Friday 23 September 2011

Doa

Posted by Nia at 23:00
Nampaknya minggu ni saya go through melihat perkembangan rakan ttc dengan kisah kegembiraan Hikari yang berjaya pregnant selepas dua cycle clomid. Namun saya juga sempat melihat beberapa blogger yang bersedih hati dan berputus asa selepas usaha yang dibuat masih tidak berhasil. Dear, janganlah berputus asa di atas dugaan yang diturunkan kepada kita. Sebagai hambaNya, kita kena terus berdoa semoga kita dikurniakan semangat untuk terus berusaha kerana ada hikmah di sebalik semua yang diberikan

Doa supaya tidak berputus asa
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalm berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku" Surah Maryam (ayat 4).


Semalam saya sempat berbual-bual dengan ibu saya; setakat ini selain Enchik Zara, ibulah yang selalu menguatkan hati saya supaya terus berusaha dan berdoa. Ibu kata, teruskan berdoa tapi jangan berdoa 'mesti dapat' atau dengan sedikit kekerasan, seakan-akan memaksa Allah untuk memberikan kita zuriat. Ibu kata, doa yang akan dimakbulkan adalah apabila kita menangis apabila memohon kepadanya. Bila mendengar nasihat ini turut membuatkan saya terfikir apakah doa saya masih tidak cukup untuk mendapat apa yang saya inginkan? Apakah mungkin doa saya tidak diperkenankan kerana ibadat saya masih lagi tidak cukup?

Saya ingat lagi, masa belajar dulu, saya rajin membaca Yassin dan saya amalkan membaca Al-Quran at least satu muka sehari. Rajin solat tengah malam. Doa pada Allah moga dipermudahkan ingatan, dibukakan pintu rezeki dan semoga dapat keputusan yang memberangsangkan. Juga semoga mendapat jodoh yang baik tetap tidak dilupakan..hehehe... Tapi berbeza sangat sekarang ni, solat takat yang wajib saja, doa lepas solat sahaja, baca Yassin yang at least seminggu sekali pun jarang-jarang, apatah lagi membaca Al-Quran. Saya rasa macam sibuk sangat. Saya sedar ini dan suami pun turut mengingatkan saya supaya rajin mengaji dan membaca Al-Quran, tapi tetap tiada tindakan susulan dari saya...Untuk bersungguh-sungguh meminta, kenalah juga buat solat malam, tapi tindakan tu tetap tiada. Mungkin kerana faktor-faktor ini doa saya tidak dimakbulkan?

Kawan-kawan, saya bercerita mengenai kenaifan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sendiri, tapi sekadar ingin berkongsi mungkin ada antara kita terlupa untuk meminta dariNya, bukan sekadar berdoa malah lebih lagi dari itu. Sama-samalah kita saling mengingati antara satu dengan lain. So kawan-kawan, jom kita perbaiki kualiti doa. Mulakan pagi dengan doa, sebelum tido pun doa. Insya Allah doa kita akan didengariNya.

Boleh masuk ke sini untuk info berkenaan doa


8 comments:

nurryama on 24 September 2011 at 00:30 said...

Betul tu nia~dulu sebelum kawen saya rajin berdoa utk dapat ape yg saya nak...utk dapat keje elok, jodoh yg baik2...selalu solat hajat tgh malam...menangis2 memohon pd Allah..lps kawen dh lain....saya terlalu selesa dgn ape yg saya ada sampai lupa nk berdoa lg...mgkin jg sbb sibuk dgn rumahtangga kot...byk tggungjwb...sy tgh cuba control masa saya utk bt semua amalan tu balik...insyaAllah..thanx 4 sharing...=)

sweet tooth on 24 September 2011 at 06:41 said...

TQ for this entry dear....untuk mengingatkan diri ini yang selalu lupa...

Nia on 24 September 2011 at 07:26 said...

nurryama:Sebenarnya keinginan nak buat tu ada kan, tapi kemalasan melanda diri. Malas tu disebabkan syaitan mengganggu sebenarnya.

sweet tooth: sama-samalah kita saling ingat mengingati ok...

mahujadiibu on 26 September 2011 at 02:38 said...

haritu b4 preggy yg ms gugur tu pun dah jd budak baik dah..doa pada tuhan tp bukan meminta untuk mndapat zuriat.tp doa tu ikhlas dari hati mintak pada tuhan semoga mengubah diri ini menjadi lebih baik.dalam sebulan mcmtu..kan tuhan dah bg.pastu lupa balik.sesungguhnya manusia sering terlupa..insyaALLAH nak berubah menjadi yg lebih baik.amin

~ JD on 26 September 2011 at 06:30 said...

sy pon sedar mungkin sy xsungguh2 mintak pada Allah. thanks 4 the entry :)

Nia on 26 September 2011 at 07:15 said...

mahujadiibu dan JD:insyaAllah, semoga kita sama-sama dikuatkan semangat dalam menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita saling mengingatkan.

tq sebab jenguk blog ok :)

chinta... on 26 September 2011 at 20:04 said...

terima kasih sgt2 kerana telah membuat chinta terfikir sekejap...mengingati chinta yang semakin alpa...

Nia on 27 September 2011 at 18:12 said...

chinta: sama-sama kita saling mengingatkan ok

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting