Sunday 5 August 2012

Mimpi aneh

Posted by Nia at 18:15
Semalam, saya baru dapat berita (melalui wall FB) yang sepupu saya yang juga kahwin sama tahun dengan saya telah mengandung. Sedihnya tidak terkira, saya mengambil masa sejam menangis, mengenangkan nasib diri. Kemudian saya sempat bertanya kepada diri, kenapa saya belum lagi mengandung? Adakah kerana saya pernah melakukan dosa silam atau ini dugaan dari Allah?

Kemudian, malamnya saya bermimpi. Saya berada di suatu tempat, berkeseorangan di situ. Kemudian, ada suara berkata "Wahai Nia Zara binti *** (nama betul saya), janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya inilah dugaan yang Aku berikan padamu, untuk melihat sejauhmana kasih sayangmu padaKu. Apa yang kamu inginkan itu akan diberikan juga, cuma bersabarlah". Kemudian saya nampak di hadapan saya tulisan (kata-kata) tersebut.

Saya bangun je tidur, terus teringatkan mimpi tersebut...Lalu menangis, sampai saya tertidur balik. Esoknya saya cerita dengan husband. Saya bertanya kepada husband, mimpi tu benar atau mainan syaitan? Husband jawab, 'mana ada syaitan di bulan Ramadhan ni'. Setahu saya, kalau mimpi Nabi Muhammad adalah benar, maknanya syaitan tak boleh menyerupai Nabi. Tapi yang ni...

Saya tak tahulah apa anggapan kalian, kawan-kawan ttcian saya yang disayangi. Walau bagaimanapun, saya anggap ini adalah jawapan kepada pertanyaan saya sebelum itu, yang membuatkan saya rasa lega dan bersyukur. Sesungguhnya saya semakin yakin dengan sebab musabab dan kehendakNya, mengapa doa saya masih belum dimakbulkan. Hari ni, saya keluar dengan semangat baru...semoga kekuatan untuk menunggu rezeki yang satu itu akan dimakbulkan.

3 comments:

JayFarhana on 6 August 2012 at 23:50 said...

hmm mungkin mimpi tu betul juga, takpe lah ambik iktibar ya. Allah nak tunjuk la tu di bulan mulia ni. byk2 sabar n jgn skali2 menangis bila dgr org lain dpt rezeki. mmg la kita ni semuanya lemah tapi bila kita nangis sbb rezeki orglain tu tandanya seperti tak redha dgn rezeki lain yg Allah dah bg kita..sy pun mmg tak dinafikan terus sentap bile dgr berita pregnancy tapi sy terus ingatkan ada org yg 15thn baru dpt anak, n terus pujuk diri sendri yg waktu kite akan tiba, Allah tahu apa yang dia rancang :). jgn nangis lagi k :)

Little world on 8 August 2012 at 01:31 said...

salam- jangan laa sedih2x insyaallah ada HIKMAh di sebalik mimpi itu-lagipon nie kan dalam bulam yang yang mulia dan penuh rahmat....yakin lah.. bila sampai masanya nanti akan adalah rezeki anak untuk awak..

:)

Nia on 8 August 2012 at 02:57 said...

Jay: memula tu kuat, bila dengar berita happy org lain tu dah mula cuak...adoi...tp sebenarnya bukan sy tak redha dgn rezeki yang Allah bagi cuma terasa sebab rezeki saya pula yang tak sampai lagi...ni dah berusaha dah 3 tahun dah keluar masuk spital/klinik berubat...dia cam baru jek kut diorang mulakan treatment dgn dr...

little world: insyaAllah, mudah-mudahan rezeki kita lepas ni ok...husband pun dah tension rasanya tgk saya macam ni, emo semacam je...die kata, saya macam ni stress, beli je ubat macam2 memang susahla nak dpt...erm...duduk sorang-sorang pikirkan balik, betul juga...better usaha dan teruskan berdoa...selain tu minda pun kena bertenang juga...:)

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting