Tuesday 27 September 2011

Langkah pertama setelah setahun lebih berehat dari treatment

Posted by Nia at 18:09 6 comments
 Sebenarnya saya nak update semalam, lepas appointment, tapi memandangkan asik takde idea saja, maka entri ini saya tangguhkan ke hari ini. 

First appointment dengan Dr Hamid Arsyad semalam kira kira pukul 2.30 ptg. Saya cerita tentang masalah saya, yang saya telah berhenti treatment selama setahun lebih, letih dengan pelbagai treatment yang saya hadapi di tahun lepas. Dengan simptom clomid dan suntikan-suntikan yang selalu membuatkan saya rasa tidak selesa, bloated dan badan makin membesar dengan jayanya sekaligus turut membuatkan emosi saya kelam kabut. Saya yang berdepan dengan tiub tersumbat (sebelah loculated spill) dan pcos, yang tidak memungkinkan saya untuk mengandung. Huhuhu...sedih juga.

Ok. Berbalik kepada appointment semalam, Dr turut buat tvs scanning, Dr kata, kalau retroverted uterus, kemungkinan rahim saya ada penggumpulan darah-darah kotor. Nasib baik rahim saya ok. Tapi kedua-dua ovari saya bengkak, menunjukkan saya adalah pcoser tegar. Sabar sajalah...Kemudian, beliau suggest untuk saya membuat pembedahan kecil, laparoscopy dan ovarian drilling. Saya bersyukur sangat akhirnya ada juga Dr yang mentioned yang saya perlu jalani pembedahan ini. Saya terkejut juga, sebab sebelum ini di dua spital kerajaan saya pernah juga request untuk buat pembedahan tapi diorang tak ada buat pembedahan sebegitu (atau tak nak?) So saya assume diorang tak ada kepakaran la untuk buat pembedahan tersebut. Sebagai gantinya saya makan clomid dan buat iui, padahal bukan membantu pun, tiub saya kan tersumbat????

Oleh kerana jadual packed saya terpaksa memilih untuk membuat pembedahan pada bulan November...huhuhu....kalau ikutkan saya, hari ni juga saya sanggup buat, tapi tak apa, at least saya dah nampak peluang saya. Yang penting buat dulu segala benda kotor yang tersimpan di bahagian peranakan saya. Kak Nini suruh saya bersabar dulu dan sementara ni berehat puas-puas. Makanan tambahan seperti yang Leeda suggest, sudah saya beli. So, makanan tambahan saya sudah ada 8 botol. Yang saya ralat adalah Vit E, sebab produk Vit E yang saya makan tu dah 400IU, yang kak nini bagi semalam 200IU makan dua kali, so 400IU pula...ok ke kalau Vit E dalam badan 800IU?

Seronoknya internet sekarang ni banyaknya info-info yang kita boleh dapat, termasuk mengenai pembedahan yang bakal saya jalankan. Di bawah adalah Drilling Laparoskopic yang saya cari dari Youtube.

p/s : kalau takut tengok darah, better tak payah tengok ok...


'Never lose hope'  
                        Polish Slogan

Friday 23 September 2011

Doa

Posted by Nia at 23:00 8 comments
Nampaknya minggu ni saya go through melihat perkembangan rakan ttc dengan kisah kegembiraan Hikari yang berjaya pregnant selepas dua cycle clomid. Namun saya juga sempat melihat beberapa blogger yang bersedih hati dan berputus asa selepas usaha yang dibuat masih tidak berhasil. Dear, janganlah berputus asa di atas dugaan yang diturunkan kepada kita. Sebagai hambaNya, kita kena terus berdoa semoga kita dikurniakan semangat untuk terus berusaha kerana ada hikmah di sebalik semua yang diberikan

Doa supaya tidak berputus asa
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalm berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku" Surah Maryam (ayat 4).


Semalam saya sempat berbual-bual dengan ibu saya; setakat ini selain Enchik Zara, ibulah yang selalu menguatkan hati saya supaya terus berusaha dan berdoa. Ibu kata, teruskan berdoa tapi jangan berdoa 'mesti dapat' atau dengan sedikit kekerasan, seakan-akan memaksa Allah untuk memberikan kita zuriat. Ibu kata, doa yang akan dimakbulkan adalah apabila kita menangis apabila memohon kepadanya. Bila mendengar nasihat ini turut membuatkan saya terfikir apakah doa saya masih tidak cukup untuk mendapat apa yang saya inginkan? Apakah mungkin doa saya tidak diperkenankan kerana ibadat saya masih lagi tidak cukup?

Saya ingat lagi, masa belajar dulu, saya rajin membaca Yassin dan saya amalkan membaca Al-Quran at least satu muka sehari. Rajin solat tengah malam. Doa pada Allah moga dipermudahkan ingatan, dibukakan pintu rezeki dan semoga dapat keputusan yang memberangsangkan. Juga semoga mendapat jodoh yang baik tetap tidak dilupakan..hehehe... Tapi berbeza sangat sekarang ni, solat takat yang wajib saja, doa lepas solat sahaja, baca Yassin yang at least seminggu sekali pun jarang-jarang, apatah lagi membaca Al-Quran. Saya rasa macam sibuk sangat. Saya sedar ini dan suami pun turut mengingatkan saya supaya rajin mengaji dan membaca Al-Quran, tapi tetap tiada tindakan susulan dari saya...Untuk bersungguh-sungguh meminta, kenalah juga buat solat malam, tapi tindakan tu tetap tiada. Mungkin kerana faktor-faktor ini doa saya tidak dimakbulkan?

Kawan-kawan, saya bercerita mengenai kenaifan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sendiri, tapi sekadar ingin berkongsi mungkin ada antara kita terlupa untuk meminta dariNya, bukan sekadar berdoa malah lebih lagi dari itu. Sama-samalah kita saling mengingati antara satu dengan lain. So kawan-kawan, jom kita perbaiki kualiti doa. Mulakan pagi dengan doa, sebelum tido pun doa. Insya Allah doa kita akan didengariNya.

Boleh masuk ke sini untuk info berkenaan doa


Thursday 22 September 2011

PCOS

Posted by Nia at 05:37 14 comments

Sebelum ni saya rajin membaca Hamid Arshad forum (dah ditutup), maka saya beralih kepada lain-lain source untuk mendapatkan info...sememangnya bila seseorang mendapat tahu yang dia termasuk dalam golongan primary infertility, maka macam-macam info yang akan dicari. Bagaimana saya mendapatnya? apa faktor faktornya? Saya telah didiagnose oleh Dr yang saya menghidap pcos dua tahun lalu dan tiub saya tersumbat (sedihnya). Tiga cycle on clomid dengan sekali iui masih tidak berjaya, dan saya fedup dengan diri sendiri. Saya tidak tahan dengan segala kesakitan yang saya hadapi sepanjang treatment; emosi yang selalu terganggu, perut yang selalu cramp dan kena cucuk di perut untuk suntikan gonal-f pun yang masih tidak memadai untuk saya mendapatkan zuriat.

Period saya tidak stabil sejak di zaman anak dara, sejak mula-mula period lagi. Berapa kali jumpa Dr, tapi Dr tak ada pula cek darah untuk investigate tahap LH/FSH saya, untuk ketahui yang saya ada sakit atau tak. Dr cuma bagi ubat perancang sahaja, untuk 3 bulan supaya dapat period yang stabil. Tapi perkara yang sama masih berlaku. Period tetap ding dong dan ada kalanya sehingga lebih 15 hari tapi sedikit-sedikit. Saya terasa juga, kalau benda ini saya dah tahu lagi awal sudah tentu saya dah jalani treatment etc...at least tidak la effectnya sesudah kahwin kan...ni bila dah tau lepas kahwin, orang lain asyik tanya je berapa tahun dah saya kahwin...sabar sajala...

 Saya copy and paste saja dan cuba link kan dengan keadaan diri saya

  • Acne. - tiada kaitan sebab saya tiada jerawat
  • Weight gain and trouble losing weight.- berat memang mudah naik - sekarang BMI dah 25 - overweight
  • Extra hair on the face and body. Often women get thicker and darker facial hair and more hair on the chest, belly, and back. - ada sedikit bulu macam misai dan 20% kaki saya berbulu seperti lelaki, ingatkan pasal saya pernah bercukur dahulu...
  • Thinning hair on the scalp.- iya..rambut saya makin nipis sekarang, rambut mudah gugur
  • Irregular periods. Often women with PCOS have fewer than nine periods a year. Some women have no periods. Others have very heavy bleeding. - sememangnya period saya tidak stabil, paling lama dua tiga bulan barulah ada period balik
  • Fertility problems. Many women who have PCOS have trouble getting pregnant (infertility). - bolehlah tengok ticker saya...sedih...huhuhu
  • Depression.- mungkin sebab pcos la saya selalu sedih dan terlalu mengambil berat dengan komen-komen negatif orang lain yang turut sama mengurangkan confidence level saya
 Nampaknya banyak benda negatif yang disebabkan oleh pcos ini yang berlaku ke atas saya. Adakah cara untuk menghilangkan pcos secara natural?

Caranya adalah seperti di bawah;
  1.  Diet - kena kurangkan berat badan
  2.  Beli makanan organik sahaja. Contohnya makanan laut etc, ayam zaman sekarang ni kalau boleh janganlah ambil sebab ayam kan sudah disuntik dengan hormon estrogen. Kalau ayam kampung ok saja tapi susah benor la nak dapatkan ayam kampung di area KL ni. Kalau ada mahal pun saya beli saja. Untuk kesihatan saya tak nak berkira sangat sebab semuanya masuk ke badan kita kan...
  3. Kurangkan makanan yang berlemak, kena tengok juga kandungan kolesterol yang terdapat pada makanan tersebut
  4. Kurangkan pewarna dan bahan kimia seperti artificial sweeteners.
  5. Kurangkan kaffein dan alkohol
  6. Elakkan gula. Kalau gula dalam buah tu pun kena kurangkan juga, contoh macam tembikai
  7. Kurangkan asid lemak ke dalam diet - nuts, seeds dan oily fish (termasuk ikan sardin dan salmon).
  8. Macam makanan bertepung, roti, kek, ais krim kenalah dielakkan; wheat grain sahaja dibolehlah. Susu pun kena ambil yang kurang lemak, bukan yang full cream...
Banyakkan nak kena korbankan? Dah la saya ni hantu kek Secret Recipe tu, suka makan ais krim dan McD...huhuhu...saya teringat kembali suatu ketika pada tahun lalu, saya frust sangat bila IUI tu tak jadi, pastu saya on strictly on diet. Saya tak makan nasi langsung, saya beli roti yang wheat grain sahaja, saya beli salad dan gaulkan dengan apple, orange dan anggur, lapar-lapar saya makan badam, minuk air memang banyak, ikan pun saya stim dan bakar - dan salad sahaja...

Hasilnya? dalam dua minggu saya turun berat badan 4 kg. Dan guess what - dalam 2 bulan itu period saya keluar naturally. Tapi tu la, orang Melayu ni kalau nak makan kena ada nasi, jadi dalam masa dua minggu tu badan lemah semacam dan terasa ringan pula...ye la, kalau saya dah strictly on diet mestilah sang suami pun akan ikut diet juga kan...minggu pertama dia ok lagi. minggu kedua sudah merungut-rungut...makan tak sedap katanya, sudah tiada lagi ayam goreng dan sewaktu dengannya. Yang ada hanyalah ikan kukus dan bakar dan salad....hahhaahha...

Last-last saya masakkan untuk dia- masak sedap-sedap...tup tup...saya pula tak boleh tahan..habis diet saya sampaila overweight macam ni....

Wednesday 21 September 2011

Berita gembira

Posted by Nia at 01:43 2 comments
Tahniah!!!

At last Hikari, penantian awak sampai ke penghujungnya...
InsyaAllah, dengan berita ini, saya yakin 
kita yang mengalami masalah kesuburan boleh mengandung 
walaupun ada pcos dan pelbagai penyakit menghurung diri

Percayalah, Allah tidak akan biarkan hamba-hambaNya sentiasa berduka, 
pasti ada hikmah di sebaliknya. 
Dan apabila berjaya, pasti kita akan lebih terasa kebesaranNya dan nikmatnya

GAMBATTE!!!!

Monday 19 September 2011

Macam-macam

Posted by Nia at 23:14 2 comments
Baru saja balik semalam, singgah sat kat umah abg ipar kat Ipoh
terus Enchik Zara menghala ke KL untuk menghadiri kelasnya
sementara saya di McD lepak kat sana...

At last sampai umah pun dah dekat pukul 12 tgh malam
kemas-kemas baju sikit, campak baju yang tak basuh lagi tu dalam washing machine
makan ubat - jangan di lupa...
dan terus tidur...

hari ni...
saya di lab, cuba untuk meneruskan perjuangan
tapi masih lagi tidak dapat mengeluarkan idea yang bernas
mesti la gara-gara lama bercuti - otak pun bercuti
sebenarnya, idea dah ada - cuma bagaimana caranya untuk menyalurkan idea tersebut - hangkang
last2, saya tulis semua idea tu dalam buku coretan saya
dengan harapan lepas ni saya punya semangat waja untuk menyambung tulisan yang tergendala

oleh kerana kebuntuan di tahap maksima tadi,
saya menonton cerita Magika...
ok la, boleh la juga saya release tension
ada la juga gelak-gelak yang membuatkan hati saya gembira sedikit

satu lagi kerisauan yang ada di kepala saya ini,
saya teringin untuk menurunkan berat badan
tapi kalau nak dicalculate di timbang berat etc
makanan yang saya makan sepanjang berhari raya ni memang boleh tahan
apa lagi bila balik ke kg Enchik Zara
daging je yang dihidang di setiap kenduri
amboi, bertambahlah lelemak tepu saya kalau begini...

Oleh itu,
petang ni Enchik Zara mengajak saya untuk mengusha lagi thread mill buat sekian kalinya
rasanya saya memang kena ada benda ni di rumah
ya la, kalau siang duduk saja kerja saya - kena menulis dan membaca kan
malam pula, pas makan malam berehat pula...
bila masanya la nak bersenam
at least bila dah ada thread mill ni semangat la sikit
jangan nak hangat-hangat tahi ayam sudah...

ok la kawan kawan sekalian - saya kena sambung balik kerja saya ini....teruskan perjuangan - GAMBATTE!!!!

Update: thread mill dah order, insyaAllah Isnin ni baru dapat
kebetulan kat kedai tu ada electronic machine utk cek bml
so saya dan Enchik Zara pun mengetest laa...
keputusannya; BML saya 25 - dah masuk overweight
BML Encik Zara - 33 - dah obese phase 1

so ikut result saya kena kurangkan 9 kg untuk capai berat ideal 51kg...
huhuhu...
kena teruskan usaha...moga tidak hangat-hangat tahi ayam la..
saya pun risau sebab cara pemakanan saya ni, saya cepat lapar
padahal baru saja makan tu...
agak-agak saya tembolok saya ni dah membesar dengan jayanya...
nak nak lagi dah lepas raya ni...

Teruskan perjuangan!!!
GAMBATTE!!!

Thursday 15 September 2011

Balik kampung

Posted by Nia at 02:56 0 comments
Baru balk kampung beraya kampung belay husband. Esok Ada majlis Tahlil Arwah ayah Akan diadakan, so tadi sibuk jiga potong daging dan ayam, daging tu potong besar besar saja, tak payah potong halus halus macam style potongan daging di rumah aku.hohoho...patut la Enchik Zara aku potong daging besar besar.

Aku surprised juga dengan Ada ya Internet digi di kawasan kampung ni...bagus gak digi dah makin improved. So bila Ada kelapangan boleh la update blog...hehehe...

Pasal kesuburan, aku dah tak period dah...erm...Kali ni lama gak period ya...alamak tiba tiba ramai lak budak budak nanti update lg

Monday 12 September 2011

Mode: Cari kekuatan

Posted by Nia at 04:04 1 comments
Agak lama saya silence kan? Bukan apa, dalam masa seminggu ni saya struggle tulis paper...
ingat nak submit ke ISI journal...semoga impian menjadi kenyataan...:)

Tadi baru jumpa supervisor
sedihnya, paper saya kena reject
banyak masa saya terbuang mengadap benda tu
so saya nak kena start benda lain
dah la benda ni bukannya major saya
kena bertenang dulu ni..
2 jam lebih berbincang tadi...
lepas tu terus type segala details yang kitorang bincangkan tadi
fening fening

Tukar cerita..
nak dijadikan cerita
sudah 7 hari saya period
tapi belum ada tanda-tanda ia akan berhenti...
ni semua hasil makan maajun la ni...badan terasa panas je...
ibu saya pun turut makan maajun juga..
bukan sekian kalinya, setelah sudah setahun tidak period
ibu juga turut didatangi haid...
hehehe...

ibu explain,
kalau nak betulkan period lagi, teruskan makan maajun selepas 7 hari ni
tapi kalau nak mencuba lagi, boleh saja tapi tak perlu makan maajun dah
saya masih berfikir lagi...
4 days to go for the decision...
ya la...kalau saya berhenti makan pun belum tau berjaya preggy kan..
kalau saya teruskan makan period saya kembali normal pula...
bagaimanakah????

Fikir lagi laaa...

Wednesday 7 September 2011

Tulisan kak nini: Hikmah yang agung? Kenapa aku belum berzuriat

Posted by Nia at 20:29 1 comments
Asalam kawan kawan yang diingati dan disayangi,
Puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi.
Sudah empat hari kita beraya, alhamdulillah.Akak pasti buat mereka yang belum hamil di bulan Ramadhan dan Syawal ini anda merasakan kesayuan dan kesedihan lagi. Maka akak ingin gunakan kesempatan ini untuk renungan anda.

Ramai yang tanya bila saya akan hamil akak? Akak boleh merasakan keinginan mereka yang meluap-luap. Seolah2 akak ada jawaban dan ilmu tilik. Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi fana akak hanya mampu menjawab sabar dik sabar...Namun kali ini biarlah akak luahkan apa yang tersirat di hati akak.
Kehadiran insan bernama anak dalam hidup kita merupakan hak mutlak Allah. Kalau Allah swt nak bagi , sekejap sahaja dan kalau dia nak ambil pun sekejap sahaja. Kita di sini hanyalah semnetara. Ingat pesanan akak nih...

Alkisah riwayat nabi Zakaria di zaman dahulu, kisah para al anbiya  , golongan yang soleh... Nabi Zakaria seorang yang sangat baik. Beliau dan isterinya ditakdirkan tidak mempunyai anak dan mereka sudah lanjut usia.Namun mereka tetap redha dan beriman kepada Allah, lagi tidak pernah meratapi nasib mereka masing-masing. MAlahan bersyukur dengan segala nikmat2 Allah. Nabi Zakaria mempunyai seorang anak ANgkat yakni Maryam yang dijaganya di Kaabah. Maryam (ibu nabi Isa a.s) seorang yang sangat baik, warak dan taat pada perintah Allah. Beliau mengurungkan dirinya di dalam bilik dan sentiasa bermunjaat kepada Allah di situ. Oleh itu Allah dengan segala sifat kebesarannya memberi rezeki dalam bentuk makanan kepada Maryam di dalam biliknya itu. Suatu hari Nabi Zakaria lalu dan nampak rezeki tersebut, lalu terkejut lantas bertanya, Wahai MAryam, dari mana kamu mendapat rezeki ini, MAryam menjawab "dari Allah yang maha pemberi" ---- Ini membuatkan Nabi Zakaria hairan, kenapalah beliau tak meminta kepada Allah untuk rezeki, yakni rezeki seorang anak ?? sedangkan anak angkatnya ini boleh mendapat rezeki dengan sedemikian cara??? Lalu beliau berdoa, Ya Allah kurniakanlah daku zuriat yang soleh kerana engkaulah yang mengabulkan doa. Dan Allah dgn sifat kasihnya mengutuskan malaikat untuk memberitahu Nabi Zakaria berita gembira bahwa beliau akan menerima zuriat yang soleh yakni dengan kehamilan Nabi Yahya a.s. di usia mereka yang amat tua, subhanallah!

Namun tetapi menerusi pembacaan akak dari apa yang akak tahu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh oleh kaum Yahudi sewaktu apabila mereka cuba mensyaikan agama Allah di kota Makkah. Kasihan sekali ye?

Jadi apakah yang dapat kite perolhi dari cerita ini?
Bagi akak, usaha untuk mendapatkan anak merupakan satu Ujian untuk seseorang. Satu cubaaan di mana Allah nak test kita. Apakah kita ini mahu sedar ataupun insaf, lantas berdoa kepadaNya?
Kemudian ia juga menyedarkan kita bahwa , di sebalik keasyikkan kita di dunia ini, ia menyenyentakkkan kita kepada  menerima hakikat kewujudan ilahi! Kalau kita tidak mendapat cubaan sebegini, kita sukar untuk faham kuasa dan kudrat iradat Allah. Bahawa Allahlah yang memberi rezeki dan bukannya kita sendiri yang hebat, mampu menjadi pandai, kaya raya dan mewah dengan anak-pinak yang ramai. Inilah masanya Allah menarik balik nikmat rezeki buat sementara untuk kita buat kita memahami kewujudan zatnya yang Maha berkuasa memberi lagi mengambil dari kita.

Inilah masanya membuat kita merasakan kehadiran Allah dalam hidup kita. tentang betapa kuatnya Allah mengingati dan menyayangi kita sehinggakan mahu memilih kita untuk ujian ini, kerana Allah mahukan kebaikan untuk kita, mahukan kita kita mengingati kewujudannya, kerana Allah mahukan kebaikan yang tidak terkala di akhirat nanti.

Cubaan tidak berzuriat ini juga menginsafkan kita dengan banyak sifat-sifat kezuhudan dan ketaqwaan.
Memang, jauh di benak kita kita mesti ingat Oh! adakah akau ini akan ditakdirkan mandul??
Ingatlah kisah isteri Firaun Asiya, yang mengorbankan jiwanya mengahwini Firaun yang mandul demi untuk menyelematkan rakyatnya dari angkaranya. Beliau mengambil anak angkat yakni Nabi Musa a.s. yang diselamatkan dari sungai di mana ibu kandung Nabi Musa menghanyutkan nabi tersebut di dalam kotak kecil demi untuk lari dari Firaun.Dan akhirnya Asiya mati dibunuh oleh Firaun yang kejam. Ketahuilah,di akhirat kelak beliau dan Maryam merupakan wanita pertama melangkah masuk ke syurga.
Di sinilah caranya Allah menghendaki hamba-hambanya untuk menghampirkan mereka dengan zatNya di akhirat kelak.
Di dunia kita nih tak nampak --- kita tak nampak hikmahnya, tapi kalau kita ambil masa untuk berfikir kita akan faham, bahwa Allah sebenranya menyayangi kita dan rindu kepada kita mengingatiNya dan inilah masanya Allah cuba mengingatkan supaya kita menjadi manusia yang lebih baik dan bertqwa. Ingat, kalau Allah mahukan kebaikkanuntuk sesiapa, Allah Menguji mereka. Kalau Allah mahukan keburukkan Allah hanya melalaikan mereka di dunia. JAdi golongan mana yang kamu nak masuki?? Samada kamu mahu termasuk  KAum yang dicuba dan sentiasa diuji oleh Allahkah mahupun kaum yang lalai dan diberi kemewahan lagi kesenangan oleh Allah?

Namun ini tidak bermaksud bahwa  Allah mahukan umatnya dalam keadaan sedih dan selalu diuji tanpa kesudahan. Sebenarnya manusia memerlukan kepada ujian. Mereka sukar memahami Kuasa Allah kalau mereka tidak diuji. Sukar melahirkan sifat2 ketaqwaan kalau tidak diuji. Ujianlah makanan kepada minda, roh dan sahsiah sorang insan.
Ujian ini mengindahkan karektor dan peribadi kita.
Terutama sekali apabila kita pulang kepada Allah dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...
Usahlah merasa malu untuk pulang kepada Allah....
Dan usah hidup untuk kata-kata orang... muhasabah diri dan perbaiki diri, adakah kita patut diperkenankan doa sedangkan kita tak ingat pada ALLAH waktu susah mahupun senang? Inilah masanya kita redha dan mensyukuri nikmat Allah kerana menguji kita dgn ujian sehebat ini dan mendoakan semoga Allah menngasihani umat Islam di seluruh dunia semoga kita menjadi umat yang agung lantaran itu... AMin!
AKhir kata ~ semoga Allah menerima usaha kecil akak ini dan semoga pembaca budiman memaafkan akak sekiranya adanya bende2 tak tepat dan terkurang yang hasilnya dari akak.

JAzakillah bikhairan!

Tuesday 6 September 2011

Sudah sampai

Posted by Nia at 18:41 1 comments
Semalam saya baru called klinik Dr Hamid Arshad
ingat nak memulakan treatment kembali setelah lebih setahun berehat...
masih tiada apa-apa...
ingatkan klinik bukan sabtu...rupanya isnin hingga jumaat sahaja buka...office hour...
peh tu rupanya klinik fully booked, kena booked dalam tempoh sebulan...
terlambat rupanya saya buat appointment
so appointment saya adalah pada 27 Sept ni...
adalah lebih kurang 3 minggu dari sekarang...
takpe la...better daripada remain silence from treatment kan....

Baru balik semalam dari Kg selepas percutian kurang sebulan di kampung halaman
bermulalah juga episod baru dalam semester yang baru
sebagai pelajar...kena teruskan usaha...
GAMBATTE!!!!

Susah jadi pelajar + ttc juga...
dengan buat research pasal study dan juga research pasal ttc
kenalah telan....di samping tu kena kawal stress...
istiqamah kena berterusan...
InsyaAllah berjaya

Lepas balik dari flight biasanya kitorang amik kereta kat office husband dulu
boleh tak tyre kereta belah belakang dah kempis...
aduyai...nasib baik ada kawan Enchik Zara yang masih bekerja...
so dia pinjam pam dr mamat tu...
hisy...kalau begini kena beli pam tu, penting
kalau tak ada orang yang boleh diharapkan macammana kan...
kena terjumpa dengan orang jahat...naya je nanti...

Bila dah sampai rumah pun dah pukul 12 tengah malam...
bersyukur dah balik rumah...rindu rumah tu
rumah yang menjadi tempat berteduh kami suami isteri...
balik je terkejut tengok Enchik Zara dah beli banyak stok makanan sekali dengan kuih-kuih raya yang diborongnya sebelum balik bercuti minggu lepas
amboi...bukan main lagi Enchik Zara bershopping makanan ye...
hehhehe...

Saya terus je punggah baju-baju dari dalam beg
makanan yang dibawa dari kg masukkan dalam peti ais
baju-baju kotor masuk dalam washing machine
mulut membebel sikit bila nampak tikar yang Enchik Zara beli (masa saya di kampung)
kata nak buat umah modern style, tapi beli tikar camtu dah tak jadik modern style dah
nanti free2 nanti saya nak kemas better gulung je tikar tu
mana tau nak buat kenduri barulah guna...

Hari ni saya sampai awal di lab
Seorang pun tiada lagi muncul, mungkin masih bercuti
Apa pun, kena gunakan masa yang ada hari ni dengan sebaik-baiknya....
Insya Allah...
ok la...ada masa saya update lagi....
bye...

Saturday 3 September 2011

Maajun

Posted by Nia at 21:13 0 comments
Saya masih lagi belum keluar period
ibu menyuruh saya memakan maajun untuk memanaskan badan selain untuk regular period... 
hari ini sudah hari ke 15, saya perlu memakan sehingga hari ke 21...
erm...saya makan sajalah...tak tau lah berkesan atau tidak...badan saya ni kebal dengan ubat...
huhuhu...

saya masih mengamalkan makan shaklee...
hingga sekarang masih belum tanda tanda period...

tadi berborak dengan ibu pasal tersalah cakap...
ibu kata kadang-kadang kita pernah tersalah cakap dan Allah perkenankan pula doa tu...
contoh masa mula-mula kahwin 'relax la dulu sementara baru kahwin ni' 
tu pun sudah dikatakan salah cakap....
jadi Allah angkat kata-kata itu sebagai doa...benarkah???
erm...saya risau juga kalau saya ada tersalah cakap apa-apa...
Semoga Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, Amin

-------------------------------------

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: 
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) 
dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: 
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; 
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 
(surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! 
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) 
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) 
serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) 
(surah ali-imran, ayat 200) 

Thursday 1 September 2011

Selamat Hari Raya!!!

Posted by Nia at 00:34 2 comments
Salam My dearie friends,

Salam Lebaran Mubarak, minalaidin walfaizin walmakbulin kpd handai taulan dan ikhwan. Moga kita mendapat keredaan Ilahi dunia dan akhirat, insya-Allah.
EN Google




Baru berkesempatan untuk membuka blog ini setelah 3 hari berhari raya sakan...

Kepada mereka yang ttc, masa berhari rayalah masa yang paling seriau...
Dalam kepala saya ada list mereka yang akan saya elak...
Salam tetap salam, tapi tak adalah sampai berborak-borak panjang..
Apa boleh buat la kalau orang tu terasa atau anggap saya sombong...
Saya mencuba untuk menjaga hati sendiri sebelum hati saya disakiti

Tapi walaupun begitu, seorang makcik saya menyapa adik saya
tapi mungkin dia ingat yang adik saya adalah saya...
adik beradik kan lebih kurang je rupa...
lek jak dia sound adik 
'Hah...yang ni lagi satu...kenapa la ndak pregnant-pregnant ni...'
Adik saya balas ' Eh...macammana orang belum kawin mo pregnant pula makcik?'
Pastu baru dia perasan yang dia tersalah orang...sebenarnya dia nak tanya saya...
Lepas saja adik ceritakan pasal sapaan makcik tu
Terus saja saya elakkan dari bersapaan dengan dia...
Sabarlah wahai hati..

Sesungguhnya saya pelik la kenapa ada orang macam tu...
Dia faham tak setiap orang tu ada dugaan masing-masing...
Macam dia pula, memang la beranak, tapi dah bercerai dengan ex-husband dia...
Macam saya pula, masih teguh kasih sayang antara suami isteri (moga kasih sayang dieratkan lagi sampai ke akhir hayat), diuji pula dengan ketidaksuburan...
Ada makcik lain pula, walaupun cepat beranak, tapi anak bermasalah...kan ke dugaan tu...
Wahai insan-insan spesies tidak sensitif
Janganlah terlalu cepat mengeluarkan kata-kata sinis seperti itu
Kerana makcik pun ada anak juga yang akan berkahwin
Macammana kalau anak makcik juga mangalami nasib yang saya seperti saya...

Sabarlah...sabar dan sabar..
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting