Monday 24 February 2014

buang sawang sat

Posted by Nia at 05:17 3 comments
Test test..dah bersawang dah blog ni..tuan rumah dah lama tak masuk rumah ni...minta maaf ye...

Thursday 4 October 2012

Update

Posted by Nia at 19:57 5 comments
Setelah berfikir panjang, saya ingat nak menulis di page lain pula, untuk segala pregnancy updates in the future. Tapi blog ni tetap tidak akan ditinggalkan, apa-apa info terbaru mengenai ttc akan saya tuliskan di sini. Mungkin ia akan diteruskan untuk usaha mendapatkan zuriat seterusnya di masa akan datang.

Jika sudi, jenguklah saya di sini; My Lil Baby


Thursday 20 September 2012

Ikhtiar yang dilakukan sepanjang perkahwinan

Posted by Nia at 02:51 19 comments
Terima kasih di atas wishes yg diberikan...tidak dapat saya balas satu-satu...Saya juga berdoa lepas ni giliran ttcians semua...insyaAllah, bila dah sampai masa semua akan dapat merasai pengalaman menjadi ibu.

Sekarang ni, saya nak share ikhtiar yg saya lakukan sejak ttc. Macam-macam ubat/supplements yg saya dah makan selepas 4 tahun lebih perkahwinan.

Saya sebenarnya telah didiagnosed sejak setahun perkahwinan;
1. Tube kanan tersumbat, tube kiri loculated spill (separa tersumbat)
2. PCOS kedua2 ovari, patutla period xstabil

Yang paling saya sedih adalah tube tersumbat. Macammana nak unblocked tube, ada ke cara natural? Ada ke operation yg boleh nblocked tube? Dah beberapa kali bertukar gynea masih tiada solution. Suggested solution adalah wat IVF. Manalah nak cekau duit eh...huhu...last-last, dr ni suggest wat IUI, berharapkan kepada loculated spills tube.

Terasa sedih sangat bila menyedari yang diri ini perlu dicucuk semata-mata untuk matangkan telur. Nasib baik en hubby bersedia menjadi dr kedua di rumah.

Harapan tinggi sangat dengan IUI ni...sampailah tahap hubby terpaksa balik dr airport dan canceled the company trip ke luar negara, semata-mata untuk procedure masukkan benih masa waktu subur saya nanti.

3 cycle inject - cycle 1: puregon n cycle 2: puregon tambah dos dan cycle 3: gonal-f.
Dr suggest wat IUI - 13 biji telur matang (guna gonal-f) - Failed.

Rehat dan cari dr lain. Letih badan, emosi bercelaru, berat bertambah-tambah...

Selama setahun saya berehat, ingat nak try natural. Saya penah cuba biodex, homeopati, bidadari, maajun, alpha lipid, banyak lagi la, tak ingat...maybe sebab rezeki belum sampai lagi. Cemana kan, tube saya unblocked...huhu...

Tapi nightmare berakhir selepas berjumpa dgn dr yang betul bulan September tahun lalu...Itupun selepas bertanya kepada kak Nini, sama ada kewujudan pembaikan tube tersumbat. Dia kata ada, tubal repair. Saya ingat lagi, masa tu bulan Ogos, terus saya buat appointment, jumpa dengan Dr bulan Septermber. Syukur alhamdulillah.

Saya bahagikan ikhtiar ini kepada 2 fasa ok...

FASA 1 (cycle ting tong)
Tahun lepas, dapat tahu Dr Hamid boleh unblocked tube, so sy wat appointment dgn dia.
Dec 2011 - operation LOD (Laparoscopic ovarian drilling) - Berjaya, syukur alhamdulillah. Bersyukur juga sangat-sangat sebab company husband dapat setelkan bil operation tersebut.
Cycle 1 dan 3 - clomid - unovulatory - down sekejap.
Cycle ke 2 - Vitex - masih unovulatory.
Jumpa dr balik, dia suruh diet - boleh tengok di page ini.

FASA 2 (nampak cycle perlahan-lahan menjadi normal)
4/6/2012 Period
5/5/2012 Add dosage of clomid (4 pills), habatussauda and adipex
Berjaya diet, selama 10 hari berat jatuh dekat 4kg - dgn bantuan clomid, berjaya jumpa O pada CD16 - cycle masih tidak berjaya, tidak sangka O secepat itu so sy balik kg sendirian. Lagipun xjumpa CM.

4/7/2012 Period
5/7/2012 Clomid 2 pills
4/7/2012 --10 days - EPO brand naturalle and fishoil (sebelum ni ma nia makan epo brand kordel tp xnampak CM langsung)
Cycle July 04- ovulate pada CD16 juga dgn bantuan clomid - tidak juga berjaya, bila tengok daripada bbt chart maybe sebab kurang progesteron tapi CM banyak menjejeh-jejeh.
Jumpa dr balik, dia suruh rehat/natural sebab dah makan clomid 3 cycle. The next cycle kalau period dia soh wat hsg balik sebab penah ada history tube blocked sebelum ni...

3/8/2012 Period CD1 - Natural tanpa clomid.
3/8/2012 10days - EPO brand naturalle and fishoil
8/8/2012 - start Shatavari, Himalaya product - fungsi utk mencantikkan telur.
8/8/2012 - SK Al-Khisbun dan Hulba 8/8/2012 - susu kambing segar + kurma. Share susu SK dengan hubby. Susu kambing segar + kurma membantu membesarkan telur.
8/8/2012 - NPC (menambahkan hormon progesteron)
Saya guna Natural Progesteron Cream (NPC) lepas je habis period sampai counting DPO.
23/8/2012 - confirmed ovulation. Tak jadik O kat kampung...rupanya extend pulak O seminggu...huhu...
Lewat period 10 hari, barulah berani nak test guna CBD - preggy 2-3weeks :)

Dari segi rohaniah, setiap hari Jumaat lepas solat isyak, saya amalkan;
Baca Al-Fatihah 1x, Selawat Shifa 10x, Selawat Tafrijiyah 1x, zikir - Al-Bari, Al-Musawwir 1000x. Kena buat ni selama 10 minggu berturut-turut.
Saya amalkan Solat Dhuha.
Masa dalam kereta pun berzikir Al-Bari Al-Musawwir...mudah-mudahan benih bersatu dan membentuk.
Start dengan bulan Ramadhan, hari-hari ma nia baca surah Maryam, Surah Al-Imran dan Surah An-Nur...terasa down sangat sebenarnya.
Orang lain masa raya bergembira, saya dalam bilik, berduka bila kena smashed...ubatnya sy baca Al-Quran...hentam je mana-mana surah. En hubby pun macam dah boring nak layan. Last-last saya dimarahnya, katanya terlalu emo.

Subhanallah, bersyukur sangat dengan kurniaNya ini. Mudah-mudahan si tecik ni kuat implant dan membesar...Mudah-mudahan juga kandungan ni sempurna sampai saat melahirkan. Amin...

Friday 14 September 2012

At last...

Posted by Nia at 02:04 39 comments
Saya memohon maaf sekiranya ttcian terguris hati...takpe...pasni tukar ia jadi sesuatu yang boleh motivate diri ok...*hugsss...

Untuk pengetahuan kawan-kawan ttcians, cycle kali ni sememangnya saya cuba secara natural. Dr suruh saya berehat dan datang balik untuk buat hsg test, cek tube sama ada block balik atau tak...Syukur alhamdulillah, maknanya tube saya dah berfungsi dan berjaya membawa spermanya ke ovumnya...

Syukur alhamdulillah, setelah penantian kami selama 4 tahun 7 bulan ini akhirnya berbaloi...Setelah membeli pelbagai upt dan ends up with nothing, tak penahnya nampak apa2 bayang kat sebelah line control tu...at last jumpa faint line juga setelah 2 hari dalay period. Tapi masih lagi was was masa tu... alang alang beli la terus Clear Blue Digital (CBD) akhirnya keluar perkataan pregnant 2-3 weeks...Takutnya awal pagi ngetest hanya Allah sahaja yang tahu...

Saya sebenarnya dah agak juga yang saya dah preggy, melihatkan graf bbt yang menaik seperti di sebelah ni...tapi test upt asik la faint line...tengok perubahan badan pun nampak biasa je, cuma perut dan breast terasa memberat.

Mudah-mudahan lepas ni giliran ttcian juga...ingatlah dugaan ini adalah kerana Dia sayangkan kita...Dia rindu nak dengar luahan perasaan dan meminta kita kepadaNya...semoga kawan-kawan ttcian terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini...Allah nak suruh kita doa 100x, sekali kita doa 99x je lepas tu give up. Kan ke rugi tu...Jadi teruskanlah usaha dan berdoa kepadaNya...

Dah buat appointment tadi, saya akan berjumpa lagi dengan Dr pada hari Rabu petang...mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. Doakan kandungan saya ini sempurna dan membesar sampai saat melahirkan ya...

Friday 24 August 2012

Menyambut Hari Raya aka Baby Dancing

Posted by Nia at 02:25 5 comments
Salam kawan-kawan...nampaknya masing-masing sibuk makan rendang dan ketupat ya...jangan makan banyak tau kita kan tengah ttc...kena kawal juga pemakanan kan...

Terlebih dahulu, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...Minta maaf dari hujun rambut ke hujung jari sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati teman-teman seperjuangan sekalian...0 - 0 k..

Raya saya biasa je, beraya rumah mentua...erm...no komen la...rasanya air mata ni banyak sangat bercurah-curah keluar...hurm...

Cuma nak cerita, kebetulan waktu ovulation tu adalah masa raya ke 3...nasib baik la sempat BD juga masa waktu-waktu bising tu...ye la...anak-anak buah hubby ramai sangat sampai pekak rasa telinga...dan-dan masa tu gak BD...wah...memang la susah nak concentrate...hahaha...

Bersyukur juga saya, walaupun tak makan clomid, tapi O tetap memunculkan dirinya...risau gak sebenarnya...walaupun masa makan clomid, O pada CD16, without clomid, O pada CD19...ok la juga tu, lambat 3 hari...doa sangat kali ni dipermudahkan...EW ada, BD time O, cuma telur keluar belah kiri atau kanan wallahualam...nak je cek telur tapi apa leh buat nun jauh di kampung sana...huhuhu...apapun, berserah je la...dan doa banyak-banyak...

Risau sebenarnya dengan tube kanan sebelah ni...kalau telur kuar kat situ berjayakah ia bersenyawa dengan sperma? Hari tu, masa operate, tube belah kanan flow tak laju...dr kata sebab tube saya ni berlekuk lekuk...alahai cam tu lak? Pastu ibu tepon, bagitau cousin yang berjaya preggy tu pun rupanya ada masalah salur fallopio sempit. Then die gi jupe dr pakar kat kajang, dr tu bagi die ubat untuk meluaskan tube...first time saya dengar. Penah tak kawan-kawan tau pasal benda alah ni?

...........................

Tak de idea dah nak tulis apa...nanti sambung lagi k...bubye...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting