Thursday 22 September 2011

PCOS

Posted by Nia at 05:37

Sebelum ni saya rajin membaca Hamid Arshad forum (dah ditutup), maka saya beralih kepada lain-lain source untuk mendapatkan info...sememangnya bila seseorang mendapat tahu yang dia termasuk dalam golongan primary infertility, maka macam-macam info yang akan dicari. Bagaimana saya mendapatnya? apa faktor faktornya? Saya telah didiagnose oleh Dr yang saya menghidap pcos dua tahun lalu dan tiub saya tersumbat (sedihnya). Tiga cycle on clomid dengan sekali iui masih tidak berjaya, dan saya fedup dengan diri sendiri. Saya tidak tahan dengan segala kesakitan yang saya hadapi sepanjang treatment; emosi yang selalu terganggu, perut yang selalu cramp dan kena cucuk di perut untuk suntikan gonal-f pun yang masih tidak memadai untuk saya mendapatkan zuriat.

Period saya tidak stabil sejak di zaman anak dara, sejak mula-mula period lagi. Berapa kali jumpa Dr, tapi Dr tak ada pula cek darah untuk investigate tahap LH/FSH saya, untuk ketahui yang saya ada sakit atau tak. Dr cuma bagi ubat perancang sahaja, untuk 3 bulan supaya dapat period yang stabil. Tapi perkara yang sama masih berlaku. Period tetap ding dong dan ada kalanya sehingga lebih 15 hari tapi sedikit-sedikit. Saya terasa juga, kalau benda ini saya dah tahu lagi awal sudah tentu saya dah jalani treatment etc...at least tidak la effectnya sesudah kahwin kan...ni bila dah tau lepas kahwin, orang lain asyik tanya je berapa tahun dah saya kahwin...sabar sajala...

 Saya copy and paste saja dan cuba link kan dengan keadaan diri saya

  • Acne. - tiada kaitan sebab saya tiada jerawat
  • Weight gain and trouble losing weight.- berat memang mudah naik - sekarang BMI dah 25 - overweight
  • Extra hair on the face and body. Often women get thicker and darker facial hair and more hair on the chest, belly, and back. - ada sedikit bulu macam misai dan 20% kaki saya berbulu seperti lelaki, ingatkan pasal saya pernah bercukur dahulu...
  • Thinning hair on the scalp.- iya..rambut saya makin nipis sekarang, rambut mudah gugur
  • Irregular periods. Often women with PCOS have fewer than nine periods a year. Some women have no periods. Others have very heavy bleeding. - sememangnya period saya tidak stabil, paling lama dua tiga bulan barulah ada period balik
  • Fertility problems. Many women who have PCOS have trouble getting pregnant (infertility). - bolehlah tengok ticker saya...sedih...huhuhu
  • Depression.- mungkin sebab pcos la saya selalu sedih dan terlalu mengambil berat dengan komen-komen negatif orang lain yang turut sama mengurangkan confidence level saya
 Nampaknya banyak benda negatif yang disebabkan oleh pcos ini yang berlaku ke atas saya. Adakah cara untuk menghilangkan pcos secara natural?

Caranya adalah seperti di bawah;
  1.  Diet - kena kurangkan berat badan
  2.  Beli makanan organik sahaja. Contohnya makanan laut etc, ayam zaman sekarang ni kalau boleh janganlah ambil sebab ayam kan sudah disuntik dengan hormon estrogen. Kalau ayam kampung ok saja tapi susah benor la nak dapatkan ayam kampung di area KL ni. Kalau ada mahal pun saya beli saja. Untuk kesihatan saya tak nak berkira sangat sebab semuanya masuk ke badan kita kan...
  3. Kurangkan makanan yang berlemak, kena tengok juga kandungan kolesterol yang terdapat pada makanan tersebut
  4. Kurangkan pewarna dan bahan kimia seperti artificial sweeteners.
  5. Kurangkan kaffein dan alkohol
  6. Elakkan gula. Kalau gula dalam buah tu pun kena kurangkan juga, contoh macam tembikai
  7. Kurangkan asid lemak ke dalam diet - nuts, seeds dan oily fish (termasuk ikan sardin dan salmon).
  8. Macam makanan bertepung, roti, kek, ais krim kenalah dielakkan; wheat grain sahaja dibolehlah. Susu pun kena ambil yang kurang lemak, bukan yang full cream...
Banyakkan nak kena korbankan? Dah la saya ni hantu kek Secret Recipe tu, suka makan ais krim dan McD...huhuhu...saya teringat kembali suatu ketika pada tahun lalu, saya frust sangat bila IUI tu tak jadi, pastu saya on strictly on diet. Saya tak makan nasi langsung, saya beli roti yang wheat grain sahaja, saya beli salad dan gaulkan dengan apple, orange dan anggur, lapar-lapar saya makan badam, minuk air memang banyak, ikan pun saya stim dan bakar - dan salad sahaja...

