Wednesday 20 June 2012

Ke klinik lagi

Posted by Nia at 20:28 4 comments
Tadi saya berkunjung lagi ke klinik untuk cek telur. Timbang berat - 60.4kg. Pembantu tu cakap, wah...ni baru beberapa hari berdiet ni'. Hehehe...Dr Hamid takde, so Dr Aimy yang entertain. Dia bagitau yang telur saya baru sahaja pecah, melihatkan kepada keadaan objek yang tidak berapa bulat dan air yang dikeluarkan berada di sebelah rahim...

Dr Aimy: 'Oleh kerana telur dah pecah, jadi kita tak payah bagi suntikan untuk pecahkan telur ni. So boleh la buat IUI kalau nak. Kalau tengok macam ni, ada dua biji telur yang dah pecah ni'.
Saya: 'Ha? Buat IUI? Bila Dr?'
Dr Aimy: Hari ni?
Saya : Sungguh saya tidak sangka. 'Eh, semalam dah bersama, Dr, Harini boleh ke lagi?'
Dr Aimy: 'Berapa count sperm husband?'
Saya: 'Sperm count dah buat kat l***n. Ada 60 juta'.
Dr Aimy: 'Should be no problem. Tapi oleh kerana semalam dah bersama, jadi peratus kejayaan separuh je la'.
Saya: Berfikir sebentar. Bukan tak nak IUI tapi mengejut sangat. Lagipun telur dah pecah takut dah lambat sangat. 'Tak apa lah Dr, Biarlah natural sahaja'
Dr Aimy: Ok. Kalau ada apa-apa call klinik je (in case period).

Ops, panik i...biar betul? Sebelum ni pernah juga saya buat IUI tapi Dr akan pecahkan telur dan telur tu akan pecah pada keesokan harinya. Lepas tu baru buat IUI. Lagipun, cycle saya panjang, sebelum ni 45 hari each cycle. Ni baru hari ke 18, maknanya maybe telur keluar 2 hari lepas kut. Sebab masa tu saya ada terasa senak-senak kat ovari (only my assumption). Lepas tu, tadi pagi cek suhu dan suhu dah naik dah, 36.63 darjah.

Nampaknya cycle saya dah nak elok dah. Dr kata semua ni adalah hasil saya berdiet, sebab berat badan turun jadi hormon menjadi elok balik. Cuma satu benda yang saya terlupa nak tanya dia balik, telur yang pecah tu matang ke? ke ada juga telur yang tak matang tu pecah?

Updated: Saya ada bertanyakan kepada kak Nini berkenaan dengan telur pecah tu matang ke tak.

Kak Nini: 'Sekiranya ia pecah dgn sendiri itu tandanya ia matang...jika ia tidak pecah ia akan menjadi cyst...itu tandanya ia tidak matang.. JIKa pesakit ada PCOS ...ada kemungkinan juga sekali sekali telur matang dan pecah sendiri...sebab itu masih ada yg mengandung walaupun ada PCOS.'

Meaning, telur tu memang matang la. Doa banyak-banyak je sebab bersama pun bukannya waktu ovulation.

Tuesday 19 June 2012

Hati terasa berbunga-bunga walau bukan dengan darah daging sendiri...

Posted by Nia at 17:25 5 comments
Sementelah saya berada di kampung bercuti, saya menjadi baby sitter kepada anak buah saya, Aish...Seronok menjaganya, comel, geram je tengok dia...pintar pula tu. Gemar bercerita macam-macam walaupun dengan bahasa yang tidak saya fahami. Pandai mencari sendiri pen dan kertas, dan menulis, tapi ntah apa-apa je dia tulis.

Semalam, saya mencuba petua yang diberikan oleh yannie, berkenaan dengan petua bomoh siam yang pernah diceritakannya sebelum ini. Aish tengah bermain waktu tu dan saya bertanya,

Saya: Aish nak baby boy or girl?
Aish: Baby girl.
Saya: Aish nak baby girl or boy?
Aish: Baby boy...
Saya tergelak. Ooo...nampaknya semua perkataan yang berada di bahagian belakang akan disebutnya....hehe...
Saya: Aish nak baby girl or boy or twins?
Aish: Twins...
Hahahaaha...
Saya amik mainan tersebut dan simpan ke dalam beg...
Dia gemar juga bermain dengan pistol, tapi takkan saya nak amik pistol dia kan...so saya cuma amik puzzle yang dia pegang masa tu..hehe...

Harini dah nak balik dah...Diet saya berjaya lagi, tiga hari lepas berat saya 61.6kg, sekarang ni 60.8kg. Wah, satu perkembangan baik ni...InsyaAllah, lepas ni saya akan teruskan diet yang sebelum ni saya rasa mustahil. Apa boleh buat, ibu paksa saya supaya makan malam juga...huhu...sedap sungguh...tapi saya tetap maintain makan sedikit saja...kalau tak, saya akan makan dua pinggan nasi....sabo je kan...apa tak berat badan bertambah2 sebelum ni...

Petang ni dah nak berangkat. Terasa berat je hati ni...tapi apa boleh buat, En suamiku tu tak bagi dah stay lama-lama kat kg...Tak tahan, katanya...Siap gaduh2 manja juga hari tu...huhuhu...bukan ape, dah la saya jarang balik kg, ni pun balik kejap je...nanti raya pun cuti dalam seminggu camtu...Tak pe la...nanti bulan 12 diorang nak ke Singapore, terus turun ke Johor dan Melaka terus ke rumah saya. Bolehlah melepas rindu lagi...Cuma masa tu si Aish ni takde la...ye la...kalau mak bapa dia tak ikut susah juga nak dibawa. Ada kang dia menangis minta balik kan lagi haru...huhuhu...

Ok la...Aish tengah tekun menulis tu...saya nak kacau dia sat...:)

Friday 15 June 2012

Yeay, diet saya berhasil

Posted by Nia at 19:44 4 comments
12 hari lepas, berat saya yang paling maksimum saya capai, 64.5kg. Harini, saya berjaya menurunkan kembali berat saya seperti sebelum ini, 61.3kg. At least ada la mencapai beberapa kilo kan...hehe...saya validate berat ni kat penimbang di rumah makcik, pun sama juga...Bila dah nampak penurunan tu, saya terasa hidup kembali.

Ok, rutin makan saya seperti berikut. Pagi saya breakfast berat, nasi dan ikan rebus, sayur rebus. Atau bakar ikan. Tapi kalau pegi uni, saya breakfast nasi dan ikan goreng juga, minyak lagi. Masak kat umah juga yang best, suka suka hati kita je nak masak apa. So, bila dah makan berat waktu siang, tengahari dan malam saya makan buah dan salad je. Stok buah memang menimbun dlm fridge. Dan banyakkan minum air, supaya tak lapar. Setiap hari, pagi atau petang, saya wajibkan diri saya jogging guna treadmill, dan tadi beraerobik sat...So, buat masa sekarang ni, gula yang saya makan hanyalah gula dari buah je. Saya tak minum dah milo atau sewaktu dengannya.

Cuma hubbyku ni pula, malam kata nak diet, tapi mulut duk mengunyah kerepek, keropok dll...aritu kantoi dengan saya dia masak maggi. Berkali-kali saya suruh dia makan tengahari, tapi alasan, tak sempat, sibuk dengan business dia tu...huhu...Saya kenalah proaktif, rajin buatkan dia salad dan potong buah-buah...Lepas tu minum milo letak susu pekat manis pula tu. Letak susu separuh tak nak. Adui...gula la tu sayang.

Saya nak teruskan routine ni sampai berat saya 55kg...sampai hilang lemak-lemak tepu kat badan ni, insyaAllah.

Semoga semangat ini terus meninggi dan tidak hangat-hangat tahi ayam...

Menyirap darah

Posted by Nia at 02:25 6 comments
Saya baru balik bercuti di kg, tapi kat umah ni takde orang pun, diorang ke Bandung. Hehehe...padahal saya yg belikan tiket diorang tu, tp saya tak tgk pula tarikh tiket saya balik ke sini...So, sorang-sorang la malam ni kat umah sampai ahad, baru diorang balik.

Anak sepupu saya dua orang yg duduk sebelah rumah ni temankan saya. Sorang enam tahun dan sorang lagi 2 tahun. Tiba-tiba soalan si Pia yg berumur 6 tahun tadi membuatkan saya menyirap darah.

Pia: Acik, acik tiada anak lagi?
Saya: Diam, tension betul...pastu saya menggelengkan kepala dengan soalan dia.
Bila melihatkan saya geleng kepala, si Pia ni bertanya lagi dengan nada terkejut 'Ai? Lambat juga...ooo...mungkin sebab acik lambat kawin. Ummi mo beranak sudah lagi...Acik tau baby apa? Baby lelaki'
Pastu, panas la saya.
Saya: 'Biarlah ummi tu beranak sampai 20 orang. Peduli apa. Tiada kerja lain suda tu. Lepas ni Pia pula beranak'. Haha, bertegang mulut dengan budak-budak pula ni.
Pia: confius dengan kata-kata saya.

Lepas tu, saya dah tak ada mood nak layan diorang. Saya suruh diorang balik. Tapi tak nak balik lagi budak-budak ni. Saja je bikin stress la...

Saya rasa, budak ni mendengar mak dan nenek dia bergosip pasal saya la ni. Sebab dengan anak buah yg lain tak ada yg begini, sibuk bertanya macam orang-orang tua je. Cili kang mulut tu padan muka.

Tuesday 12 June 2012

CD9

Posted by Nia at 19:07 3 comments
Sudah CD9 saya mendietkan diri. Alhamdulillah, perut dah boleh adapt dengan lapar. Maybe atas bantuan adipex juga kut, sebab saya ni jenis cepat lapar. Sekarang ni terasa seronok je bekerja tanpa makan. Kalau sebelum ni, lapar je makan, selalu pas lunch tu pun saya makan bubur kacang la, keropok lekor la...skg ni saya relax je, lapar-lapar pun makan buah bawa dari rumah. Di samping tu, jimat juga...kalau tak selalu je bagi duit kat cafe bawah tu.

Tapi harus diingat, kena amik heavy breakfast...kalau tak bahaya gak kalau lapar-lapar pun duk makan buah je...lembik la badan camtu...hehe...takat ni saya memang tak minum benda manis lagi. Milo, air laici, sirap bandung dah terkeluar dari senarai pemakanan saya. Kena disiplinkan diri. InsyaAllah...

Ada beberapa kejadian yang berlaku kat diri saya selepas mengamalkan diet. Dua hari selepas jumpa Dr aritu, saya dah start diet. Esoknya, untuk mengisi perut sebelum ke opis, saya minum segelas susu segar. Tengah sibuk memunggah buku-buku yang nak dibawa, tetiba saya termuntah susu...banyak sangat, letih rasanya bila semua isi perut terkeluar. Bila saya bercerita dengan seorang kawan ni, dia bagitau, kalau perut kosong, tak elok minum susu sebab benda tu berasid. Oh, seriously kawan-kawan ttcians, saya tak tau tentang fact ni. Lepas dari tragedi muntah tu, saya dah tak minum susu dah...huhuhu...

Satu lagi, saya dah boleh menahan nafsu makan. Dua hari lepas saya di KL Sentral, menunggu husband datang ambil. Sementara menunggu tu, ternampaklah sebuah lokasi yang berwarna merah dan figuranya sekali - dapat teka tak? McDonalds la...then tak semena-mena saya boleh masuk ke McD tu, ingat nak makan fries pun cukupla. Dua minit agaknya saya berdiri depan kaunter tu, berfikir. At last, saya keluar dari sana...Yeay, berjaya!!!

Emosi? Saya dah ok, boleh relax dan tenang. Emosi sebelum ni adalah emosi period. Semoga sinar itu akan menjelma juga untuk kita semua...Amin...

Friday 8 June 2012

PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!!

Posted by Nia at 18:48 11 comments
Tiba-tiba saya rasa macam pipi saya 'ditampar' setelah membaca satu artikel ni, mengenai pcos atau nama singkatannya polycyctic ovarian syndrome yang boleh membuatkan telur seseorang itu tidak dapat matang dan mengakibatkan ia tidak mampu untuk bersenyawa dengan sperma. Seperti kata Dr saya sebelum ni, dengan adanya PCOS dalam diri maka banyak yang kita kena korbankan. Korbankan nafsu makan, nafsu berehat saja-saja dan yang paling penting, DUIT, untuk buat treatment dan sebagainya. Saya baru tersedar yang saya tidak mengamalkan cara hidup sihat sebelum ni.

Saya sebenarnya tidak menyangka yang saya turut mendapat PCOS ni, kerana menurut Dr, pcos ni sebenarnya adalah datang daripada genetik, benda tu memang dah ada dalam badan kita sejak dilahirkan lagi. Saya datang dari keluarga besar, ibu ada 16 orang adik beradik dan ayah pula 9 orang. Cuma, setahu saya, nenek saya menunggu 3 tahun untuk mengandung kali pertama. So possibility daripada genetik tu ada la kut...

PCOS adalah penyebab kegemukan, bukannya kegemukan penyebab kita dapat PCOS. Oleh itu, marilah kita bersama sama berdiet untuk stabilkan hormon dulu, kemudian barulah berusaha untuk dapat baby pula.

Daripada research yang saya buat di website, PCOS adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu;

1. Insulin resistance - dalam hal ini, cara kita untuk menurunkan insulin adalah penting. Maknanya, pengambilan kadar gula kena rendah, so, SAY NO TO SUGAR!!! Wah, itu dia...Fungsi utama insulin memudahkan penyimpanan gula tambahan di dalam darah sebagai lemak. Untuk pcoser, jika kadar glukosa yang dimakan itu tinggi, maka tahap insulin yang lebih tinggi daripada pengambilan protein dan gula merangsang kortisol yang memburukkan PCOS. Karbohidrat yang diproses, iaitu roti, kentang dan roti yang manis-manis tu, please block all those for your food list.

Dari pembacaan saya, natural remedy adalah;
1. Sesudu Apple vinegar campur dengan segelas air, dan minum. Ada juga orang yang makan je terus sesudu, tapi saya tak tahan la...sebab rasanya sangat masam. Saya cuma letak sedikit je atas sudu dan campur dengan air. Ada gak satu produk ni, D-Chiro-Inositol, tapi mahal la...tak mampu den. Kat sini macam-macam kebaikan apple vinegar ni.

2. Hormon imbalance FSH/LH
Ia berkait rapat dengan hormon estrogen dan progesteron. Pcoser berhadapan dengan masalah period yang tidak menentu, macam chipsmore, kadang kadang ada, kadang kadang tiada, disebabkan oleh pengeluaran estrogen yang rendah. Oleh kerana estrogen rendah, maka progesteron menjadi tinggi. Untuk mereka yang normal, hormon LSH dan FSH berada dalam ratio yang sama, 1:1.

Ada banyak produk yang membantu meningkatkan tahap progesteron yang makin berlambak dah saya nampak. Saya bukannya anti dengan produk-produk ni, cuma saya lebih sukakan natural remedy, sebab yang dijual tu pun belum lagi tentu kesahihannya. Natural remedy untuk membantu meningkatkan progesteron adalah makanan yang kaya dengan vitamin B-6. Ini termasuklah bijirin, kacang, kunyit dan oregano. Zink juga membantu mengekalkan tahap hormon progesteron. Manakala untuk meningkatkan hormon estrogen, Buah-buahan seperti epal, ceri dan wheatmeal juga membantu.

3. Testosteron tinggi
Selalunya pcoser mengalami simptom-simpton kelelakian sedikit. Oleh kerana tahap insulin dalam darah tinggi, maka ia memberi signal kepada ovari mengeluarkan banyak testosteron, jadi LH pun jadi tinggi yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Contohnya ada misai nipis dan kaki berbulu. Jadi, hormon ini berkait rapat kepada insulin resistant.

Dikatakan soya juga membantu untuk mengurangkan testosteron, tapi saya skeptical sikit dengan soya. Cauliflower dan brokkoli juga membantu menurunkan paras hormon. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh spearmint boleh diambil telah menurunkan tahap testosteron dalam badan.

4. Emosi terganggu
Emosi juga berkait rapat dengan pcoser disebabkan gangguan hormon tersebut. Selalunya pcoser mengalami depression, kerisauan dan mood selalu berubah-ubah. Saya juga mengalami benda yang sama, kadang-kadang benda kecil pun saya dah risau berlebih-lebih pula, especially masa sorang-sorang.

Bila saya tengok the whole picture of PCOS, semuanya berpunya daripada insulin resistant. Kalau insulin berada di tahap yang normal, kelenjar pituitari tidak akan signal kepada ovari supaya keluarkan hormon progesteron yang berlebihan dan kadar estrogen yang dirembes adalah rendah. Jadi, penting untuk pcoser untuk menurunkan tahap insulin.

Oleh itu, mau tak mau pcoser kena diet. Turunkan berat badan. Harini tiba-tiba timbulnya azam baru kat saya. Kekuatan saya bangkit. Sudah 4 hari saya menjalani diet yang diberikan oleh Dr. Makan roti nan dan tosai digalakkan untuk maintain diet. Of course, now I should say 'no' to processed food especially fast food.

Kawan-kawan, apa lagi, marilah kita menggembleng tenaga untuk menurunkan berat badan dan makan makanan yang organik. jadi, PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!! Selamat berjuang...

Tuesday 5 June 2012

Tak jemu-jemu bendera merah ni melawat I ye...

Posted by Nia at 20:32 6 comments
Lamanya rasa tidak masuk ke sini...bukan apa, sibuk dengan tugasan seharian. Tempoh pengajian hampir dekat, proses belum lagi habis, writing kena buat juga. Article pun lagi la, pening...terasa terbeban pula diri...

Nampaknya bermula lagi penantian saya, saya dah period Isnin lepas, maknanya harini CD3. Dah la period dah mula buat perangai, die keluar sikit-sikit je, pelik la...setahu saya lepas operate, period saya dah regular, 'benda' tu banyak keluar. Tapi tidak pula...sikit-sikit je, harini pun dah tak ada lagi...hari isnin tu saya dah buat upt - negative.

So semalam saya jumpa balik la dengan Dr. Sampai-sampai je ramai orang menunggu, nasib baik saya pandai ngelat n letak cepat-cepat kad saya di atas meja...hehe...so saya dalam orang ke4 kena panggil...takde la menunggu lama sangat...Sang suami ni pun nasib baik setia menunggu isterinya ni...Sayang abang...

Masa register tu, pembantunya amik tekanan darah saya dan timbang berat. Masa timbang berat tu, saya menjerit....Berat saya naik 3.5 kg. Mak ai...saya rasa badan saya sama je macam sebelum ni...pembantu prof tergelak je...sabo je ye...

Dr bagitau, pcos memang yang paling susah nak diubati. Kena banyak sacrifice, patience and usaha. Kena turunkan berat badan, die soh hubby bawa jalan-jalan pegi tasik ke, taman ke, exercise...Oleh kerana cycle saya panjang, dalam CD25, dr start monitor telur...die juga bagi saya clomid 4 biji dan adipex.

Pembantu prof kata, adipex ni boleh membantu menurunkan berat badan. Adipex perlu dimakan awal pagi sebelum sarapan. Ia juga membantu membuang lemak yang berada pada organ peranakan kita. Kadang-kadang, lemak ni yang menyukarkan kita untuk mengandung. Mengikut website yg saya baca, adipex ni kena makan pada pukul 5.30/6pagi, sebab kesan dia tu adalah sukar tidur. Masa sarapan, makan heavy breakfast, macam Nasi lemak etc. Tengahari dan malam kurangkan makan. Die suggest minum air, makan sayur-sayuran dan buah banyak. Tapi kalau sampai menggeletar kelapan jangan pula biarkan... Boleh juga makan tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Tapi saya called ibu, mengadu nasib diri. Termenangis juga tadi, sebab saya dah tak berdaya lagi. Ibu kata, saya jadi macam ni sebab saya sorang-sorang je kat sini. Tiada orang yang saya boleh kongsikan. Perantau kan...Memang betul pun. Saya tidak bercerita pasal treatment atau stress yang saya hadapi ni pada sesiapa pun. Termasuk husband saya. Kalau cerita pun kadang-kadang terasa macam dia pun dah tak tau nak pujuk macammana. Dengan kawan-kawan? Langsung tak ada. Cousins ade je kat sini, tapi memangla tak bercerita langsung pasal isu ni. Sure sensitif dengan linangan air mata. Saya tak nak macam tu. Biarla saya nangis sorang sorang daripada orang tengok saya menangis. Saya tak suka orang kesiankan saya...Tak nak juga orang cakap saya cengeng...Tapi sandiwara kerap nangis ni pun masa period je...Masa-masa lain tak ada pula nak nangis sendiri...Nasib baik ada blog-blog ttcians...boleh la mengadu walaupun tidak pernah bersua.

Tak apa la kawan-kawan, nanti saya akan menulis lagi...Masih banyak perlu dibuat ni...InsyaAllah, bila free saya sure akan membalas kunjungan kawan-kawan ttcian yang saya sayangi...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting