Thursday 1 September 2011

Selamat Hari Raya!!!

Posted by Nia at 00:34
Salam My dearie friends,

Salam Lebaran Mubarak, minalaidin walfaizin walmakbulin kpd handai taulan dan ikhwan. Moga kita mendapat keredaan Ilahi dunia dan akhirat, insya-Allah.
EN Google




Baru berkesempatan untuk membuka blog ini setelah 3 hari berhari raya sakan...

Kepada mereka yang ttc, masa berhari rayalah masa yang paling seriau...
Dalam kepala saya ada list mereka yang akan saya elak...
Salam tetap salam, tapi tak adalah sampai berborak-borak panjang..
Apa boleh buat la kalau orang tu terasa atau anggap saya sombong...
Saya mencuba untuk menjaga hati sendiri sebelum hati saya disakiti

Tapi walaupun begitu, seorang makcik saya menyapa adik saya
tapi mungkin dia ingat yang adik saya adalah saya...
adik beradik kan lebih kurang je rupa...
lek jak dia sound adik 
'Hah...yang ni lagi satu...kenapa la ndak pregnant-pregnant ni...'
Adik saya balas ' Eh...macammana orang belum kawin mo pregnant pula makcik?'
Pastu baru dia perasan yang dia tersalah orang...sebenarnya dia nak tanya saya...
Lepas saja adik ceritakan pasal sapaan makcik tu
Terus saja saya elakkan dari bersapaan dengan dia...
Sabarlah wahai hati..

Sesungguhnya saya pelik la kenapa ada orang macam tu...
Dia faham tak setiap orang tu ada dugaan masing-masing...
Macam dia pula, memang la beranak, tapi dah bercerai dengan ex-husband dia...
Macam saya pula, masih teguh kasih sayang antara suami isteri (moga kasih sayang dieratkan lagi sampai ke akhir hayat), diuji pula dengan ketidaksuburan...
Ada makcik lain pula, walaupun cepat beranak, tapi anak bermasalah...kan ke dugaan tu...
Wahai insan-insan spesies tidak sensitif
Janganlah terlalu cepat mengeluarkan kata-kata sinis seperti itu
Kerana makcik pun ada anak juga yang akan berkahwin
Macammana kalau anak makcik juga mangalami nasib yang saya seperti saya...

Sabarlah...sabar dan sabar..

2 comments:

sweet tooth on 2 September 2011 at 00:40 said...

Nia, tak leh elak...ingatkan after 6 years tak dok dah yg berminat nak tanya (ye la...dah tiap2 tahun jumpa tanya...)ado gak yang tanyo hah... nasib baik mak mertua i sporting n memahami...dia tolong defendkan i...oooo....sungguh terharu.

Nia on 2 September 2011 at 20:24 said...

kita yg tgh ttc ni sememangnya memerlukan sokongan orang-orang yang rapat dgn kita...sweet tooth beruntung kerana mak mertua memahami...mcm saya, mak mertua ok...cuma kakak ipar yang banyak mulut...sabar sajalah...

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting