Tuesday, 27 September 2011

Langkah pertama setelah setahun lebih berehat dari treatment

Posted by Nia at 18:09
 Sebenarnya saya nak update semalam, lepas appointment, tapi memandangkan asik takde idea saja, maka entri ini saya tangguhkan ke hari ini. 

First appointment dengan Dr Hamid Arsyad semalam kira kira pukul 2.30 ptg. Saya cerita tentang masalah saya, yang saya telah berhenti treatment selama setahun lebih, letih dengan pelbagai treatment yang saya hadapi di tahun lepas. Dengan simptom clomid dan suntikan-suntikan yang selalu membuatkan saya rasa tidak selesa, bloated dan badan makin membesar dengan jayanya sekaligus turut membuatkan emosi saya kelam kabut. Saya yang berdepan dengan tiub tersumbat (sebelah loculated spill) dan pcos, yang tidak memungkinkan saya untuk mengandung. Huhuhu...sedih juga.

Ok. Berbalik kepada appointment semalam, Dr turut buat tvs scanning, Dr kata, kalau retroverted uterus, kemungkinan rahim saya ada penggumpulan darah-darah kotor. Nasib baik rahim saya ok. Tapi kedua-dua ovari saya bengkak, menunjukkan saya adalah pcoser tegar. Sabar sajalah...Kemudian, beliau suggest untuk saya membuat pembedahan kecil, laparoscopy dan ovarian drilling. Saya bersyukur sangat akhirnya ada juga Dr yang mentioned yang saya perlu jalani pembedahan ini. Saya terkejut juga, sebab sebelum ini di dua spital kerajaan saya pernah juga request untuk buat pembedahan tapi diorang tak ada buat pembedahan sebegitu (atau tak nak?) So saya assume diorang tak ada kepakaran la untuk buat pembedahan tersebut. Sebagai gantinya saya makan clomid dan buat iui, padahal bukan membantu pun, tiub saya kan tersumbat????

Oleh kerana jadual packed saya terpaksa memilih untuk membuat pembedahan pada bulan November...huhuhu....kalau ikutkan saya, hari ni juga saya sanggup buat, tapi tak apa, at least saya dah nampak peluang saya. Yang penting buat dulu segala benda kotor yang tersimpan di bahagian peranakan saya. Kak Nini suruh saya bersabar dulu dan sementara ni berehat puas-puas. Makanan tambahan seperti yang Leeda suggest, sudah saya beli. So, makanan tambahan saya sudah ada 8 botol. Yang saya ralat adalah Vit E, sebab produk Vit E yang saya makan tu dah 400IU, yang kak nini bagi semalam 200IU makan dua kali, so 400IU pula...ok ke kalau Vit E dalam badan 800IU?

Seronoknya internet sekarang ni banyaknya info-info yang kita boleh dapat, termasuk mengenai pembedahan yang bakal saya jalankan. Di bawah adalah Drilling Laparoskopic yang saya cari dari Youtube.

p/s : kalau takut tengok darah, better tak payah tengok ok...


'Never lose hope'  
                        Polish Slogan

6 comments:

Siti on 27 September 2011 at 21:42 said...

saya doakan agar semuanya dipermudahkan Allah....Amin..

mahujadiibu on 27 September 2011 at 23:52 said...

eee takutnya nak kena bedah..semoga bertabah ye.eh apa yg leeda suggest ek?

~ JD on 28 September 2011 at 07:53 said...

nia...jgn risau. oke aje buat lap. sy dulu buat sb nk check tiub sumbat ker idak. tidak la ngeri mana pon. sy doakan yg terbaik tuk kamu :)

Nia on 28 September 2011 at 19:30 said...

siti dan JD: terima kasih ya.
Saya berdebar2 juga ni menanti harinya. InsyaAllah, moga dipermudahkan, amin.

mahujadiibu: ya, tapi rasanya saya dah mentally ready. Actually sepatutnya awal2 lagi saya dah buat benda ni tapi sebelum ni taula, pegi government mcm2 prosedur nak buat sebelum sampai ke level bedah ni...

Leeda suggest makan supplement yang dijual oleh kak nini. Blh tengok kat sini

http://minahwan.blogspot.com/2011/09/supplement-set-for-pcos-by-nini-hadi.html

ILY on 28 September 2011 at 21:14 said...

Nia, kdg2 saya pon rasa doubt dgn doktor kt hosp gov. For them, operation tuh macam last resort jek. Saya dgn husband decide try 2nd IUI kat gov hosp pasnih. Kalu still fail, kitorang pon akan try dgn Dr Hamis. InsyaAllah. Nanti bole laa saya refer dgn Nia psl treatment kt sana :))

Saya doakan semuanya berjalan lancar. Amin

Nia on 28 September 2011 at 22:21 said...

ily: sekarang ni saya dah sampai tahap malas nak berkira dah pasal duit ni...dah tak larat dah jadik bahan experimen dr...dok makan clomid segala bagai...takpe la...duit bukan segalanya kan...ada la lagi rezeki lain insyaAllah

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting