Tuesday 31 July 2012

DPO12

Posted by Nia at 02:23 5 comments
Erm...Selamat Berpuasa ya kawan-kawan ttcians, moga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan menjalani ibadah puasa ini...

Hari ini saya sudah menjejak ke DPO12, FF saya seperti di sebelah. Entahla...suhu pun menampakkan penurunan pula hari ni...peyut pun dah start cramp...macam tiang bendera merah nak memunculkan dirinya jek...untuk hari ni, saya banyak berdoa supaya dipermudahkan hati saya untuk menerima berita tidak baik...cuba untuk meyakinkan diri yang kita perlu sabar dan tabah...cuba untuk tidak menangis lagi, cuba untuk menjadi kuat.

Walaupun bukan senang untuk menjadi sekuat itu, apa lagi bila terbacakan blog minah ni semalam, 'terasa sempurna menjadi perempuan bila dah mengandung dan melahirkan'. Terfikir-fikir je sampai ke hari ini.

Tak apalah...kalau pun bendera merah tu muncul lagi, saya akan mencuba lagi, tapi dengan cara natural sebab sy dah tak boleh makan clomid. Saya dah makan clomid 3 bulan berturut2, so kena stop sebulan dan kalau masih lagi tidak berezeki, saya akur dengan kehendak dr untuk membuat IUI selepas raya nanti.

Setelah membaca nukilan motivasi, ayat ni mengatakan yang jika apa yang kita doakan itu tidak dapat di dunia, kita akan mendapat ganjarannya di akhirat. Ganjaran yang lebih hakiki. saya terfikir, sanggupkah saya untuk hidup berdua dengan sang suami melayari bahtera perkahwinan tanpa zuriat selama hayat masih dikandung badan? Saya tidak rasa yang saya sanggup untuk tiada zuriat...bukannya sebab orang sibuk bertanya dan mengata, tapi sebab hasrat hati yang teringin untuk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.

Susah betul bagi saya berttc sambil belajar ni. Terasa penat jek...tengah menulis, memerah otak, tetiba terfikir pasal benda ttc ni, search pasal benda tu pula...kadang-kadang merenung graf FF, cuba menganalisis sendiri maksud graf tersebut. Kadang-kadang saya menjadi calculative, menganalisis masa saya terasa cramp dan masa BD, dan yang sewaktu dengannya. Aiyo...pikir dua benda dalam satu masa boleh pecah otak ooo...

Semoga Allah menguatkan semangat yang selalunya nipis bila sampai ke penghujung cycle.

Thursday 19 July 2012

Adakah rezeki itu?

Posted by Nia at 21:02 7 comments
Hai kawan-kawan ttcians...sorry la saya jarang menjenguk blog ni di atas sebab tidak berkesempatan...baru lepas symposia, dan ni pun nak kena tulis 3 lagi article...adoiyai...

Harini nampaknya suhu saya sudah naik, maknanya saya dah ovulate. Memang tepat pula cycle kali ni macam cycle lepas, syukur alhamdulillah. Tapi, saya agak kecewa sebab masa waktu-waktu subur tu suami tiada di sisi sebab outstation.

Saya dapat rasakan, hormon saya dah makin balance sekarang. Saya mengamalkan epo dari CD1 sampai sebelum ovulation, dan saya dapati CM saya memang banyak...dan dah lama sebenarnya saya tak nampak CM ni.

Sebenarnya, CD16 tu saya dah terasa-rasa macam telur tu tengah keluar, melalui rasa senak-senak kat bahagian kiri ovari... Masa tu adalah lebih kurang pukul 7ptg. Masa tu hati saya meronta-ronta untuk pegi ke tempat outstation tu, kat Johor. Tapi dia duk suruh sabar...sabar...sabar...telur tu kalau nak keluar mana boleh ditunggu-tunggu...bengang juga...at last, malam tu sendiri lagi...

Esoknya, dia kata dia akan cuba balik awal...sekali tau tak bila sampai rumah? Dah pukul 9pm dah masa tu...dah la jammed teruk semalam sebab hujan. Setahu saya, telur boleh menunggu selama 12-24 jam je kan...ni dah lebih dah 24 jam...Saya berserah je la...

Saya terfikir, padahal cycle saya dah makin elok, tapi ada saja penghalangnya. Sebelum ni, saya balik kg. Encik suami gatal tak nak ikut sebab dah tak ada cuti. Cycle kali ni pula dia outstation. Dah tak larat dah sebenarnya.

Dan kawan-kawan ttcian boleh lihat sendiri dari FF yang saya letak kat sebelah ni...suhu dah semakin menaik dah...sekarang ni, kena menunggu je la...cuba redha je la atas apa yang akan berlaku.

Tuesday 10 July 2012

Makanan yang elok untuk kesuburan

Posted by Nia at 21:45 5 comments
Untuk persediaan waktu subur nanti...saya kena bermula dari sekarang. So makan makanan yang elok natural saja, tanpa makan junk food/fast food. McD? sekarang sudah tiada dalam list pemakanan dah...kenapa? kawan saya tunjuk kat youtube, ade orang buat experiment untuk compare burger dari produk-produk lain, termasuk McD punya produk...Selama 2 tahun dia menjalani experiment tu, dia dapati yang burger mcd saja yang masih tahan macam baru beli semalam...burger-burger lain dah berkulat / tak nampak elok...so kesimpulan? Apa bahan yang diorang masukkan dalam McD tu yang menyebabkan ia sentiasa nampak segar??? Kita pun tak tau kan...

Memang McD sangaat sedap, tapi buat masa ni saya terpaksa extend dulu selera mentekedarah ni...huhuhu...di bawah adalah senarai pemakanan yang elok, yang saya akan cuba amalkan, insyaAllah...artikel ni ditulis oleh kak nini.

----------------------------------------
assalamualaikum wbt,

Ini merupakan cadangan perubahan cara gaya hidup dan pemakanan.... untuk semua jenis penyakit terutama INFERTILTY .....

Keep a basal body temeperauture chart untuk cari hari subur.

http://www.storknet.com/cubbies/preconception/bbt.htm

Bersama masa hari subur.

Seterusnya cuba yang ini pulak.

Cuba untuk 3- 6 bulan dan lihat perubahan pada diri anda---

PEMAKANAN

RAJIN2lah ke dapur wei!!! bagi keluar asap sikit ---- suami pun nanti duk umah je bini rajin masak :P

Kalau berat badan bukan di lingkungan berat yang ideal, target untuk turunkan berat badan 1-2 kg sebulan dengan petua berikut .. AND NO CRASH DIETING PLEASE!

**Makan heavy breakfast dan lite dinner dan lite lunch --- * NEVER SKIP breakfast instead SKIP A HEAVY DINNER.

**Pastikan snek dengan pisang segar atau kekacang (almonds) in between the three meals... supaya tak lapar dan minum 6 glasses of plain water a day and one cup of hot green tea.

*Kalau boleh makan yang ORGANIK dan tidak diproses

BANYAKKAN memakan makanan berikut yang kaya anti-oxidant, dan trace minerals:

1- Makanan berasaskan soya Tempeh,soya bean drink jus yang pure, tofu fah

2- Labu

3- Keledek (bold - makanan untuk membantu meningkatkan hormon estrogen dan progesteron)

4- Jus kulit manggis - beli dari internet atau buat sendiri (keringkan kulit manggis , rebus tiga jam dan minum- kaya flavonoids dan anthocyanin)

5- Cranberry juice - kat farmasi guardian atau health foods shop byk.

6- semua jenis Ulam2an

7- Pisang

8- Ikan tongkol dan sardin segar

9- Ayam kampung dan telur kampung

10 - Bayam ungu dan bayam biasa

11- Tofu

12- Minyak kelapa dara / minyak sayuran seperti canola oil or soya oil...

13- Mentega dari sumber sayuran yang kurang tranfats seperti virgin olive oil margarine.... kalau boleh. Elakkan planta marjerin yang tinggi transfat

14- udang / kerang sekali seminggu

15 - sotong sekali seminggu

16 Semua jenis fruits, tubers (ubi), veggies yang kaya dengan warna seperti terung, keladi dan lain-lain

17- Kacang dhal, kacang almonds, kacang hijau

18- Buah delima / pomegranate

19- Buah anggur merah

20-dragonfruit

21- papaya

22- Roti wholemeal

23- Capati

24- Pasta

25- Mentimun

----- Buat dressing untuk ulam dengan berikut untuk dapatkan khasiat anti-oxidan dll...

*- Minyak kelapa dara

*- tumbuk bawang putih dan lada hitam

*- Masukkan cuka apple cider vinegar

*- masukkan brown sugar

tabur atas ulam dan makan bersama nasi brown rice dan lauk.

----- kalau memasak banyakkan guna bahan2 ini dan jangan buang rempah tu, elok dimakan jugaklah...

*bunga cengkih dan semua rempah-ratus macam pelaga , kayu manis, bunga lawang

*asam jawa

* halia (sangat bagus)

*kunyit hidup (sangat bagus)

* bawang putih (sangat bagus)

MAKANAN DILARANG

Menurut pakar pemakanan terkemuka di Amerika makanan kategori ini kebanyakkan genetically modified (GE), tinggi bahan kimia dan pengawet dan banyak growth hormones...dan juga tinggi BPA yang menybbkan kanser, masalah hormon dan lain2.

** Elakkan / jauhi bagai satu WABAK makanan2 ini, kalau teringin makan sekali sebulan jer:

1- Semua jenis processed foods / segera / dalam tin / dalam packet

eg. KFC, maggi mee, Mc dee's , roti gardenia putih

2- Kurangkan susu yang diproses seperti condensed milk, krimer , tepung gandum

3- Ayam disuntik

4- Telur yang disuntik

5- Kek, pastri dan makanan yang kaya gandum putih

6- Semua minuman bergas

7- Daging, paru, limpa , hati any organ meats

8- Milo, coke, kopi, teh tarik

9- Kurangkan makanan high transfat content macam marjerin....

----KURANGKAN / POTONG TERUS dari diet

1- Nasi putih

2- Gula putih

3- Nasi lemak

4- Roti canai

5- Ayam Kentucky

6- Mcdonalds

7- Pizza

8- Teh tarik

9- Semua minuman kotak, bertin dan bergula ----- dan dicampur warna tiruan

-----Karbo yang dibenarkan:

1- semua jenis pasta / sp

2- Thosai

3- capati

4- organik wholemeal bread ( kalau susah dapat organic yang biasa pun ok)

5- Brown rice

6- Potatoes / ubi keledek / ubi keladi

DESERT / SWEETS dan fats YANG dibenarkan dalam kadar yang kecil sehari

1- DARK CHOCOLATE (YEY!!!!)

2- Pure Honey (yang pure je ye... makan dengan wholemeal muffin atau lempeng dari gandum wholemeal pisang)

3- Brown sugar

4- Any virgin oil macam - minyak kelapa dara

Makanan melayu yang sihat dan baik

1- Nasi kerabu guna bahan asli (setengah pinggan saje tau!)

2- Bubur pisang/ ubi keladi (kurangkan santan dan gula)

3- Masak sambal tempeh atau tauhu

4- Ikan bakar cicah air asam

5- Goreng pisang

6- Cucur badak

7- Asam pedas ikan sardin segar

8- Masakkan ayam kampung goreng halia

9- Ayam percik (ayam kampung)

10-Pisang/ ubi goreng

11- bubur chacha ( kurang santan dan gula)

12- Tauhu Bakar

13- Rojak buah

---- Ambil supplemen ini:

1- Vitamin E 200 dua biji sehari (wajib)

2- Vitamin C 500 mg dua kali sehari

3- Fish oil 1000 mg dua biji sehari (wajib)

4 -Kalsium lactate 300 mg dua biji sehari

5- Folic acid 10 mg sehari

6- Habbatus sauda 2 sudu / kapsul sehari

7- Cranberry juice

8- Evening primrose oil 500 mg dua biji sehari

9- RESVERATROL 200 mg sebiji dua kali sehari

Wednesday 4 July 2012

Update

Posted by Nia at 02:50 5 comments
Update...

Dah lama ya saya tak jenguk ke sini...cuma nak bagitau, cycle bulan Jun pun masih lagi belum berjaya...huhuhu...sedih memang sedih...Bangun tido je pada hari kedua delay tu terus cek suhu...wah, suhu dah jatuh, 36.6 degree. Saya rasa confused, bukan apa, saya ni dahla tak penah delay tang luteal phase tu, sebab dpo saya maintain DPO12. Ni dah sampai ke DPO14, so bila cek upt - hasilnya negatif :(

Harini, sepatutnya DPO15, saya nampak suhu dah jatuh ke 36.2 degree...pegi kerja, nampak spotting...oohhh...makcik tu datang menjengah lagi...Boleh tengok suhu saya di sini (Jun 4, 2012).

Walau bagaimanapun, ada beberapa sebab untuk saya merasa bersyukur dengan cycle bulan Jun ni. Antaranya;

1. Cycle saya dah makin elok. Sebelum ni, selepas operation, cycle saya lebih consistent tapi lama sangat, 47-51 hari. Tapi cycle bulan Jun ni Dr suruh saya berdiet, to date, berat saya dah jadik 58 kg...dan pada masa yang sama saya berjaya identify yang saya berjaya ovulate pada masa yang normal; CD15. Sebelum ni, saya selalunya ovulate pada hari ke 34/35, atau tidak ovulate langsung. Tapi malangnya, masa ovulation tu saya berada di kampung, jauh dari suami tersayang. Mungkin sebab inilah saya masih lagi belum ada rezeki. Ovulation awal itu sememangnya di luar expectation, kalau saya tahu saya akan ovulate hari tu sudah semestinya saya akan paksa husband untuk ikut balik ataupun tak jadik balik. Apa nak buat, itu la yang dikatakan Allah masih tak nak beri lagi.

2. Sekarang ni saya dah mampu jadikan amalan pemakanan saya sebagai rutin, dan perut saya pun dah tak meragam macam dulu kalau saya tak makan tengahari. Makan buah je pun dah cukup. Perut pun dah rasa lebih selesa, kalau tak terasa berlipat je perut ni kalau masa kita duduk.

3. Saya identify yang masalah saya adalah kekurangan CM. Saya tak perasan langsung kedatangan CM tu pada hari ovulation tu. Jadi, ada seorang forumer bagitau, yang dia mengamalkan EPO jenama Naturalle, sebab itu dia dapat menghasilkan CM yang banyak. Maka, dengan ini saya pun telah berkunjung ke Guardian untuk membeli EPO jenama tersebut untuk cycle kali ni. Padahal di rumah ada 3 botol EPO lagi, jenama Kordel kalau tak silap.

Untuk cycle kali ni, saya akan mengamalkan;

1. Meneruskan diet seperti biasa.

2. Baru terbaca di fb forum - Makan core pineapple untuk memudahkan implantation di mana core pineapple ada bromelain yang membantu memudahkan implantation. Makan masa waktu subur. Pineapple actually tak elok dimakan di awal waktu period sebab boleh affect vagina dan CM pH, yang menjadikan ia lebih bersifat asid. So dah nak abis period tu boleh la makan...Terasa nak makan pajeri nanas.

3. EPO jenama Naturalle

4. Lain-lain basic supplement.

-----------------------------------------

Ada sorang minah cuba berchat dengan saya dalam fb, dia ni kawan lama saya masa di uni

Dia: Hai, dah ade baby?
Nia: Belum lagi la...honeymoon lagi ni...
Dia: uhhh...boringnya...

Terus saya tutup FB...sabo je la

Ok la...nak balik ni...Semoga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam penantian ini...Semoga suami kita juga sama-sama memberikan semangat dan sokongan kepada kita. InsyaAllah, satu hari nanti kita akan dapat juga, cuma cepat atau lambat je yang menjadi pertanyaan di kepala ni...Pedulikan dengan kata-kata orang lain. Kuatkan semangat ya, chaiyok chaiyok...Amin...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting