam kurangkan makan. Die suggest minum air, makan sayur-sayuran dan buah banyak. Tapi kalau sampai menggeletar kelapan jangan pula biarkan... Boleh juga makan tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Tapi saya called ibu, mengadu nasib diri. Termenangis juga tadi, sebab saya dah tak berdaya lagi. Ibu kata, saya jadi macam ni sebab saya sorang-sorang je kat sini. Tiada orang yang saya boleh kongsikan. Perantau kan...Memang betul pun. Saya tidak bercerita pasal treatment atau stress yang saya hadapi ni pada sesiapa pun. Termasuk husband saya. Kalau cerita pun kadang-kadang terasa macam dia pun dah tak tau nak pujuk macammana. Dengan kawan-kawan? Langsung tak ada. Cousins ade je kat sini, tapi memangla tak bercerita langsung pasal isu ni. Sure sensitif dengan linangan air mata. Saya tak nak macam tu. Biarla saya nangis sorang sorang daripada orang tengok saya menangis. Saya tak suka orang kesiankan saya...Tak nak juga orang cakap saya cengeng...Tapi sandiwara kerap nangis ni pun masa period je...Masa-masa lain tak ada pula nak nangis sendiri...Nasib baik ada blog-blog ttcians...boleh la mengadu walaupun tidak pernah bersua.
Tak apa la kawan-kawan, nanti saya akan menulis lagi...Masih banyak perlu dibuat ni...InsyaAllah, bila free saya sure akan membalas kunjungan kawan-kawan ttcian yang saya sayangi...
Tuesday, 22 May 2012
Saya mahu bercuti
Oleh itu, sebelum meninggalkan kerja-kerja ni buat sementara, harini saya bekerja bagai nak rak. Syukur la, at least article dah siap separuh jalan dan processing pun sikit je lagi tinggal. Lengan daku dah sakit-sakit minta diurut...huhuhu...Malasnya masak ni...letih sangat rasa...
TTC? Ntahla, memang tak nampak lagi la tanda-tanda ovulation tu...cuma tgk dr termometer n ovulation microscope jek, nak guna ovulation strip tu rasa sayang pula...Tapi kalau ikut calculation cycle sebelum ni, sepatutnya ovulate masa bercuti nanti la...Semoga dipermudahkan...
Thursday, 17 May 2012
Manisnya hidup setelah lelah berjuang
“Aku menyerah,” gumamku pasrah.
Engkau menatapku sambil tersenyum. Pelan kau angsurkan sebuah novel bersampul gambar lima menara yang sedang kau baca. Kau tunjukkan sebuah kalimat di halaman pembukanya: Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku tersenyum masygul. Kutepis uluran tanganmu, hampir saja novel tak bersalah itu terlepas dari tangan kokohmu.
“Kalau terlalu lama lelah, pahit sudah yang terasa, barangkali mati pada akhirnya.” Aku masih bersungut. Sudah kenyang aku dengan nasihat-nasihat bijak bestari yang memaksaku untuk bersabar. Bersabar? Ahh,,,sudah sejak dilahirkan sepertinya aku dekat dengan kata-kata itu. Bersabar sampai kapan?
Hauwwftttt….kuhembuskan nafas kuat-kuat.
“Kali ini aku benar-benar menyerah, aku lelah.” Isakku pelan.
Lagi-lagi kau hanya tersenyum. “Tuhan tidak akan memberikan cobaan pada umatnya di luar kemampuan yang ia miliki”
Aku tersenyum pahit. “Benarkah? Bagaimana dengan anak-anak korban bencana yang harus kehilangan orang tuanya? Di antara mereka sekarang ada yang harus rela jadi pengemis, gelandangan, hanya sekedar untuk bisa bertahan hidup. Apa kabar para pejabat yang bahkan tak pernah peduli dengan rakyatnya? Kenapa mereka masih bisa hidup bahagia?” Aku berteriak semacam kesetanan.
“Adil tidak harus selalu sama.” Kau letakkan novel dari tanganmu ke atas meja belajarku. “Tuhan sudah berikan semua sesuai porsinya. Perbedaan ada untuk membuat kita belajar, dan bersyukur. Kalau semua manusia pintar dan kaya, kita tak akan belajar bersyukur, atas anugerah kepintaran dan rejeki yang diberikan Tuhan pada kita. Kalau semua miskin dan bodoh, kita tak akan belajar untuk menjadi lebih pintar, atau belajar caranya bekerja keras agar rejeki melimpah. Semua saling membutuhkan. Semua diciptakan saling berpasang-pasangan, termasuk kaya-miskin, pintar-bodoh. Tak ada setitik pun ciptaan Tuhan yang tidak ada manfaatnya. Bahkan pengemis, bisa jadi ladang sedekahmu.”
Aku terdiam. Mencoba mencari makna dari setiap kata-katamu.
“Mereka yang kau anggap pejabat jahat, jangan kau pikir hidup tanpa perjuangan. Terlepas dari apapun cara mereka memaknai dan menjalani perjuangan hidup itu, mereka pasti naik tangga dulu sebelum akhirnya sampai ke puncak.”
Engkau menatapku tajam. “Apakah kau sudah tau kapan perjuanganmu ini akan berakhir?”
Aku tergeragap. Pertanyaanmu yang tiba-tiba kembali ke pokok persoalan membuat pikiranku yang mulai tertata kembali buyar.
“Kalau aku tahu dimana ujungnya, sudah kukejar dari kemarin sore.” Aku kembali bersungut.
“Kalau kau bahkan belum tahu dimana ujungnya, kenapa berhenti sekarang? Bagaimana kalau langkahmu tinggal sepuluh, delapan, lima, atau dua lagi sebelum sampai di garis finis? Bagaimana kalau tinggal sejengkal lagi? Bagaimana kalau esok kau temukan apa yang kau cari? Jangan menyerah sebelum kau tahu kapan perjalananmu akan berakhir.”
Aku terdiam. Menatapmu menyeruput sisa-sisa kopi yang sudah mulai dingin.
“Bagaimana kalau perjalanan ini tak ada akhirnya?” Aku menatap kosong ampas kopi di dasar gelasmu.
“Perjalanan hidup memang tak pernah ada akhirnya. Ia hanya akan berujung di sebuah fase bernama kematian. Bahkan kematian pun terkadang hanya jeda, untuk perjalanan hidup selanjutnya yang diasumsikan abadi. Tapi, jangan pernah berpikir jalan hidup ini lurus tak berkelok. Ia selalu tawarkan bermacam persimpangan. Perjalananmu saat ini, akan berakhir di awal persimpangan baru. Perjuanganmu hari ini, akan membawamu pada pilihan hidup yang lain. “
Aku termenung.
“Perjuangan adalah pertanda bahwa kau masih hidup. Sekali berhenti, ibaratnya kau mati. Kalau mau, menyerahlah. Dan kau tidak akan sampai pada awal persimpangan hidupmu selanjutnya.”
Engkau pergi. Meninggalkanku sendiri dalam diam.
*Untuk siapapun yang sedang ingin menyerah. Percayalah, manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang…^_^
diciplak dari sini
Monday, 14 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Tiada apa apa
Tidak larat nak berfikir pasal ttc, bz sangat sekarang ni...

Wednesday, 2 May 2012
Cycle 3 lepas Laps
Jadi, azam saya adalah untuk try naturally untuk cycle ni. Memula saya taknak makan vitex, sebab vitex kan fungsi dia macam clomid juga. At last, saya makan juga...haha...bukan main lagi saya ni melawan cakap nurse tu eh...Macam cycle lepas, vitex saya makan 2 biji sehari je, tapi kali ni saya makan 2 biji siang dan malam. Semoga kali ni saya berjaya ovulate.
Untuk cycle ni juga saya puasa makan ayam kecuali ayam kampung. Nak dijadikan cerita, kat MidValley ade la promosi ayam murah, Rm4 je sekilo..So my hubby ni jenis mesti ada ayam kat umah, so dia pegilah beli..Saya dah kata dah dengan dia, kalau nak beli ayam karan tu makan dan masak la sendiri. Saya tak nak makan...Tapi dia tu tak lut ugut juga...dia beli gak...heheh...pastu paham-paham je la..kalau dia nak makan ayam tu dia masak sendiri...hahha...jahatnya bininya ni...Susahlah sebab suami sendiri pun susah nak support bini pasal pantang-pantang makan ni...haiyooo...
Peningnya kepala saya minggu lepas sebab calculation saya duk tak berjaya, so saya berniat. Kalau hari itu saya berjaya selesaikan masalah tu, saya nak belanja anak-anak buah saya makan kfc. Ditakdirkan, saya berjaya la buat semua tu...terus saya teringat dengan niat saya...dah la saya ni tengah pantang, berjayakah saya bila nampak kfc depan mata?
Pantang saya berjaya lepas seminggu...di kampung, banyak juga kenduri yang hidang ayam pun saya tak makan. Saya bangga dengan diri sendiri. (Ceh)...Tapi malangnya kalah pula dengan kfc. Alkisahnya, saya belilah kfc, spend budak2 ni. Memula saya nak makan cheesy wedges je...mana tahan nampak kfc satu bucket depan mata, tengok budak-budak tu berseleranya melahap ayam tu...adoi.... Last-last, saya amik bahagian yang paling kecik dan ngap....terasa bersalah beb...Tapi takat tu je la...balik dari kampung pun saya cuma makan seafood je pun...
Harap-harap la cycle ni membuahkan hasil, Amin
Kun fayakun...
Sunday, 22 April 2012
Pengalaman di Raudhah...
Tapi perbezaan paling ketara antara Masjid Nabawi dan MasjidilHaram, lelaki perempuan diasingkan di Masjid Nabawi ni. Maknanya tempat masuk pun lain-lain...Di Madinah, terasa lega dan banyak rehat, macam bercuti pula sebab masa di Mekah tu sememangnya masa memang penuh je, tapi di Madinah ni orang bersemangat untuk ke Raudhah.
“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga.” [Musnad Ahmad bin Hanbal].
Kami sampai saya pukul 9 malam, solat di bilik dulu dan pukul 10 malam ke Masjid Nabawi, untuk ke Raudhah. Lelaki boleh je bawa masuk kamera. Tapi perempuan nak masuk ke masjid pun kena beratur untuk diperiksa. Handphone berkamera apatah lagi, sure la dia tak bagi masuk. Masuk je masjid terasa janggal, besar sangat. Tapi dah lama-lama ke sana, dah tahu dah selok beloknya dan jalan nak keluar masuk...
Nak ke Raudhah, kena beratur panjang, dan di bahagi-bahagikan ikut negara. Negara Arab lain, Syria etc, Indon dan Malaysia semua lain-lain group. Tengah duduk baca-baca doa etc, saya tersentak bila melihatkan orang menjerit tiba-tiba...Bila saya dengar betul betul, rupanya group orang Arab di hadapan kami dibenarkan masuk. Bila dapat masuk, mereka berselawat nabi sambil menjerit-jerit bersemangat dan sungguh emosional sungguh...Macam kita kan, berselawat dengan rendah diri dan berbisik-bisik cukuplah...Mereka siap berlari-lari dan bertolakan sesama sendiri...Dah la diorang tu besar-besar...Berdebar-debar saya seketika melihat situasi itu. Bila nampak situasi sebegitu, barulah saya faham kenapa mereka tak bagi orang perempuan bawa kamera. Diorang tak nak orang tengok aksi-aksi sebegitu kena upload ke Youtube etc...jadi bahan tontonan orang. Sememangnya ia adalah pengalaman luar biasa.
Saya menyesal pula sebab tak jaga wudhu, jadi saya cuma berdoa di Raudhah, seketika, sebab kalau orang berdoa, cepat je kena suruh keluar. Tipsnya, mutawwif kata, kalau nak lama-lama berdoa, kita kena berdoa masa sujud, jadi diorang tak boleh halang la...jadi esoknya, group kami cuba lagi masuk ke Raudhah, saya jaga wudhu baik baik dan sempat solat sunat kat sana. Saya sujud lama-lama, tak peduli dah orang nak langkah ke tak...Semoga doa saya dimakbulkan Allah. Moga suatu hari nanti saya dapat sujud lagi di Raudhah. Hati terasa sebak.
Perasaan masuk ke Raudhah tu sungguh unik. MasyaAllah, kita dapat melihat bilik-bilik Siti Fatimah, rumah Aisyah dan isteri-isteri Nabi. Walaupun begitu kita cuma dapat tengok dari jauh je...lelaki la untung, boleh berlama-lama lagi di Raudhah. Kalau perempuan ni paling lama pun 5 minit di sana...Bayangkan, pegi masjid pukul 10.30malam, habis pukul 1.30am. Balik bilik, bengkek je tengok sang suami tidur berkeruh-keruh...Dia kata dia pukul 11 malam dah balik dah...Sabo je la...
Malamnya, saya merancang untuk ke sana sorang-sorang. Saya masih tidak puas hati lagi..Lepas solat Isyak, saya tak makan pun...terus tunggu di sana, join group Indonesia. Saya solat puas-puas kat dalam Raudhah tu...lepas salam, saya bersujud lagi. Bila bangun, saya macam panik seketika. saya tidak dapat bangun, saya cuma mendongakkan kepala ke atas macam terkejut gitu. Sebab sebelum ni group saya dengan orang Indonesia, sekali bangun group Negro pula yang ada. Dah la besar-besar. Saya tak dapat bangun...Sekali tu, sorang perempuan Negro hulur dua tangan dia. Saya sambut tangan dia. Bila dah bangun baru lega. Saya cari jalan keluar, solat sekejap berdoa...bertenang...baru saya balik...
Bila balik tu ingatkan sang suami ni bawa la roti naik bilik pas dia dinner tadi, sekali langsung tarak.Merajuk kejap. Pastu dia buatkan milo segera yang kami bawa dari rumah dan hulur biskut. Sabo je la...