Hasilnya? dalam dua minggu saya turun berat badan 4 kg. Dan guess what - dalam 2 bulan itu period saya keluar naturally. Tapi tu la, orang Melayu ni kalau nak makan kena ada nasi, jadi dalam masa dua minggu tu badan lemah semacam dan terasa ringan pula...ye la, kalau saya dah strictly on diet mestilah sang suami pun akan ikut diet juga kan...minggu pertama dia ok lagi. minggu kedua sudah merungut-rungut...makan tak sedap katanya, sudah tiada lagi ayam goreng dan sewaktu dengannya. Yang ada hanyalah ikan kukus dan bakar dan salad....hahhaahha...

Last-last saya masakkan untuk dia- masak sedap-sedap...tup tup...saya pula tak boleh tahan..habis diet saya sampaila overweight macam ni....

14 comments:

chinta... on 22 September 2011 at 06:19 said...

chinta singgah cni...simptom pcos awak sama mcm chinta...dulu sebelum berat chinta turun mmg masalah peyed yang ding dong...tapi alhamdulillah setelah berusaha sungguh2 dah dekat 10 bulan peyed dah teratur...tapi yan pasti penghidap pcos mmg amat sukar sikit nak turunkan berat badan...sama2 kita usaha untuk mencapai kearah itu...caiyok2...

Nia on 22 September 2011 at 06:26 said...

thanks jenguk umah kite...yeke...peod kite still ding dong la...tak tau la macammana nak bagi regular balik

CIK PUAN TIPAH on 22 September 2011 at 07:32 said...

assalam..
saya juga pcos..sy mmg overweight. tapi sy mmg tak pernah delay period. Period mmg on time dari bujang hingga kahwin. Tp bila kahwin dia on time jugak tapi pernah delay 2 3 hari. Yg paling ketara period jadi sikit. Sdg berusaha nak turunkan berat badan..chaiyook.

follow my blog. Sy masih baru dlm dunia blog.

Nia on 22 September 2011 at 17:46 said...

waalaikummussalam,

maknanya tipah moderate pcos la sebab tak penah delay period...sume ni rezeki kan...teruskan berusaha

saya dah follow blog. thanks sebab jenguk umah saya ni :)

Mrs.ShiZni on 22 September 2011 at 21:15 said...

Sama la kita....period tak ske kat kite eh...huhu.
Ganbatte. jom sokong menyokong. diet dan jagan mkn itu memang tidak mudah kalau encik hubby gemor makan!

Unknown on 23 September 2011 at 18:17 said...

Nia, sya pon rsa pcos juga sbb telur sy x aktif,lmbt matang. Lps ambil clomid 75g cycle ke2 bru prenant.tp kjp je.gugur.Brt normal sy 55kg. But now lbh krg 69kg.Wpon ramai ckp sy xde la gemuk sgt.Tggi 153cm.Tp dlm gol overweight if ikut BMI.

Ciri2 lain sya xsure sbb yg sya tau bab2 invertile adlh sbb pcos.Cycle period saya rsa normal,tiap2 bln dtg cuma cycle agk pnjg 33-38 hari.Mmg ssh kan nk trnkan brt bdn..apa yg sya blh kongsi utk elakkan ambil clomid, sya nk try;

1.HPA Moment(Jus) - blh bsrkan/mtgkan telur

2.Adipex - pil kurus yg agk berkesan. Lulus oleh KKM

Jgn down,pcos ni bknnya penyakit kekal,ia blh dihindarkan dgn gaya pemakanan yg sht.Cuma elakkan fastfood. Sya pn tgh kumpulkan blog2 org yg berjuang utk diet scra sht dan berjaya. Stkt ni bru 2,3 org dlm bloglist saya.Cara terbaik utk gol pcos mcm kita ialah brt bdn yg ideal.Jom usaha...

Unknown on 23 September 2011 at 18:21 said...

1 lg, lupa nk btau..ramai org yg regularkan period diorg dgn amalkan EPO. Sya x prnh amlkan pon sbb dlu try tp kua biji2 kat bdn. Awk try la 3 bln.

Selain tu, sya tgh try habatus sauda baraka. Lps ni sy nk try EPO & Habatus sauda + Jus Moment HPA plk.
Berusaha!!

Nia on 23 September 2011 at 19:20 said...

Mrs Shizni: kena pandai psikologi juga dengan Enchik suami ni sebab suami mana yang tak suka kena masakkan sedap sedap oleh isteri kan...

Leeda : thanks sebab bagi banyak suggestion. Buat pengetahuan Leeda saya pernah memakan EPO sejak zaman anak dara lagi tapi period masih juga macam tu, hormon saya ni degil sangat nak betul la...thanks sebab kongsi tentang jus HPA tu, actually sebelum ni ada juga makcik yang suggest pada saya untuk mendapatkan full set product HPA.

Mari kita sama sama berusaha...Aja aja faiting!!!

Unknown on 24 September 2011 at 21:31 said...

kak nini hadi jual supplement kat fb dia..

http://minahwan.blogspot.com/2011/09/supplement-set-for-pcos-by-nini-hadi.html

Unknown on 24 September 2011 at 21:40 said...

Nia, awatnya link ke blog saya dr list awk semacam jer..pegi ke fullmusic la pullok..

Nia on 25 September 2011 at 18:03 said...

leeda: thanks for the info ya. saya pun tengah berfikir2 lg sebab sekarang tengah makan suppliment vitamins juga, 5 botol produk shaklee...

saya dah try masukkan link awk juga tapi saya pun tak faham rss feed tu cam kacau je link tu dan masukkan ke fullmusic. nnt saya test lg ok

JayFarhana on 1 November 2011 at 01:02 said...

nia, there is a fact yg sy dapat mase sy buat research sendri, LOWFAT milk tak bagus utk kita yg PCOS & TTC sebab Fat yang dikeluarkan dari Susu akan kacau segala hormon badan kita. bila minum susu low fat, sama mcm kite minum susu yang useless sebab lemak dalam susu tu ialah 'lemak baik' yang membantu nutrisi2 susu tu serap ke badan kita, without it, the milk will be useless.lgpun bukan lemak dari susu yang membuatkan kita gemok, and avoiding fullcream wont make any difference. link for this info http://findingtwolines.blogspot.com/2010/08/mari-bacagood-info-is-milk-affecting.html

JayFarhana on 1 November 2011 at 01:06 said...

info that might help:
In a recent study, scientists found that women who ate full fat dairy were found to have a 27% lower risk of infertility. Women who ate low fat milk products twice a day were found to be twice as likely to not ovulate. This study shows that eating healthy fats, as are in milk, is helpful in reproduction.

Read more: The Effects of Milk on Your Fertility | Naturally Knocked Up http://www.naturallyknockedup.com/is-milk-affecting-your-fertility/#ixzz1cRHG0qXk
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Unknown on 16 January 2013 at 09:52 said...

Aku pun mcm kmu juga ada pcos.bulu tumbuh merata2 tmpt beb.risau juga...saya tgh tenangkan fikiran ni...tgh fikir2 nak buang terus pcos tu.. Berat badan jangan cakap lah..obisiti stage II :)

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting