Wednesday 29 February 2012

Dia dah datang...

Posted by Nia at 20:49 1 comments
Dia sudah datang...walau apa pun terjadi, bagilah aku ketenangan ya Allah...
permudahkanlah jalanku...
Amin

Saturday 25 February 2012

Masih seperti sebelumnya

Posted by Nia at 21:00 2 comments
Kalau saya tak silap, dah 2 tahun kut saya tak penah pegang upt lagi sejak berpuluh-puluh kali dapat result negatif. Hari ni saya gatal tangan sikit, baru jek DPO 10 dah sibuk nak cek..hahhaha...dan dan lagi saya dapat upt free dari blog hamilcomel tu kan, sekali seperti yang dijangka, negatif lagi...

Kawan-kawan boleh tengok graf saya, lama sangat nak nampak line merah tu, sampai sikit lagi saya nak makan benda panas, nanas contohnya, nak turunkan period. Nampaknya waktu subur saya adalah CD34, sebelum ni asenye awal lagi...memang la cycle saya ni ikut suka dia jek la...:(

Tahniah!!!

Posted by Nia at 18:17 0 comments
Wah, ramainya mereka yang berjaya pregnant ya...Sepertinya tahun 2012 ni membawa banyak good news kepada mereka yang sedang ttc. Mula-mula dengan berita daripada nakpregnant, kemudian nurryama dan juga mahujadiibu. Doakan lepas ni giliran kami yang masih ttc ni la pulak yang akan menerima berita gembira ok :)

Friday 24 February 2012

Akibat berkawan dengan 'budak-budak', hati ini terasa...

Posted by Nia at 04:55 1 comments
Lama rasanya tak update, actually saya buka juga blog ni dan blog kawan-kawan sekalian, tapi tak sempat nak update. Sekarang ni still kat office lagi, menunggu hubby main futsal dan kemudian balik bersama-sama.

Aik, ape la makna tajuk ini kan??? Nak cerita tentang mereka yang bukan ttc sememangnya tidak memahami langsung perasaan mereka yang tengah ttc. Mereka yang masih lagi budak-budak atau 'adik-adik yang belum lagi berkahwin', tapi cakap lepas dan tidak sensitif dengan perasaan mereka yang ttc.


Senario 1
Seorang kawan yang belum kawin beritahu tentang periodnya "Period saya tepat 27 hari, petang ni mesti dah period'. Sorang lagi kawan yang belum kahwin berkata dengan penuh kekaguman "Wah, senang la nak merancang kalau begitu kan?" Dengan bangganya dia menjawab "Iya, senanglah kalau stail period macam saya, kalau lebih 27 hari tu dah bahaya dah". Nampak sangat ko ni tak tau apa-apa pasal cycle and period ni tak payah la berlagak dengan engko punya period. Ada ke mana-mana dr kata macam tu? Suka-suka hati je la...Btw, saya kat sebelah dia je. Dan dia tau je period saya ting tong dan tengah ttc tapi tergamak cakap macam tu...

Senario 2
Seorang kawan yang belum lagi kawin, berkata dengan kawan yang sudah kahwin beranak satu "Aik, nape perut dia besar, ada baby ke? Entah-entah baby lelaki". Siap pegang perut orang tu lagi. Saya yang mendengar ni terasa hati lagi. Abis perut saya ni besar ade baby ke?

Senario 3
Seorang kawan yang juga belum kahwin, bercerita mengenai jirannya "Kesian jiran tu, belum ada anak lagi walaupun dah kawin dari tahun 2007 kan, mesti sunyi, berdua je diorang selalu ke mana-mana. Kesiannya saya tengok diorang". Aiyo, sentap lagi. Nak lawan kata-kata diorang tu, tetiba speechless, terasa pula saya, apakah dia kesian melihat saya yang telah lama berkahwin tetapi masih belum punya anak?

The moral of the study is, awak tu belum lagi berkahwin, tak tahu lagi awak terus je beranak pas kawin. Tak semestinya juga period awak on time awak mudah nak dapat baby. Semua tu Allah yang tentukan. So, jaga sikit mulut adik-adik sekalian yang belum lagi mendirikan rumahtangga.

Friday 17 February 2012

Usaha belum berakhir

Posted by Nia at 18:33 7 comments
Nampaknya usaha saya untuk cycle ni masih lagi belum berakhir. Hari ini sudah CD34, namun ovulation masih tidak menjengukkan dirinya. Pemalu sangat pula telur-telur ini untuk matang. Kenapakah wahai telur? Marilah berjumpa dengan hero-heromu yang telah siap menantimu...Hahah, siap bermonolog pula dengan telur-telur...

Carta yang sungguh pelik...langsung tak ada tanda-tanda suhu menaik...Entahla...Lepas ni nak kena keluarkan period kena makan ape ek...kali ni nak period biarlah secara natural, mungkin saya kena makan benda panas kut? Baru restart lagi makan clomid. Lepas tu, nak kena teruskan supplement yang dah ada di rumah. Bidadari pun tak buka lagi, serbuk kurma dan madu...Cepatlah kau menjelma wahai period...

Penghujung bulan 3 ni InsyaAllah saya dan suami akan menjalani umrah...Jadi, kalau boleh saya nak elakkan period keluar kat sana. Saya pun masih lagi 50-50 untuk mendapatkan suntikan stop period tu...Saya masih lagi menunggu untuk cycle seterusnya...Ya Allah bantulah hambaMu ini membuat keputusan yang tepat.

Thursday 9 February 2012

Posted by Nia at 21:15 7 comments
Semalam, tanggal 9 Feb 2012 adalah wedding anniversary saya yang ke empat tahun. Semalam kan waktu bekerja, so kitorang ingat nak celebrate sabtu ni. Saya duduk rumah je, study dan kemas rumah...sebelum balik, hubby singgah ke Giant untuk membeli kek dan shopping sikit beli barang keperluan dapur. Kat umah, saya masak Mee Bandung, as requested by my hubby sebab dia nak berdiet, tak nak makan nasi. Abis, makan mee tu diet ke sayang???hehehhe...kesian lakiku kelaparan sebab dia jarang makan tengahari. Dia nak makan kat umah juga abis tu macammana la nak diet. Padahal kalau nak diet kan elok makan tengahari jek, malam makan buah etc...

nak wish sikit;

'Semoga kasih sayang yang abg berikan berkekalan sampai bila-bila, dan semoga kita beroleh zuriat yang soleh dan solehah. Moga impian kita untuk beroleh zuriat akan menjadi kenyataan pada tahun ini. Amin'
Thanks Mr Google

Tuesday 7 February 2012

Wordless Wednesday

Posted by Nia at 19:37 3 comments

 Tengoklah betapa banyaknya askar-askar di rumah saya. Pic yang kat bawah ni adalah hasil beliannya minggu lepas dari kawannya....Pening tengok En suami bermain dengan askar-askarnya itu. Si isteri hanya mampu menggelengkan kepala. Bersyukur la juga sebab hobi si dia bukannya memancing. Kalau tak, habislah selalu kena tinggal :)

Saturday 4 February 2012

Semen vs cervical mucus

Posted by Nia at 17:58 9 comments
Kita yang ttc ni selalunya akan monitor keadaan vag**a kita, apakah kita dah nak nak ovulate, ovulate atau dah lepas ovulate? Beberapa cara lain adalah menggunakan BBT, microscope ovulation dan ovulation kit. Namun kita sukar mengenalpasti sama ada kita ovulate atau tidak dengan penggunaan BBT, sebab selalunya bila suhu naik barulah kita tahu yang kita telah ovulate. Salah satu cara adalah mengenalpasti pengeluaran cervical mucus (CM), pendek kata, ada CM, maknanya ovulation sedang datang menjengah.

Saya sendiri semalam mengalami kesukaran untuk mengenalpasti apakah ia semen fluid atau CM. Of course lepas kita berBD ada lagi lebihan semen yang terkeluar selepas beberapa jam kan...Jadi, tadi saya masuk ke beberapa website, rupanya ramai juga Q&A berkenaan perkara ini.

Saya cuma copy & paste ok;

EWCM is stretchy:  EWCM is very elastic.  If you put it between your fingers, it will stretch without breaking apart.  Semen, on the other hand, doesn’t stretch and will break apart if you put it between your fingers and try to stretch it.


EWCM is slippery and clear:  While semen may feel slippery as well, it looks white and cloudy.  Not clear, like EWCM.  EWCM is more transparent and feels very slippery.


EWCM does not absorb easily:  If you look at the toilet paper when you use the bathroom and notice mucous on the toilet paper, you can tell if it is actually mucous by waiting a few minutes.  If it is semen it will quickly absorb into the toilet paper, whereas EWCM generally will sit on top of the toilet paper.

EWCM will form a ball in water:  When you go to the bathroom, let the mucous drop into the toilet water.  If it turns into a ball and sinks, it is most likely EWCM.  If it dissolves into the water, it is most likely semen.

Tapi bagaimanakah kalau kita tidak nampak CM langsung? Apakah kita tidak ovulate? Saya ada search pasal benda ni juga.


Because cervical mucus helps sperm survive and travel from the cervix up to the uterus and fallopian tubes, a lack of quality fertile cervical mucus can make getting pregnant difficult. It may also be a symptom of another problem that may be causing infertility.


There are a number of potential causes of little or no fertile cervical mucus.

Medication Side Effects


Some medications can dry up or decrease the quality of your cervical mucus. Those drugs may include:

  • Anti-histamines or allergy medications
  • Cough suppressants
  • Cold and sinus medications, especially if they include a cough suppressant or anti-histamines
  • Some sleep aids
  • Atropine
  • Propantheline
  • Clomid
  • Some anti-depressants and epilepsy drugs

If you're taking any of the above medications, and you suspect they are preventing you from having fertile quality cervical mucus, talk to your doctor about your options for switching medications. If that's not possible, ask about potential ways to get around the medication's side effects.
Note: Never discontinue or change the dosage of a medication without first consulting with your doctor

 
Tengah searching ni, ada ada terjumpa supplements yang boleh membantu kita untuk meningkatkan jumlah CM, iaitu dengan penggunaan Preseed dan Fertile CM. Saya dah membeli Preseed ni, rasanya dah 2 tahun dah. Tapi masih lagi belum habis sebab saya cuma menggunakannya masa 'kecemasan' saja...Lagi elok kalau digunakan masa ovulate. Kalau masa bukan ovulation terasa rugi jek...Yang FertileCM ni macam best la...:)


While you can increase your fertile cervical mucus by removing the aforementioned factors from your lifestyle, you can also do things like drink more water to hydrate the fluids in your cervix.

Other options include using a sperm friendly lubricant that mimics fertile cervical mucus such as Preseed.  Developed by Dr. Joanna Ellington Pre Seed sperm friendly lubricant helps to nourish and help the sperm to reach the egg.  Click here to learn more about Preseed.


FertileCM by Dr. Amos Grunebaum is an all natural supplement that helps women to increase the quality and quantity of their fertile cervical mucus internally.  Most women experience problems with dryness while trying to get pregnant due to the stress and anxiety that accompanies timed love-making.  Click here to learn more about Fertile CM.

Friday 3 February 2012

Geram

Posted by Nia at 19:03 8 comments
Geramnya dengan laki aku ni, tadi baru terbaca message dia kat fb. Orang duk tanya pasal saya, pasal baby...boleh tak dia siap cerita lagi tiub tersumbat, buat iui fail, buat operate lagi...panasnya hati...

Aritu tgk dia chat dengan girl yg dia penah minat dulu pun sama. Dah bagitau dah, tak payahla cerita dengan orang lain. Cakap je takde rezeki. Apa susah. Ni mulut tempayan macam perempuan jek..
Buat apa la nak cerita dengan orang. Bengang...

Thursday 2 February 2012

Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Posted by Nia at 01:56 8 comments
Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Salam,

Buat kawan-kawanku yang masih menunggu, nukilan ini adalah untukmu.

Tergerak akak menulis di pagi ini lantaran ingin berkongsi cerita tentang hakikat kehidupan, tentang keingan seorang wanita yang inginkan zuriat demi untuk membahagiakan sekeping hati ini yang mendambakan kasih seorang anak.

Ketika akak berkahwin tanggal 1996 di sebuah hotel mewah, adat perkahwinan yang sungguh romantis menambat hati akak. Terharu sungguh  lantaran melangkah alam baru dari keselamatan dakapan bapaku kepada keselamatan dakapan suamiku.  Syukur.

Namun badai mengunjungiku ..... selama36 bulan, akak menunggu berita khabar zuriat tak kunjung tiba.  Setiap hari dirasakan satu muslihat. Setiap hari dirasakan satu kejauhan dari satu realiti yang tak kunjung tiba. Adakah akan terjadi kenyataan zuriat? apakah aku mampu digelar ibu.  Untuk lari dari kenyataan, akak tidak menyimpan apa-apa harapan, kecuali kepasrahan kepada ilahi. Hari-hari akak terasa berat.

Namun, ibuku yang tidak pernah kenal erti putus asa - beliau ibarat sentuhan dari langit - Allah maha pengasih menyemarakkan semangat ibuku untuk berjuang untukku.....untuk menolongku keluar dari kesedihanku. Meneruskan perjuanganku.

Beliaulah yang mempernalkan akak kepada Prof Hamid.

Teringat lagi, ibulah yang membawaku ke klinik prof. Daku yang kaku dan kebas di ruang tamu dikelilingi wanita mengandung serta gambar-gambar wanita mengandung merasakan sungguh jengkel.  Ibu menunjukkan gambar2 tersebut kepadaku dan menyatakan dengan yakin " tengoklah nini, satu hari, kamu akan membawa zuriat sama seperti mereka"... jauh di lubuk hatriku aku merasakan "tak mungkin"....

Hatiku luluh lantaran menunggu sekian lama dipelanting ke dalam kancah masyarakat yang tidak faham betapa sukarnya kita ini untuk hamil. Betapa sukarnya masyrakat menghukum dan mentertawakan insan seprti kami dan betapa mereka senang membuang anak-anak yang tidak berdosa. Daku merenung mata ibuku yang menyemarak......

Di ruang Doktor prof hamid tidak meng interbiu ku sebagaimana pesakit lain lantaran kehadiran ibuku..... tapi seorang yang sungguh cekap, beliau mampu menyelam kesedihanku, empati dan lagi mengenalpasti punca masalahku....

Prof Hamid mengatakan daku mengalami retrovetrted uterus .... BAgiku perkataan hanya terngiang-ngiang di telinga... tiada erti kepada perasaanku yang kebas.........

Beliau mencuba rawatan clomid.....3 pusingan.

Ubat itu daku bawa balik.... diriku yang jahil .... lantas mengabaikan nasihat Doktor membiarkan sahaja .... dan tenggelam dalam kesedihanku.....

Akak membuat ujian xray sebagaimana disarankan---- Dr Mohan menakutkan akak sehingga ditengking herdik sebeluma kak disuntik cecair masuk ke dalam rahim. Keputusannya para fimbrial cysts....

Akhirnya ---- akak kembali berjumpa prof, dan beliau mencadangkan pembedahan membetulkan kedudukan rahim.
Akak bersetuju.

Buat akak , mungkin malam akak dibedah akak tak mungkin bangun selama-lamanya...terlintas di fikiran, apakah aku akan hidup? apakah akan berhasil? wallahualam---- yang jelas akak sudah kebas dengan kesakitan kebas dengan tertawaan orang.... lali.

Bangun dari bius ----- terasa seperti satu saat sahaja akak tidur, badan akak menggelupur kesejukkan..... dan akak disorong ke bilik.

Bila prof masuk prof menyatakan akak mengidap mild endometriosis. Dia berpesan cubalah masa bulan puasa, selepas sebulan pantang. Insyaallah berkat..... jauh di sudut hati akak akak masih tidak mengharap. Hati yang mati ini..... tidak mengharap.

Allah sahaja yang memahami. Dan akak tidak pernah menyalahkan Allah. Cuma akak terkilan dengan sikap sesetengah orang yang suka berdabik dada dan berbangga dengan bahagian mereka . Tahukah ini sekadar ujian yang dikenakan Allah kepada insan ini. Tidak! sebaliknya mereka lupa dan alpa.... dan berbangga pula. Tapi hati ini sedar.... sedar semuanya akan pulang kepada ilahi. Ujian ini mengajarku erti kerendahan hati ini yang kudus....memahami erti kebesaran ilahi.

Sebagaiman disarankan Prof akak berusaha sebagaimana dicadangkan...... Tiada akak menyimpan apa-apa pun harapan kecuali kepasrahan. Biarlah Allah menentukan apa yang terbaik untukku.

Sebulan selepas berpuasa...... tiba masanya haid akak patut menjelma.... Akak menunggu dengan sabar.  Haid akak selalunya lewat.... jadi akak tidak pernah merasa akan positif upt akak......

Akak berjalan ke klinik berdekatan untuk mengetahui status ??

Di klinik tersebut akak menjalani ujian kehamilan dan dua garisan timbul. Doktor mengukir senyuman dan gembira "anda hamil" dengan perasaan penuh makna... akak pula yang tak percaya sehingga tiada perasaan keluar. Mungkin terlalu kebas dengan kegagalan bila sudah menjadi kenyataan akak tidak mampu bergembira.

Keluar dari klinik akak memanggil papa " Papa! papa , nini kena panggil datuk, dan bukannya papa"..... papaku yang memberiku dengan penuh kasih sayang kepada suamiku sewaktu perkahwinanku dahulu..... mengucapkan tahniah...........papaku.....mamaku aku mampu memberi zuriat menyambung warisanmu di dunia yang fana ini... biarlah mereka terdiri dari anak yang soleh.

Akhirnya..... berakhirlah perjuangankku yang tak seberapa ini...... tanpa  semangat dan kepercayaan ibu-bapaku dan suamiku...... tanpa pertolongan dan petunjuk ilahi...... tanpa mereka ini dalam hidupku..... aku tak mungkin di sini di samping dua cahaya mata yang sihat ... daku bersyukur..... bersyukur kerana perjuangan yang lepas mengajarku erti empati, erti penderitaan dan erti perkataan jangan putus asa........ erti rendah diri erti kehidupan, oh daku tidak dapat mencari dengan wang ringgit pengalaman yang begitu bermakna ini dan kini tiada kekesalan kecuali --- rasa kesal kerana tidak bersabar dan berusaha sekuat perjuangan ibuku dahulu.

Kini sebagai seorang ibu, daku berusaha sekuat ibu untuk tidak berputus asa....ujian bertukat ganti... tapi hati ini gembira... gembira kerana Allah mengasihaniku dengan memberiku ujian sebegini.
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting