Friday 23 March 2012

Bersiaran kembali...

Posted by Nia at 19:22 3 comments
Salam kawan-kawan, terasa lama tak datang menjenguk blog...kekadang jenguk-jenguk gak blog-blog ttcian, mana yang sempat komen tu saya akan komen la...Satu lagi, tak ada progress dalam usaha mendapat O...ni salah satu sebab tak ada update...huhuhu...

Hari ni hari Khamis, hari Selasa depan, saya akan berangkat menunaikan umrah. Syukur alhamdulillah sebab Allah sudah memberikan kesempatan ini kepada saya untuk melawat rumahNya...Tidak terbayang sebenarnya yang saya bakal menjejakkan kaki ke sana. Cuma saya rasa niat tu yang penting. Bila niat dah ada, jadi rezeki untuk ke sana tu akan dibukakan olehNya.

Ini jugalah salah satu sebab yang menyebabkan saya jarang bersiaran di sini. Sibuk dengan writing, siapkan analisis supaya di sana nanti tidak terfikir-fikir. Kalau boleh nak selesaikan semua masalah di sini. Mungkin ada juga yang tak setel lagi..Tak apa la..InsyaAllah, jika saya masih diberikan kesempatan saya akan setelkan...

Nak cerita pasal kisah ttc saya pula. Nampaknya O yang saya pernah cerita sebelum ni adalah bukan O pun. Garisan O kat Fertility Friend tu hilang lepas saya masukkan data terakhir. Sekarang dah CD24, entah-entah O saya di tanah suci kut. Tapi mana boleh BD sewenang-wenangnya kat sana kan...Adalah masa dia dibolehkan. Mula-mula saya ingat lepas tahallul pertama tu dah boleh BD, rupanya masih tidak dibolehkan lagi. Sebab takut umrah pertama tu ada lagi benda-benda yang belum setel, so better lepas tahallul kedua dan bila betul2 dah confirm tu barulah ok. Umrah pertama tu yang wajib, kalau umrah pertama dah betul-betul complete, maka umrah kedua dan seterusnya adalah umrah sunat. Wah...kena baca balik juga takut ada benda yang tak betul ni...

Berbalik kepada cerita O saya tadi. Chart saya boleh rujuk di sini, kan dah hilang. Tadi hubby suruh ehem ehem...tapi saya kata better tunggu period dulu, lepas tu dia kata, taknak period la, nak terus pregnant....alahai suamiku. Kalau boleh dari sebulan kita kahwin saya dah bersedia untuk pregnent. Apakan daya bukannya kita yang menentukan...

Ok la kawan-kawan, saya perlu terus menulis lagi, masih lagi meneruskan misi yang tak habis-habis ni. Lepas ni nak ke Mid Valley lak nak tukar duit...Oh ya, sekiranya ada di antara kawan-kawan yang ingin mengirim doa boleh emailkan kat saya ok - niazara254@gmail.com

Wednesday 14 March 2012

Urut Physioterapi 2

Posted by Nia at 01:01 4 comments
Last post saya ada bercerita tentang urut physioterapi kan...so isnin lepas kami bertiga janji dengan akak tu untuk berjumpa di Keramat. Dia boleh je datang ke tempat kita untuk minta rawatan mengurut. First, dia akan suruh kita bersauna untuk buang lemak-lemak dan melembutkan badan. Ini kerana, (sila tekan perut/di mana-mana bahagian badan anda) ia menyimpan banyak kolesterol dan lomak yang bila ia berkumpul akan menyebabkan salur-salur badan tersumbat. Lepas buat sauna, dia perati badan dan muka kita. Dari situ dia akan bagitau penyakit yang kita hadapi. Dia tengok muka saya, dia kata tiub saya tersumbat - wah terkejut saya dengar, betulla, itu sebab pun dia tengok dari bawah mata saya yang kehitaman. Pastu dia tengok bahagian hidung ada biji-biji cam jerawat nak tumbuh tak jadik tu, dia kata kemungkinan saya ada cyst dalam ovari, eh sama lagi...Macam-macam lagi dia tengok sebenarnya, tapi saya tak ingat...hahah...sape soh tak tulis kan....

Sebelum ni, saya selalu mengurut dengan makcik-makcik kampung. Ada yang rasa, ada yang tak. Yang ni memang lain sangat caranya. Katanya, kat kaki ni banyak refleks kat anggota badan dan otak. Dia urut kat kaki pun lama, sejam lebih...Sakit memang sakit, sebab dia attact terus kat tempat kita problem tu...Dia bagitau, point utk ovari kat depan tumit belah dalam....urut jek point tu untuk membetulkan problem kita tu...Kat bahagian ari-ari saya tu pun dia sentuh juga...Akak tu urut saya dalam 4 jam lebih...siap die buat lulur dan mandi limau lagi...terasa segar pas tu...hehehh...

Saya berurut kan ari senin...tetiba, bila saya plot graf suhu dalam fertilityfriend, line merah kuar...Ehhh...takkan la cepat sangat saya O kut...cuba tengok graph kat sini. Biar tul, awalnya saya ovulation? Cam tipu jek...

Pastu tadi chat dengan member FB, katanya tak elok mengurut pas ovulation. Aiyo...sungguhlah saya tak pasti yang saya dah O ataupun die predict time ovulation tu tak betul? Tak penah2 saya O masa CD10...huhuhu...hopefully saya belum O lagi, yek la vitex tu pun baru makan 13 hari...CM pun xnampak pun lagi. Cek kat microscope ovulation tu pun tak nampak tanda-tanda pun...

Sabar je la...

Friday 9 March 2012

Urut Physioterapi

Posted by Nia at 16:10 3 comments
Percaya atau tidak, saya ingatkan urutan physioterapi ni hanya urutan untuk pesakit yang lumpuh etc saja...Rupanya bukan...

Semalam, jumpa dengan sorang kawan ni, dia beritahu yang Kak As ni buat business dengan physioterapi ni. Die lulusan UM la, then dah ramai customer die dari kalangan lecturers. Kawan saya cerita, Kak Liza ni (xsure sakit ape) salah satu simptom die - tak boleh menoleh, kalau kita panggil dia, mesti dengan badan dia sekali mengadap kita. So, bila dah mengurut dengan akak tu, dia rasa dah makin sihat dah. Kak Liza ni bagitau la, pas je dia mengurut, then muntah keluar dengan banyaknya...Consider bisa-bisa la kuar dari dalam badan tu. Sorang akak lagi yang saya kenal juga, dia dah lama kahwin dan anak baru sorang, dlm 4 tahun lebih dia try mengandung tapi tak de rezeki lagi la...then die pegi mengurut dengan akak tu, n berjaya pregnant. Cuma mungkin disebabkan stress sebab tesis etc, so kandungan die gugur lak...

Daripada cerita kawan saya di atas, saya berminat la nak cuba, sekali dengan kawan-kawan saya ni la juga, die willing nak travel ke tempat kita, so kami decide supaya buat kat umah kawan saya ni je. So dengan excitednya saya terus called akak tu. Nak nak lagi saya baru jek lepas period, so sesuai sangat la. Dalam tepon, saya cite la masalah saya iaitu sukar utk mengandung dan sudah jalani pembedahan etc. Kak Su bagitau yang saya kena overhaul seluruh badan, sebab kesan-kesan bius masih lagi kemungkinan ada dalam badan. Dia akan bagi 3 treatment, massage, sauna dan .... (saya tak ingat), Dia akan buat dalam masa 3 jam. Treatment ni agak mahal gak, dalam 200 lebih...Janji dengan akak tu nak buat hari Isnin ni...wah excitednya...sebelum ni memang saya sibuk mencari tempat urut kat area KL ni, tapi dia tak angkat lak tepon.

Apa-apa pun kena cuba dulu. Tak cuba tak tau kan...

Nanti saya akan post lagi ok...

Wednesday 7 March 2012

Update

Posted by Nia at 23:34 8 comments
Sambil wat keje ni sempat lagi update blog..hehe


So hari ni dah 3 ari pas period, start amik balik suhu...haritu masa period down sangat-sangat sampai hantuk-hantuk kepala ke dinding..hehhe...tidak la saja je bikin gempak....Actually frust jugalah sebab period kuar betul-betul lepas dpo12...so skg sy dah nampak pattern yg luteal phase saya sememangnya dpo12...

Untuk cycle kali ni saya memang jaga bebaik. Awal pagi, makan serbuk kurma + blended kurma + susu kambing. Sejam dua kemudian saya makan pati delima gulsan. Kemudian, malam pas solat maghrib, saya blend lagi kurma+serbuk kurma + susu kambing. Dalam kul 9mlm gitu, makan vitamin c, e, zink, kalsium n asid folik. Kemudian dalam kul 10 mlm, saya makan pula vitex dua biji. Sebelum tidur, amik delima gulsan lagi...

Untuk pengetahuan, saya makan vitex betul-betul lepas peod, masa tu malam. Esoknya, saya baca dlm forum yang sepatutnya makan 2 biji pagi dan malam, macam yg ditulis kat belakang botol tu...jadi, pukul 11 pagi, saya makan la 2 biji...Tiba-tiba, kepala sakit sangat, berdenyut-denyut,  dah la nak bawa tidur pun tak dapat. Saya tak biasa la tidur pagi ni...alahai...memang kerja dapat wat separuh jek la...nasib baik la hari tu saya tak ke uni...so saya buka boring n tengok cite hindustan...dapat la juga backup rasa sakit tu walaupun die terasa menyucuk2...bukan takat kat kepala je, tapi sampai kat belakang bahu kiri juga...bila google, ada juga orang yang mengalami benda yang sama...sebab dia makan 4 biji sehari...So, bila dia makan 2 biji je, sakit kepala tu hilang. Mungkin sistem saya tak mampu nak menerima vitex dlm dos yang banyak kut...Pelan-pelan kayuh la gitu...hehe

Jadi, lepas ni saya cuma makan 2 biji je setiap malam. Semalam tak makan pun sebab paginya dah makan kan...Semalam juga soh hubby urut belakang badan dan kepala...oleh kerana tak tahan sakit, so saya pun makan ubat tahan sakit/panadol 2 biji sebelum tidur. Esoknya, kepala jadi segar la...Sebenarnya kalau sakit kepala saya jarang sangat makan panadol. Kalau boleh tak nak makan pun...

Takat ni la dulu, semoga penantian waktu subur cycle kali ni tak la lama sangat. Amin...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting