Saturday 31 December 2011

2011 ditinggalkan dengan kenangan, melangkah ke 2012 dengan harapan

Posted by Nia at 19:56 0 comments
Kalau nak compare pengalaman hidup saya pada tahun 2010 dan 2011, sebenarnya lebih banyak manis dari pahit yang berlaku pada tahun 2011. Syukur Alhamdulillah saya berjaya menempuhinya walaupun ia banyak menuntut kesabaran dan kekuatan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Untuk tahun 2012, saya berdoa semoga saya akan lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Semoga tahun ini menjadi pengakhiran kepada penantian untuk baby tersayang. Buat masa ini, inilah sahaja yang penting, untuk mendapatkan zuriat yang boleh doakan saya dan suami di akhirat nanti. Amin...

Tuesday 20 December 2011

Dah discharged

Posted by Nia at 02:32 4 comments
18 December 2011 - Kami masuk belah petang pukul 5 pm macam tu, bagi tau receptionist tu yang kami nak guna GL bla bla bla...sign itu ini then dia soh kami tunggu untuk dibawa ke bilik kami. Sebelum itu, tag pesakit disematkan di tangan saya...dalam hati saya berkata 'huh. ni barulah macam orang sakit jek'. Masuk bilik aje memang selesa cam hotel, ehehe...dah la dah lama xduduk hotel ngan hubby tersayang, dia pun dok menyakat-nyakat, amboi sabarlah, kat spital ni mana boleh buat keje 'tut'...sat sat je nurse datang, amik darah, amik temperature dan tekanan darah. Adalah setiap setengah jam diorang datang.

Kemudian saya diinterview, sama ada saya allergik dengan seafood, ubat etc. Nurses tu semua baik-baik belaka...kemudian Dr pakar bius pun datang, bertanyakan adakah saya tau surgery apa yang saya buat dan nama Dr yang akan bedah saya itu. Boleh dia kata "Dua-dua ovari pun boleh ada cyst jugak ke" dengan nada bergurau...sabo jek la

Suami saya beli bread, saya melantaklah sampai pukul 10 malam macam tu. Lepas pukul 12 tgh malam saya sudah diarahkan berpuasa...sambil tengok tv saya makan, si encik husband saya sibuk dengan ipad dia...hahhaha...mentang-mentang ada wifi free. Dalam pukul 12 tgh malam tu saya dah tidur, memandangkan nurse tu kata dia akan masuk bilik pukul 6 pg untuk prepare saya ke ward. Untuk pengetahuan, saya orang pertama akan masuk ke ward keesokkan harinya...berdebar-debar juga sebenarnya...

19 December 2011 - Awal pagi lagi pukul 5 am saya dah terbangun dah...Pandang kanan suami masih tidur lagi..terfikir-fikir saya, nak mandi ke tak? tapi last-last saya buang air jek dan solat. Moga dipermudahkan segala urusan, Amin...

Tepat 6 am nurse datang, diberikannya baju pesakit color hijau tu. Juga, dia mengambil suhu dan tekanan darah lagi...lepas tu, ubat untuk keluarkan b***k dimasukkan melalui a**s. Dalam setengah jam lepas tu, saya diberi pulak suntikan untuk bagi relax, buat kita rasa mamai pulak. Saya terus berehat sambil tertidur-tidur ayam di atas katil, sampailah katil saya dibawa ke bilik bedah...

Jauh juga sebenarnya bilik bedah tu, husband tak dibenarkan pun masuk dan diminta tunggu sama ada dalam bilik atau pergi cafe, sarapan di situ. Dalam mamai saya senyum saja, muka husband nampak risau je saya tengok. Dalam 'kemamaian' tu, saya nampak beberapa nurse dan Dr pakar bius memberikan arahan itu ini. Lepas tu, tangan kiri saya diletakkan di atas meja dan Dr tersebut masukkan ubat ke dalam badan saya. Saya sempat bertanyakan, mana Dr Hamid, ingat nak bercakap sesuatu dengan dia, tapi dia masih tidak kelihatan sampailah corong oksigen dimasukkan ke dalam mulut saya dan saya terus tertidur.

Lambat-lambat saya buka mata, seorang nurse menepuk nepuk tangan saya. Dia bagitau, operation dah selesai ye...Datam hati saya berkata, cepatnya, padahal masa saya nak buka mata tu terasa kejap je. Terus saya tanya pukul berapa sekarang. Dia jawab pukul 10.30 pagi...Wah, masa pembedahan pun dah 2 jam setengah tu...Oleh kerana kesan bius ada lagi, kejap-kejap saya tertidur sehinggalah saya nampak husband saya menunggu dan terus dibawa ke bilik. Sempat lagi saya tanya mana Dr Hamid, rupa-rupanya dia masih di bilik bedah lagi membedah pesakit lagi. Di sebelah saya ada lagi pesakit lain tengah menunggu. Kagum rasanya...

Dari pukul 11 am tu sampai ke malam saya asyik tertidur saja. Terasa bersalah pula sebab tak solat. Kan masa tu tangan kita belah kiri kena drip air, ada sekali tu saya tanya nurse boleh tak saya ambil wudhu dan solat. Tapi dia kata belum boleh bangun pun lagi buat masa itu. Memang boleh solat baring kan, tapi saya tak sure kita kena ambil wudhu ke juga? dan macammana...erm...kantoilah solat saya masa tu, padahal sepatutnya masa sakitlah kita kena solat...memohon pertolongan...:(

Nurse kerap datang, setiap 15 minit pula tu datang untuk ambil tekanan dan suhu. Mula-mula tekanan saya rendah sangat, atas 67, lepas tu perlahan-lahan dia naik ke sampai 97. Rasanya saya tidur sampai malam, dalam pukul 9 malam, saya dah boleh bangun sepenuhnya. Lamanya... saya tidur je. Yang tak tahan tu, saya tidak dibenarkan makan dan minum...Adui, nampaknya sehari suntuk la saya tak makan, dah la baru saja buat pembedahan. Mungkin nurse tu kesian tengok saya, dia bagi saya minum air kosong itu pun satu dua sudu saja. Terasa segar sikit, lepas tu husband soh saja saya makan bread sekeping dua, alas perut. Saya makan juga slow-slow, syukur la tak terasa pun nak termuntah ke apa...nurse tak tahu pun, saya makan senyap-senyap hehhe...Pukul 10 malam baru Dr pakar bius tu datang, bagitau yang pembedahan tu berjaya. Saya masa tu tengah online guna ipad lagi...hahhaha...dia tengok-tengok tangan dan kesan lubang yang sudah dijahit.

20 December 2011 - Awal pagi lagi setiap 15 minit nurse datang lagi ambil temperature dan tekanan. Dah naik 102 cam tu, normal. Then baru dapat jumpa Dr Hamid. Awal pagi lagi pukul 7 am dia datang. Dia kata pembedahan saya berjaya, ada luka sikit kat pintu rahim, tapi dia dah letak ... (tak ingat). Tiub saya pun dah unblock dan cysts pada kedua-dua ovari saya dah dibuang. Next appointment another 10 days after operation. Syukur alhamdulillah. Dr kata saya dah boleh discharge kalau nak. Terus husband kemas barang-barang, saya pun terasa tak tahan duk atas katil jek macam orang sakit. Pukul 9 am breakfast kena antar, bubur ikan, saya makan dengan berseleranya. Sedap weh...

Lepas jek selesai urusan bil, pukul 10.30 am tu terus je kami check out. Saya naik wheel chair jek. Terus teringat Usop WheelCha. Hehehe...Rindunya rumah...Balik-balik je husband masak bubur ayam. Sedap pula tu dia buat padahal first time, memang ada talent la...hehe...sayang abang...

Saturday 17 December 2011

Tomorrow is The Day!!!

Posted by Nia at 17:53 8 comments
Petang ni saya akan bertolak ke Hospital Pantai untuk meneruskan agenda ttc saya seterusnya; saya pun tidak pasti apa yang saya perlu bawa ke sana. Sebelum ni saya rasa biasa sahaja sebab sibuk dengan urusan study saya, hari ini baru perasaan berdebar-debar tu datang.

Result HSG test saya : Blockage at the right side of tube, loculated spill at the left (sedih kan…sebelah dah tak boleh pakai, sebelah pula separuh saja ok. Mana tak nya sperm susah nak carik kawan dia…asik-asik gostan saja, xdapat maju ke depan…'

Ovari: selain itu, saya telah diconfirm ada PCOS…erm…lagi la buat hati saya sedih sangat…Telur saya tu kecik-kecik tapi xnak beso…sumenya disebabkan oleh insulin badan saya yang tinggi…yang mana jika dibiarkan, ia boleh leads to diebetes tahap 2…tapi tu la, selalunya kita dengar orang obese saja yang ada diebetes tu, ni saya yang kurus ni pun kena juga…

Kalau nak diikutkan, sudah beberapa tempat saya berubat. Actually sejak tahun pertama perkahwinan, seorang Dr tu sudah suggest saya untuk melakukan pembedahan. Tapi oleh kerana saya tak tahu apa-apa lagi pasal GL dan insurans ni, Dr tersebut telah mengesyorkan saya ke PP*M. BIla dah sampai P**M, saya beritahu yang saya kena membuat laps, tapi Dr tersebut tidak mengiyakan. Sudahlah steps banyak dan ambil masa yang lama untuk beratur, even saya ke sana since pukul 6 am, pukul 12 baru dapat berjumpa Dr. Lepas tu ke L***N pula, selama 3 bulan berturut-turut asyik makan clomid saja kerjanya, sebab telur saya teroverstimulated la, terkecik la...At last, bila telur-telur matang,  Dr suggest untuk buat IUI, namun masih failed. Nak bercantum macammana? Tube saya problem, buatla clomid berapa kali pun mesti tak dapat punya.... Selepas failed IUI inilah, saya ambil masa setahun lebih untuk berehat, penat asik cucuk2 perut, ditambah pula dengan emo memanjang. Dalam waktu ini, macam-macam saya try, lumiglow, bidadari, amazing, berurut, hemopathi,dan beberapa lagi produk yang saya dah lupa namanya.


Saya teringat lagi, bila request Dr di L***N untuk unblocked tube, dia kata memang tak ada solution untuk betulkan tube. Sebelah kan loculated spill, dia kata ada macam lubang di bawah area tube, sebab tu cecair tu tak banyak bergerak keluar dari tube. So meaning, dia kata tube kiri saya takde masalah.

Tapi dalam dua bulan lepas, saya cuba bertanyakan  Kak Nini, dia kata loculated spill tu adalah disebabkan oleh kemungkinan ia adalah separa tersumbat disebabkan adhesions mahupun infection…dan treatment adalah tubal repair…la…patutla iui saya tak jadik aritu…huhuhu...kemudian, saya pujuk si dia ke Klinik Hamid Arsyat, dan Dr tersebut terus suggest supaya saya dibedah terus. Untuk preparation, saya dah masuk insurans sejak setahun lepas untuk tujuan ini.


Pelbagai rintangan saya hadapi untuk ttc ni. At last, this is the day. Saya harap, kawan-kawan turut mendoakan kejayaan surgery saya esok.

Wednesday 14 December 2011

Berkeseorangan Di airport Hong Kong

Posted by Nia at 03:39 5 comments
Guess what? Saya sekarang berkeseorangan sahaja di airport Hong Kong, menanti penerbangan saya esok pada pukul 8.30 am. Sungguh, saya rasa risau sikit,mal maklumlah saya tak pernah seorang di tempat orang. Hari tu masa saya ke Shanghai pun untuk tujuan conference saya diiringi pembantu peribadi saya, Encik Suami. Macammana ya, feelingnya sungguh berbeza. Ada dia, berteman ke mana-mana, ada kawan. Ni sorang-sorang ni, terasa mati kutu lak...

Minggu depan saya bakal dibedah, minor operation di Hospital Pantai. Suami saya beritahu tadi yang GL dah dapat, syukur alhamdulillah. operation tu tak sampai 10k pun, tapi ye la kalau nak guna duit sendiri memang terasa parak jugak. Sekarang ni saya tengah belajar, sememangna memerlukan perbelanjaan yang lebih. Kadang-kadang saya kena keluar negara untuk menghadiri seminar atau conference, walaupun ditanggung tetap kena gunakan duit sendiri juga untuk perbelanjaan sampingan. Kadang-kadang kena dulukan duit pula, bila dah balik tu baru boleh claim.

Hurm...cerita pasal duit memang tak habis- habis...later saya upload several photos ok...yang pasti, kat Hong Kong ni yang paling best adalah Disneyland. Tak puasnya main...

Sunday 11 December 2011

Posted by Nia at 07:10 3 comments
Hehe...dah lama rasanya saya tak update di paparan blog saya...macam- macam benda yang terjadi, buat pengetahuan, saya masih lagi di Hong Kong setelah 6 hari berada di sini untuk menghadiri training. Banyak benda yang saya belajar di sini yang boleh membantu saya untuk memahami bagaimana konsep dan teori, dan juga teknikal yang saya perlu ketahui untuk menyelesaikan tesis saya ini.

Sekarang ni, saya masih lagi di sini bercuti bersama famili, tapi bukan honeymoon tau, sebab si dia saya tak ikut pun, sebab cuti dah habis dah...huhuhu...kebetulan adik saya baru kahwin, so adik saya ajak family sekali ikut ke HK, honeymoon sekali tu..hahaha...sabo je la...so sekarang ni mengambil masa yang terhad ini nak berjalan-jalan.

Semalam si dia called, dia kat mid valley masa tu, baru lepas tengok cerita ombak rindu. Guess what? Boleh tak dia menangis?sedih dengan cerita tersebut. Feeling habis dia...tiba-tiba dia katakan dia rindukan saya sambil teresak- esak menangis. Ala, sian suamiku....nanti balik ni layanan mo baik ok...heheheh...syg abg

Ok la...saya betul- betul dah ngantuk. Esok nak menyambung perjalanan lagi...caun cin cau dulu ok...Mungkin saya akan menyambung menulis selepas saya balik nanti...see you guys...

Friday 25 November 2011

Beranak dalam toilet

Posted by Nia at 17:53 4 comments
Maid kakak kawan saya - kantoi beranak dalam toilet...saya pernah ke rumah kakak kawan saya itu tak sampai sebulan lepas, tak perasan pula perut dia besar. Nampak normal jek. Kawan saya cerita yang kakak dia terdengar suara baby nangis dalam toilet - die terus lari ke bilik maid, sekali tengok baby tu dah separuh keluar dah, apalagi kena la dia ni sambut baby tu. pulak kan..beranak sendiri dlm toilet...

Mak kawan saya ni pernah jugak tegur, perut dia nampak besar - dikatanya busung...adeh...kakak kawan saya ni amek maid pun baru 6 bulan..die kata ..memang keluarga die ade sakit BUSUNG!!!!... and siap ckp lagi die dtg bulan...GERAM betul!!!!...dah terberanak tu pun die ckp die tak tau die ngandung...

Masa naik ambulance tu pun dia xnak pegang pun anak die, sebab dia tak nak pun baby tu, a cute baby boy.. kawan saya kata muka budak tu putih, hidung mancung dan rambutnya ada keperangan sedikit. Tah anak bangla le kut katanya. Sekarang diorang dalam proses la nak antar maid balik ke sana...
 

Wednesday 16 November 2011

Busy!!!

Posted by Nia at 03:21 0 comments
So much things to write...
but...
   

later ok

Sunday 30 October 2011

Kesian zara saya

Posted by Nia at 10:02 8 comments
Kesian pada zara saya, apa patut saya buat bila ...
  1. Zara cerita pasal power. Yang kawan-kawannya masing-masing cuba untuk menunjuk kehebatan atau kejantanan dengan ada baby kerana isteri masing-masing berjaya mengandungkan anak mereka.
  2. Kawan-kawan agak yang hubby saya salah pan.ut dan tak reti main. Patutkah saya cilikan mulut mereka? ~X(
  3. Yang dia juga teringin nak baby. Huhu, saya apatah lagi. Dia sedih, saya pun sedih juga.. Selalu dia yang suruh saya bersabar, ni kali ni lain la pula... Saya dahla lemah sikit bila topik ni dibincangkan. :(
Tidak lain tidak bukan, ini saja yang mampu saya ucapkan
"Bersabarlah, insyaAllah tahun depan mesti ada"

    Friday 28 October 2011

    Boring

    Posted by Nia at 02:12 7 comments
    Menyampes betul. Baby tendang dalam peyut pun nak announce dalam FB. Huh

    Thursday 27 October 2011

    Kelakar

    Posted by Nia at 04:58 2 comments
     Post sedih sedih jer...lawak ni saya copy paste dari FB...hehe
    _____________________________________________________
    Status Malam Jumaat dengan ucapan "Dont Noti² !" Babai nak balik dah!

    Keluhan seorang SUAMI:

    Subuh, mandi nak pergi kerja.
    ... Pagi, naik kereta pergi kerja.
    Tengahari, tak payah kerja.
    Petang, balik kerja.
    Maghrib, tak ada kerja.
    Malam, tanya bini bole kerja.
    Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
    Tak sudah-sudah dengan kerja.

    Keluhan seorang ISTERI:

    Subuh basuh kain.
    Pagi sidai kain.
    Tengahari angkat kain.
    Petang lipat kain..
    Maghrib susun kain.
    Malam BUKA KAIN.
    Bangun pagi, hilang kain. erkkksssssssss wakakakaka
    Tak sudah-sudah dengan kain !

    Wednesday 26 October 2011

    Isu kerja, period dan emosi

    Posted by Nia at 19:08 6 comments
    Mukadimah dulu, ehem...assalammualaikum semua. Lama rasanya saya tidak menghapdet blog ni. Bukan apa, rasanya tiada berita yang memberangsangkan yang boleh saya tulis. Cuma menjalani kehidupan seharian, awal pagi pegi lab sampai ke malam, sampai rumah, penat dan terus tidur...Begitulah rutin hidup saya...

    Tapi bila dah duduk lab tu, kan sejuk, dan kerusi yang ada tu kecik je, nak pusing-pusing pun rasa tak best. Saya selalu terasa sakit tengkuk dan belakang badan terasa tegang bila duduk di lab, at last saya hampar tikar dan baring di bawah....masa tu terasa lega sangat...Berbanding jika saya di rumah, kerusi saya sangat selesa. Besar dan saya boleh bersandar ke belakang. So, sebab itulah kadang-kadang saya buat kerja di rumah sahaja. Broadband pun ada, cuma bila saya nak access journal tu kenalah juga datang lab.

    Kedudukan lab saya tinggi, di tingkat 4. Yang jadi susahnya, kalau nak pergi toilet, nak ambik wudhu ke ata nak ehem ehem kena turun ke bangunan lain untuk ke toilet. Di bangunan saya ni, toilet semua adalah toilet staff. Kadang-kadang saya main redah je kalau nak ke toilet, tapi nanti adalah suara-suara sumbang, tak bagi student masuk toilet tu. Bilik solat apatah lagi, semua untuk staff, tak pe la pun kitorang amik la initiative utk buat satu corner kat lab tu untuk jadi tempat solat. Nak makan pun nak kena menapak dan keluar dalam sejam macam tu, ye la, dengan makan n berborak-borak lagi, dah habis sejam dah...

    Bila kat umah ni, semuanya jadi mudah. Saya buat satu bilik jadi office saya, memang terasa sangat suasana belajar. Toilet, nak solat dan makan pun senang. Tak payah la nak ambil masa 30 minit untuk pergi dan balik semata-mata untuk tujuan tersebut. Jimat masa. Bila kepala terasa penat boleh terus baring di bilik. Hah, sebab itulah kadang-kadang saya prefer untuk buat kerja di rumah. TV? Memang saya tak bukak langsung tv untuk keep on momentum saya buat kerja. Kadang-kadang saya rasakan saya lebih effective lagi buat kerja di rumah berbanding di lab...hahah...alasan nak buat kerja di rumah la ni.

    Ehhh...sori guys, bila dah menulis ni panjang pula mukadimahnya....hehhehe...saya sebenarnya nak bercerita pasal period saya. Period saya kali ni ada 2 hari saja, lepas tu vanished, dah hilang, takde. Kenapa eh? Untuk pengetahuan, saya ada la beli pad herba. Kawan-kawan saya yang pakai pad herba tu bagitau, period diorang sangat lancar sampai keluar benda-benda hitam (benda kotor), sebab herba tersebut menyerap ke dalam untuk membuat benda-benda yang mungkin tersumbat di dalam. Lepas tu, seorang tu bagitau selalu rasa senggugut bila period, tapi bila pakai pad herba tu, senggugut tu dah hilang. Entahlah, saya rasa badan saya memang dah imun dengan semua benda-benda healing ni.

    Semalam saya keluar ke Sogo. Sebelum ni, saya memang tak boleh tengok budak kecil. Saya palingkan terus wajah saya ke tempat lain, sebabnya saya akan terus merasa amat sedih. Ah...pilunya terasa di hati bila melihat bapa-bapa muda mengangkat anak masing-masing...Bila toleh kat zara, lagi la terasa kesian sebab saya tidak mampu lagi memberikan baby yang diidamkan selama ini. Terfikir pula, kalau dia kawin dengan si anu anu mesti dah ada baby tak? hah...sampai ke situ sekali saya fikirkan...Tapi sekarang ni, semacam ada kekuatan yang datang dalam diri. Saya dah boleh tengok baby dan tak punya perasaan tersebut. Saya rasa tenang je, rasanya dah boleh menerima yang mungkin ada sebab kenapa kami masih lagi berdua. Cuma, rasa bersalah dengan zara masih lagi bersarang di hati, cuma tidak lagi teruk seperti dulu.

    Kawan-kawan, saya kena pergi dulu. Task yang saya kena buat tu belum lagi pun start...Semalam pening juga nak memahami satu method ni...Ok la, nanti jumpa lagi ok

    Monday 24 October 2011

    Penantian

    Posted by Nia at 00:40 2 comments
    Nampaknya penantian telah berakhir. Orang lain senang-senang je datang period. Kita ni susahnya menunggu, terasa macam menunggu durian gugur pulak gamaknya...eh betul ke peribahasa ni???...suka suki je tukar ye...
    Walaupun begitu, period kali ni tak selebat yang sepatutnya...tak banyak pun...tak taulah kalau ini sebab first day kan...erm...

    Hari ini tak dapat menulis panjang sket...banyak benda kena setelkan...nanti senang-senang kita sambung lagi ok...

    HARI INI: CD1

    Friday 21 October 2011

    Oktober : Mana KAU!!!!

    Posted by Nia at 19:55 3 comments
    Wahai di kau
    Sepatutnya kau datang menenjengukku kali ini
    Kenapa kau masih menyepi?
    Kenapa kau masih tidak mengunjungiku?
    Kenapa kau sombong sangat denganku?
    Di mana kau?
    Oktober pun dah nak menghabiskan sinarnya
    Kau bila nak datang ni?

    Wahai bendera merah...aku menantimu

    Sunday 16 October 2011

    Extend!!

    Posted by Nia at 21:55 4 comments
    Tertekannya saya, baru tadi klinik call bagitau yang operation laps yang akan saya jalankan tu di posepone pula ke 5 December... dahla masa tu saya di Hong Kong sampailah 15 December. At last anjak ke 19 December.

    Lamanya...saya rasa sebelum ni hati saya melonjak-lonjak nak dipercepatkan waktu sehingga ke waktu operation. Saya nak buang segala benda-benda kotor yang selama ini menghurung hidup saya. Terasa ada-ada saja penghalangnya.

    Argh...tertekannya...

    Saturday 15 October 2011

    Luahan insan yang menanti zuriat

    Posted by Nia at 23:24 5 comments
    Saya demam, sudah empat hari demam panas tanpa ke klinik. Saya ingatkan lepas panas kebah saya akan sihat, tapi rupanya berjangkit pula dengan selesema dan batuk, agak teruk kali ni. Saya jarang demam, hujan lebat saya redah pun ok je, tapi kali ni memang antibodi saya lemah.

    Sebenarnya saya tidak merancang untuk menulis kerana ketiadaan idea untuk menulis, memandangkan saya juga sibuk untuk menyiapkan beberapa extended abstract yang perlu disubmit beberapa hari lagi. Namun, saya rasa saya tersmash bila mendengar berita gembira kawan saya yang baru kahwin bulan 6 aritu yang isteri dia dah mula uwek-uwek. Dah la kawan saya tu adalah kawan juga kepada suami saya (kami sama kelas semasa diploma). Zara tak ada pula inform pada saya pasal ni, of course mesti dia tau sebab diorang rajin keep in touch dengan geng2 lain. Cuma saya saja yang menyepi dan menyendiri.

    Sedih juga saya memikirkan zara, sorang demi sorang kawan dia kahwin, dan bakal dapat baby. Tapi saya bersyukur yang dia tak pernah mengeluh dan menyalahkan saya kerana ketidakupayaan saya untuk memberikannya zuriat yang InsyaAllah dapat memeriahkan kehidupan kami suami isteri. Kadang-kadang saya risau dengan penerimaan kawan-kawan kami yang secara indirectly mentertawakan kami, setiap kali isteri dia mengandung setiap kali itulah menghubungi saya dan bertanyakan saya sudah berisi ke belum. Habis gambar anak-anak dia tagkan kepada saya dan saya terus untag. Kenapalah dia masih tak faham-faham yang saya tak selesa dengan semua ini? Saya inginkan kekuatan ya Allah. Saya sayangkan zara dan saya ingin berikan dia kebahagiaan itu, tapi saya belum mampu.

    Saya rasa satu sahaja ubat saya - SIBUK. Bila saya sibuk dengan kerja saya akan lupakan pasal masalah infertility saya ni. Tapi, bila isu pasal ini dah terkeluar (berita org preggy, saya kena smash), mulalah saya meroyan tak tentu pasal. Tapi pastinya saya tidak akan meroyan di hadapan zara karang boring pula dia duk memujuk saya saja.

    Semoga saya terus diberikan kekuatan. Amin...

    p/s: saya duk muntah-muntah saja, perut rasa bloating, suhu pun tinggi (padahal demam), so saja buat pregnancy test (dah 2 tahun saya beli tapi tak penah guna), namun hasilnya satu line sahaja...huhuhu

    Monday 10 October 2011

    Boleh predict macam tu saja?

    Posted by Nia at 21:50 2 comments
    Nenek menunggu 3 tahun untuk mengandung, adik saya bakal dapat 2 anak hujung tahun ni. Adik perempuan Nia (Y) bakal kahwin bulan Nov ni. Conversation di bawah adalah antara saya dan ibu.

    Perbualan 1

    Ibu: Nia macam nenek kut, tunggu 3 tahun baru beranak. Adik macam ibu (cepat je beranak)
    Nia: diam seribu bahasa.

    Perbualan 2

    Ibu: Y cepat beranak macam ibu kut, sebab banyak tahi lalat (ibu ada tahi lalat besar dekat pipi, Y ada tahi lalat besar di lengan)
    Nia: ???


    Persoalannya: Comparison apakah ini???

    Sabar sajalah

    Tuesday 4 October 2011

    Family datang ke KL

    Posted by Nia at 20:04 0 comments
    Lately saya sangat busy sampai tidak punya masa untuk mencoretkan sesuatu di sini.  Family saya datang ke KL sejak Jumaat lepas sampailah semalam. Sebenarnya saya beli tiket ni sudah lama, sejak tahun lepas dan harga masa tu RM0, so kena bayar cuma RM240 pergi balik untuk 3 orang. Murah kan...Tapi tu la semalam, actually flight diorang pukul 8mlm, then delay kul 9mlm pula. Then pukul 9 tu called saya lagi, delay lagi sampai kul 10mlm. Aduh...sabar sajalah, padahal saya tak pernah lagi kena flight delay sebegini...So, kalau flight bertolak pukul 10mlm, so kena sampai KL pukul 12.30am la kan (perjalanan ambil masa 2 jam setengah), saya yang sampai LCCT sejak pukul 12 sampai ke pukul 12.30am, diorang masih belum sampai. Dah la kat monitor board tu kata flight diorang delay, sampai la pukul 1am saya dah tak tahan lagi risau, terus saya pegi kaunter pertanyaan.

    Saya: Cik, nak tanya flight .... dari KK ke KL kenapa delay ye?
    Minah AirAsia: Ok. Delay sebab cuaca tak elok. Jadi pilot pun kena bawa slow saja, bahaya kan...
    Saya: Ye ke....kalau flight diorang bertolak kul 10 then sampai pukul 12.30 la kan...Ni dah kul 1pagi ni...
    Minah AirAsia: Jap saya call dulu ya.. (Call kawan dia tanya pasal flight tu) Oh, setakat ni kita tak dapat apa-apa berita lagi dari flight tu, expected diorang akan landing pada pukul 2.30am.
    Saya: Ha? Flight kul 10 then sampai kul 2.30? Kenapa sampai 4 jam kat atas tu?
    Minah AirAsia: Tau tak sekarang cuaca tak berapa elok? Kalau awak ada dengar berita kan ada ribut teruk kat Filipina? Sampai mat salleh pun sanggup batalkan flight diorang sebab cuaca tak elok ni
    Saya: (Saya dah nervous dengar) Betul ke? Saya risau sebab orang yang nak datang ni bukannya sihat sangat (ibu ada sakit jantung) Kang dia panik...(terus saya membayangkan yang bukan-bukan). Boleh tak tolong call AirAsia Sabah tanya diorang flight terbang pukul berapa. Kut la diorang delay ke?
    Minah AirAsia: Tak dapat la, tapi kalau awak ada kawan-kawan yang kerja Air Asia boleh tak try contact diorang. Ni dah ramai dah orang duk tanya pasal flight delay ni sampai tak larat dah entertain dah...(eh eh...bukan ke ni kerja engkau?)
    Saya: (Bengong ape minah ni soh tepon kawan2 pula..Saya tak larat nak sound minah tu dah seba dah pikir macam-macam, then saya blah je terus)

    Sepanjang perjalanan saya ke kereta sayaair mata dah bercucuran...Husband try bagi relax, mungkin tak ada apa-apa kut kan. Apa taknya, ibu saya tu pantang dengar orang bersuara kuat dari biasa pun dah dada dia berdebar-debar, apa lagi kalau flight tu bergoyang ke, takut dia tak boleh tahan etc...Sekali, adik saya di Sabah called, bagitau message yang dia bagi kat adik saya yang ikut sekali tu dah accepted, meaning diorang dah sampai dan dah on handphone. Saya lega sikit, then try to called them so many times, at the end ayah angkat phone dan bagitau diorang dah sampai. Saya kesat2 air mata yang berhamburan tadi...adui...buang air mata saja la...hihihi...Tapi serius saya bengang sungguh dengan minah tu...

    Ok tukar cerita pula...oleh kerana busy entertain family, jadi laptop kesayangan saya ini terus membisu di dalam beg...hahaha..tidak buat kerja langsung.Apa tidaknya, pagi berborak-borak dulu, tengahari keluar sampai ke malam. Actually oleh kerana adik saya akan melangsungkan perkahwinannya pada November akan datang, so family saya pun ambil kesempatan ini untuk bershopping di sini. So, pada Sabtu dan Ahad, Jalan TAR telah menjadi destinasi kami untuk bershopping. Beli barangan door gift, cadar etc. Penat yang amat. Yang tak tahan tu tuala pun ibu beli juga tu, aduh macam la di Sabah tiada tuala...Memberatkan luggage saja sampai kenalah tambah luggage - kena lagi RM45 sebab beli di kaunter.

    Sempat lagi tu ajak ibu ke IKEA jalan-jalan. Ibu excited tengok certain barang-barang murah, sampai terfikir-fikir nak mengangkut balik Sabah. Yela, di Sabah kan mana ada gudang semacam ini, siap bantu kita bagi idea macammana nak menyusun atur rumah segala kelengkapan rumah juga ada di situ. Tapi, beberapa lama ibu dah boleh control herself, so bolehlah beli benda-benda kecil dan ringan saja, karang naya je mengangkut dan menambah luggage yang sudahlah semuanya kena beli...

    Diorang dah balik, rasa sedih pula sebab kejap je diorang bercuti. Tu pun bukan bercuti tapi masa penuh dengan bershopping. Saya pun tak sempat masak di rumah sebab masa penuh terisi, balik pun malam n makan di luar saja...Tak pe la, maybe next time lagi insyaAllah ada rezeki nanti diorang akan ke sini lagi...

    Tuesday 27 September 2011

    Langkah pertama setelah setahun lebih berehat dari treatment

    Posted by Nia at 18:09 6 comments
     Sebenarnya saya nak update semalam, lepas appointment, tapi memandangkan asik takde idea saja, maka entri ini saya tangguhkan ke hari ini. 

    First appointment dengan Dr Hamid Arsyad semalam kira kira pukul 2.30 ptg. Saya cerita tentang masalah saya, yang saya telah berhenti treatment selama setahun lebih, letih dengan pelbagai treatment yang saya hadapi di tahun lepas. Dengan simptom clomid dan suntikan-suntikan yang selalu membuatkan saya rasa tidak selesa, bloated dan badan makin membesar dengan jayanya sekaligus turut membuatkan emosi saya kelam kabut. Saya yang berdepan dengan tiub tersumbat (sebelah loculated spill) dan pcos, yang tidak memungkinkan saya untuk mengandung. Huhuhu...sedih juga.

    Ok. Berbalik kepada appointment semalam, Dr turut buat tvs scanning, Dr kata, kalau retroverted uterus, kemungkinan rahim saya ada penggumpulan darah-darah kotor. Nasib baik rahim saya ok. Tapi kedua-dua ovari saya bengkak, menunjukkan saya adalah pcoser tegar. Sabar sajalah...Kemudian, beliau suggest untuk saya membuat pembedahan kecil, laparoscopy dan ovarian drilling. Saya bersyukur sangat akhirnya ada juga Dr yang mentioned yang saya perlu jalani pembedahan ini. Saya terkejut juga, sebab sebelum ini di dua spital kerajaan saya pernah juga request untuk buat pembedahan tapi diorang tak ada buat pembedahan sebegitu (atau tak nak?) So saya assume diorang tak ada kepakaran la untuk buat pembedahan tersebut. Sebagai gantinya saya makan clomid dan buat iui, padahal bukan membantu pun, tiub saya kan tersumbat????

    Oleh kerana jadual packed saya terpaksa memilih untuk membuat pembedahan pada bulan November...huhuhu....kalau ikutkan saya, hari ni juga saya sanggup buat, tapi tak apa, at least saya dah nampak peluang saya. Yang penting buat dulu segala benda kotor yang tersimpan di bahagian peranakan saya. Kak Nini suruh saya bersabar dulu dan sementara ni berehat puas-puas. Makanan tambahan seperti yang Leeda suggest, sudah saya beli. So, makanan tambahan saya sudah ada 8 botol. Yang saya ralat adalah Vit E, sebab produk Vit E yang saya makan tu dah 400IU, yang kak nini bagi semalam 200IU makan dua kali, so 400IU pula...ok ke kalau Vit E dalam badan 800IU?

    Seronoknya internet sekarang ni banyaknya info-info yang kita boleh dapat, termasuk mengenai pembedahan yang bakal saya jalankan. Di bawah adalah Drilling Laparoskopic yang saya cari dari Youtube.

    p/s : kalau takut tengok darah, better tak payah tengok ok...


    'Never lose hope'  
                            Polish Slogan

    Friday 23 September 2011

    Doa

    Posted by Nia at 23:00 8 comments
    Nampaknya minggu ni saya go through melihat perkembangan rakan ttc dengan kisah kegembiraan Hikari yang berjaya pregnant selepas dua cycle clomid. Namun saya juga sempat melihat beberapa blogger yang bersedih hati dan berputus asa selepas usaha yang dibuat masih tidak berhasil. Dear, janganlah berputus asa di atas dugaan yang diturunkan kepada kita. Sebagai hambaNya, kita kena terus berdoa semoga kita dikurniakan semangat untuk terus berusaha kerana ada hikmah di sebalik semua yang diberikan

    Doa supaya tidak berputus asa
    "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalm berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku" Surah Maryam (ayat 4).


    Semalam saya sempat berbual-bual dengan ibu saya; setakat ini selain Enchik Zara, ibulah yang selalu menguatkan hati saya supaya terus berusaha dan berdoa. Ibu kata, teruskan berdoa tapi jangan berdoa 'mesti dapat' atau dengan sedikit kekerasan, seakan-akan memaksa Allah untuk memberikan kita zuriat. Ibu kata, doa yang akan dimakbulkan adalah apabila kita menangis apabila memohon kepadanya. Bila mendengar nasihat ini turut membuatkan saya terfikir apakah doa saya masih tidak cukup untuk mendapat apa yang saya inginkan? Apakah mungkin doa saya tidak diperkenankan kerana ibadat saya masih lagi tidak cukup?

    Saya ingat lagi, masa belajar dulu, saya rajin membaca Yassin dan saya amalkan membaca Al-Quran at least satu muka sehari. Rajin solat tengah malam. Doa pada Allah moga dipermudahkan ingatan, dibukakan pintu rezeki dan semoga dapat keputusan yang memberangsangkan. Juga semoga mendapat jodoh yang baik tetap tidak dilupakan..hehehe... Tapi berbeza sangat sekarang ni, solat takat yang wajib saja, doa lepas solat sahaja, baca Yassin yang at least seminggu sekali pun jarang-jarang, apatah lagi membaca Al-Quran. Saya rasa macam sibuk sangat. Saya sedar ini dan suami pun turut mengingatkan saya supaya rajin mengaji dan membaca Al-Quran, tapi tetap tiada tindakan susulan dari saya...Untuk bersungguh-sungguh meminta, kenalah juga buat solat malam, tapi tindakan tu tetap tiada. Mungkin kerana faktor-faktor ini doa saya tidak dimakbulkan?

    Kawan-kawan, saya bercerita mengenai kenaifan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sendiri, tapi sekadar ingin berkongsi mungkin ada antara kita terlupa untuk meminta dariNya, bukan sekadar berdoa malah lebih lagi dari itu. Sama-samalah kita saling mengingati antara satu dengan lain. So kawan-kawan, jom kita perbaiki kualiti doa. Mulakan pagi dengan doa, sebelum tido pun doa. Insya Allah doa kita akan didengariNya.

    Boleh masuk ke sini untuk info berkenaan doa


    Thursday 22 September 2011

    PCOS

    Posted by Nia at 05:37 14 comments

    Sebelum ni saya rajin membaca Hamid Arshad forum (dah ditutup), maka saya beralih kepada lain-lain source untuk mendapatkan info...sememangnya bila seseorang mendapat tahu yang dia termasuk dalam golongan primary infertility, maka macam-macam info yang akan dicari. Bagaimana saya mendapatnya? apa faktor faktornya? Saya telah didiagnose oleh Dr yang saya menghidap pcos dua tahun lalu dan tiub saya tersumbat (sedihnya). Tiga cycle on clomid dengan sekali iui masih tidak berjaya, dan saya fedup dengan diri sendiri. Saya tidak tahan dengan segala kesakitan yang saya hadapi sepanjang treatment; emosi yang selalu terganggu, perut yang selalu cramp dan kena cucuk di perut untuk suntikan gonal-f pun yang masih tidak memadai untuk saya mendapatkan zuriat.

    Period saya tidak stabil sejak di zaman anak dara, sejak mula-mula period lagi. Berapa kali jumpa Dr, tapi Dr tak ada pula cek darah untuk investigate tahap LH/FSH saya, untuk ketahui yang saya ada sakit atau tak. Dr cuma bagi ubat perancang sahaja, untuk 3 bulan supaya dapat period yang stabil. Tapi perkara yang sama masih berlaku. Period tetap ding dong dan ada kalanya sehingga lebih 15 hari tapi sedikit-sedikit. Saya terasa juga, kalau benda ini saya dah tahu lagi awal sudah tentu saya dah jalani treatment etc...at least tidak la effectnya sesudah kahwin kan...ni bila dah tau lepas kahwin, orang lain asyik tanya je berapa tahun dah saya kahwin...sabar sajala...

     Saya copy and paste saja dan cuba link kan dengan keadaan diri saya

    • Acne. - tiada kaitan sebab saya tiada jerawat
    • Weight gain and trouble losing weight.- berat memang mudah naik - sekarang BMI dah 25 - overweight
    • Extra hair on the face and body. Often women get thicker and darker facial hair and more hair on the chest, belly, and back. - ada sedikit bulu macam misai dan 20% kaki saya berbulu seperti lelaki, ingatkan pasal saya pernah bercukur dahulu...
    • Thinning hair on the scalp.- iya..rambut saya makin nipis sekarang, rambut mudah gugur
    • Irregular periods. Often women with PCOS have fewer than nine periods a year. Some women have no periods. Others have very heavy bleeding. - sememangnya period saya tidak stabil, paling lama dua tiga bulan barulah ada period balik
    • Fertility problems. Many women who have PCOS have trouble getting pregnant (infertility). - bolehlah tengok ticker saya...sedih...huhuhu
    • Depression.- mungkin sebab pcos la saya selalu sedih dan terlalu mengambil berat dengan komen-komen negatif orang lain yang turut sama mengurangkan confidence level saya
     Nampaknya banyak benda negatif yang disebabkan oleh pcos ini yang berlaku ke atas saya. Adakah cara untuk menghilangkan pcos secara natural?

    Caranya adalah seperti di bawah;
    1.  Diet - kena kurangkan berat badan
    2.  Beli makanan organik sahaja. Contohnya makanan laut etc, ayam zaman sekarang ni kalau boleh janganlah ambil sebab ayam kan sudah disuntik dengan hormon estrogen. Kalau ayam kampung ok saja tapi susah benor la nak dapatkan ayam kampung di area KL ni. Kalau ada mahal pun saya beli saja. Untuk kesihatan saya tak nak berkira sangat sebab semuanya masuk ke badan kita kan...
    3. Kurangkan makanan yang berlemak, kena tengok juga kandungan kolesterol yang terdapat pada makanan tersebut
    4. Kurangkan pewarna dan bahan kimia seperti artificial sweeteners.
    5. Kurangkan kaffein dan alkohol
    6. Elakkan gula. Kalau gula dalam buah tu pun kena kurangkan juga, contoh macam tembikai
    7. Kurangkan asid lemak ke dalam diet - nuts, seeds dan oily fish (termasuk ikan sardin dan salmon).
    8. Macam makanan bertepung, roti, kek, ais krim kenalah dielakkan; wheat grain sahaja dibolehlah. Susu pun kena ambil yang kurang lemak, bukan yang full cream...
    Banyakkan nak kena korbankan? Dah la saya ni hantu kek Secret Recipe tu, suka makan ais krim dan McD...huhuhu...saya teringat kembali suatu ketika pada tahun lalu, saya frust sangat bila IUI tu tak jadi, pastu saya on strictly on diet. Saya tak makan nasi langsung, saya beli roti yang wheat grain sahaja, saya beli salad dan gaulkan dengan apple, orange dan anggur, lapar-lapar saya makan badam, minuk air memang banyak, ikan pun saya stim dan bakar - dan salad sahaja...

    Hasilnya? dalam dua minggu saya turun berat badan 4 kg. Dan guess what - dalam 2 bulan itu period saya keluar naturally. Tapi tu la, orang Melayu ni kalau nak makan kena ada nasi, jadi dalam masa dua minggu tu badan lemah semacam dan terasa ringan pula...ye la, kalau saya dah strictly on diet mestilah sang suami pun akan ikut diet juga kan...minggu pertama dia ok lagi. minggu kedua sudah merungut-rungut...makan tak sedap katanya, sudah tiada lagi ayam goreng dan sewaktu dengannya. Yang ada hanyalah ikan kukus dan bakar dan salad....hahhaahha...

    Last-last saya masakkan untuk dia- masak sedap-sedap...tup tup...saya pula tak boleh tahan..habis diet saya sampaila overweight macam ni....

    Wednesday 21 September 2011

    Berita gembira

    Posted by Nia at 01:43 2 comments
    Tahniah!!!

    At last Hikari, penantian awak sampai ke penghujungnya...
    InsyaAllah, dengan berita ini, saya yakin 
    kita yang mengalami masalah kesuburan boleh mengandung 
    walaupun ada pcos dan pelbagai penyakit menghurung diri

    Percayalah, Allah tidak akan biarkan hamba-hambaNya sentiasa berduka, 
    pasti ada hikmah di sebaliknya. 
    Dan apabila berjaya, pasti kita akan lebih terasa kebesaranNya dan nikmatnya

    GAMBATTE!!!!

    Monday 19 September 2011

    Macam-macam

    Posted by Nia at 23:14 2 comments
    Baru saja balik semalam, singgah sat kat umah abg ipar kat Ipoh
    terus Enchik Zara menghala ke KL untuk menghadiri kelasnya
    sementara saya di McD lepak kat sana...

    At last sampai umah pun dah dekat pukul 12 tgh malam
    kemas-kemas baju sikit, campak baju yang tak basuh lagi tu dalam washing machine
    makan ubat - jangan di lupa...
    dan terus tidur...

    hari ni...
    saya di lab, cuba untuk meneruskan perjuangan
    tapi masih lagi tidak dapat mengeluarkan idea yang bernas
    mesti la gara-gara lama bercuti - otak pun bercuti
    sebenarnya, idea dah ada - cuma bagaimana caranya untuk menyalurkan idea tersebut - hangkang
    last2, saya tulis semua idea tu dalam buku coretan saya
    dengan harapan lepas ni saya punya semangat waja untuk menyambung tulisan yang tergendala

    oleh kerana kebuntuan di tahap maksima tadi,
    saya menonton cerita Magika...
    ok la, boleh la juga saya release tension
    ada la juga gelak-gelak yang membuatkan hati saya gembira sedikit

    satu lagi kerisauan yang ada di kepala saya ini,
    saya teringin untuk menurunkan berat badan
    tapi kalau nak dicalculate di timbang berat etc
    makanan yang saya makan sepanjang berhari raya ni memang boleh tahan
    apa lagi bila balik ke kg Enchik Zara
    daging je yang dihidang di setiap kenduri
    amboi, bertambahlah lelemak tepu saya kalau begini...

    Oleh itu,
    petang ni Enchik Zara mengajak saya untuk mengusha lagi thread mill buat sekian kalinya
    rasanya saya memang kena ada benda ni di rumah
    ya la, kalau siang duduk saja kerja saya - kena menulis dan membaca kan
    malam pula, pas makan malam berehat pula...
    bila masanya la nak bersenam
    at least bila dah ada thread mill ni semangat la sikit
    jangan nak hangat-hangat tahi ayam sudah...

    ok la kawan kawan sekalian - saya kena sambung balik kerja saya ini....teruskan perjuangan - GAMBATTE!!!!

    Update: thread mill dah order, insyaAllah Isnin ni baru dapat
    kebetulan kat kedai tu ada electronic machine utk cek bml
    so saya dan Enchik Zara pun mengetest laa...
    keputusannya; BML saya 25 - dah masuk overweight
    BML Encik Zara - 33 - dah obese phase 1

    so ikut result saya kena kurangkan 9 kg untuk capai berat ideal 51kg...
    huhuhu...
    kena teruskan usaha...moga tidak hangat-hangat tahi ayam la..
    saya pun risau sebab cara pemakanan saya ni, saya cepat lapar
    padahal baru saja makan tu...
    agak-agak saya tembolok saya ni dah membesar dengan jayanya...
    nak nak lagi dah lepas raya ni...

    Teruskan perjuangan!!!
    GAMBATTE!!!

    Thursday 15 September 2011

    Balik kampung

    Posted by Nia at 02:56 0 comments
    Baru balk kampung beraya kampung belay husband. Esok Ada majlis Tahlil Arwah ayah Akan diadakan, so tadi sibuk jiga potong daging dan ayam, daging tu potong besar besar saja, tak payah potong halus halus macam style potongan daging di rumah aku.hohoho...patut la Enchik Zara aku potong daging besar besar.

    Aku surprised juga dengan Ada ya Internet digi di kawasan kampung ni...bagus gak digi dah makin improved. So bila Ada kelapangan boleh la update blog...hehehe...

    Pasal kesuburan, aku dah tak period dah...erm...Kali ni lama gak period ya...alamak tiba tiba ramai lak budak budak nanti update lg

    Monday 12 September 2011

    Mode: Cari kekuatan

    Posted by Nia at 04:04 1 comments
    Agak lama saya silence kan? Bukan apa, dalam masa seminggu ni saya struggle tulis paper...
    ingat nak submit ke ISI journal...semoga impian menjadi kenyataan...:)

    Tadi baru jumpa supervisor
    sedihnya, paper saya kena reject
    banyak masa saya terbuang mengadap benda tu
    so saya nak kena start benda lain
    dah la benda ni bukannya major saya
    kena bertenang dulu ni..
    2 jam lebih berbincang tadi...
    lepas tu terus type segala details yang kitorang bincangkan tadi
    fening fening

    Tukar cerita..
    nak dijadikan cerita
    sudah 7 hari saya period
    tapi belum ada tanda-tanda ia akan berhenti...
    ni semua hasil makan maajun la ni...badan terasa panas je...
    ibu saya pun turut makan maajun juga..
    bukan sekian kalinya, setelah sudah setahun tidak period
    ibu juga turut didatangi haid...
    hehehe...

    ibu explain,
    kalau nak betulkan period lagi, teruskan makan maajun selepas 7 hari ni
    tapi kalau nak mencuba lagi, boleh saja tapi tak perlu makan maajun dah
    saya masih berfikir lagi...
    4 days to go for the decision...
    ya la...kalau saya berhenti makan pun belum tau berjaya preggy kan..
    kalau saya teruskan makan period saya kembali normal pula...
    bagaimanakah????

    Fikir lagi laaa...

    Wednesday 7 September 2011

    Tulisan kak nini: Hikmah yang agung? Kenapa aku belum berzuriat

    Posted by Nia at 20:29 1 comments
    Asalam kawan kawan yang diingati dan disayangi,
    Puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi.
    Sudah empat hari kita beraya, alhamdulillah.Akak pasti buat mereka yang belum hamil di bulan Ramadhan dan Syawal ini anda merasakan kesayuan dan kesedihan lagi. Maka akak ingin gunakan kesempatan ini untuk renungan anda.

    Ramai yang tanya bila saya akan hamil akak? Akak boleh merasakan keinginan mereka yang meluap-luap. Seolah2 akak ada jawaban dan ilmu tilik. Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi fana akak hanya mampu menjawab sabar dik sabar...Namun kali ini biarlah akak luahkan apa yang tersirat di hati akak.
    Kehadiran insan bernama anak dalam hidup kita merupakan hak mutlak Allah. Kalau Allah swt nak bagi , sekejap sahaja dan kalau dia nak ambil pun sekejap sahaja. Kita di sini hanyalah semnetara. Ingat pesanan akak nih...

    Alkisah riwayat nabi Zakaria di zaman dahulu, kisah para al anbiya  , golongan yang soleh... Nabi Zakaria seorang yang sangat baik. Beliau dan isterinya ditakdirkan tidak mempunyai anak dan mereka sudah lanjut usia.Namun mereka tetap redha dan beriman kepada Allah, lagi tidak pernah meratapi nasib mereka masing-masing. MAlahan bersyukur dengan segala nikmat2 Allah. Nabi Zakaria mempunyai seorang anak ANgkat yakni Maryam yang dijaganya di Kaabah. Maryam (ibu nabi Isa a.s) seorang yang sangat baik, warak dan taat pada perintah Allah. Beliau mengurungkan dirinya di dalam bilik dan sentiasa bermunjaat kepada Allah di situ. Oleh itu Allah dengan segala sifat kebesarannya memberi rezeki dalam bentuk makanan kepada Maryam di dalam biliknya itu. Suatu hari Nabi Zakaria lalu dan nampak rezeki tersebut, lalu terkejut lantas bertanya, Wahai MAryam, dari mana kamu mendapat rezeki ini, MAryam menjawab "dari Allah yang maha pemberi" ---- Ini membuatkan Nabi Zakaria hairan, kenapalah beliau tak meminta kepada Allah untuk rezeki, yakni rezeki seorang anak ?? sedangkan anak angkatnya ini boleh mendapat rezeki dengan sedemikian cara??? Lalu beliau berdoa, Ya Allah kurniakanlah daku zuriat yang soleh kerana engkaulah yang mengabulkan doa. Dan Allah dgn sifat kasihnya mengutuskan malaikat untuk memberitahu Nabi Zakaria berita gembira bahwa beliau akan menerima zuriat yang soleh yakni dengan kehamilan Nabi Yahya a.s. di usia mereka yang amat tua, subhanallah!

    Namun tetapi menerusi pembacaan akak dari apa yang akak tahu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh oleh kaum Yahudi sewaktu apabila mereka cuba mensyaikan agama Allah di kota Makkah. Kasihan sekali ye?

    Jadi apakah yang dapat kite perolhi dari cerita ini?
    Bagi akak, usaha untuk mendapatkan anak merupakan satu Ujian untuk seseorang. Satu cubaaan di mana Allah nak test kita. Apakah kita ini mahu sedar ataupun insaf, lantas berdoa kepadaNya?
    Kemudian ia juga menyedarkan kita bahwa , di sebalik keasyikkan kita di dunia ini, ia menyenyentakkkan kita kepada  menerima hakikat kewujudan ilahi! Kalau kita tidak mendapat cubaan sebegini, kita sukar untuk faham kuasa dan kudrat iradat Allah. Bahawa Allahlah yang memberi rezeki dan bukannya kita sendiri yang hebat, mampu menjadi pandai, kaya raya dan mewah dengan anak-pinak yang ramai. Inilah masanya Allah menarik balik nikmat rezeki buat sementara untuk kita buat kita memahami kewujudan zatnya yang Maha berkuasa memberi lagi mengambil dari kita.

    Inilah masanya membuat kita merasakan kehadiran Allah dalam hidup kita. tentang betapa kuatnya Allah mengingati dan menyayangi kita sehinggakan mahu memilih kita untuk ujian ini, kerana Allah mahukan kebaikan untuk kita, mahukan kita kita mengingati kewujudannya, kerana Allah mahukan kebaikan yang tidak terkala di akhirat nanti.

    Cubaan tidak berzuriat ini juga menginsafkan kita dengan banyak sifat-sifat kezuhudan dan ketaqwaan.
    Memang, jauh di benak kita kita mesti ingat Oh! adakah akau ini akan ditakdirkan mandul??
    Ingatlah kisah isteri Firaun Asiya, yang mengorbankan jiwanya mengahwini Firaun yang mandul demi untuk menyelematkan rakyatnya dari angkaranya. Beliau mengambil anak angkat yakni Nabi Musa a.s. yang diselamatkan dari sungai di mana ibu kandung Nabi Musa menghanyutkan nabi tersebut di dalam kotak kecil demi untuk lari dari Firaun.Dan akhirnya Asiya mati dibunuh oleh Firaun yang kejam. Ketahuilah,di akhirat kelak beliau dan Maryam merupakan wanita pertama melangkah masuk ke syurga.
    Di sinilah caranya Allah menghendaki hamba-hambanya untuk menghampirkan mereka dengan zatNya di akhirat kelak.
    Di dunia kita nih tak nampak --- kita tak nampak hikmahnya, tapi kalau kita ambil masa untuk berfikir kita akan faham, bahwa Allah sebenranya menyayangi kita dan rindu kepada kita mengingatiNya dan inilah masanya Allah cuba mengingatkan supaya kita menjadi manusia yang lebih baik dan bertqwa. Ingat, kalau Allah mahukan kebaikkanuntuk sesiapa, Allah Menguji mereka. Kalau Allah mahukan keburukkan Allah hanya melalaikan mereka di dunia. JAdi golongan mana yang kamu nak masuki?? Samada kamu mahu termasuk  KAum yang dicuba dan sentiasa diuji oleh Allahkah mahupun kaum yang lalai dan diberi kemewahan lagi kesenangan oleh Allah?

    Namun ini tidak bermaksud bahwa  Allah mahukan umatnya dalam keadaan sedih dan selalu diuji tanpa kesudahan. Sebenarnya manusia memerlukan kepada ujian. Mereka sukar memahami Kuasa Allah kalau mereka tidak diuji. Sukar melahirkan sifat2 ketaqwaan kalau tidak diuji. Ujianlah makanan kepada minda, roh dan sahsiah sorang insan.
    Ujian ini mengindahkan karektor dan peribadi kita.
    Terutama sekali apabila kita pulang kepada Allah dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...
    Usahlah merasa malu untuk pulang kepada Allah....
    Dan usah hidup untuk kata-kata orang... muhasabah diri dan perbaiki diri, adakah kita patut diperkenankan doa sedangkan kita tak ingat pada ALLAH waktu susah mahupun senang? Inilah masanya kita redha dan mensyukuri nikmat Allah kerana menguji kita dgn ujian sehebat ini dan mendoakan semoga Allah menngasihani umat Islam di seluruh dunia semoga kita menjadi umat yang agung lantaran itu... AMin!
    AKhir kata ~ semoga Allah menerima usaha kecil akak ini dan semoga pembaca budiman memaafkan akak sekiranya adanya bende2 tak tepat dan terkurang yang hasilnya dari akak.

    JAzakillah bikhairan!

    Tuesday 6 September 2011

    Sudah sampai

    Posted by Nia at 18:41 1 comments
    Semalam saya baru called klinik Dr Hamid Arshad
    ingat nak memulakan treatment kembali setelah lebih setahun berehat...
    masih tiada apa-apa...
    ingatkan klinik bukan sabtu...rupanya isnin hingga jumaat sahaja buka...office hour...
    peh tu rupanya klinik fully booked, kena booked dalam tempoh sebulan...
    terlambat rupanya saya buat appointment
    so appointment saya adalah pada 27 Sept ni...
    adalah lebih kurang 3 minggu dari sekarang...
    takpe la...better daripada remain silence from treatment kan....

    Baru balik semalam dari Kg selepas percutian kurang sebulan di kampung halaman
    bermulalah juga episod baru dalam semester yang baru
    sebagai pelajar...kena teruskan usaha...
    GAMBATTE!!!!

    Susah jadi pelajar + ttc juga...
    dengan buat research pasal study dan juga research pasal ttc
    kenalah telan....di samping tu kena kawal stress...
    istiqamah kena berterusan...
    InsyaAllah berjaya

    Lepas balik dari flight biasanya kitorang amik kereta kat office husband dulu
    boleh tak tyre kereta belah belakang dah kempis...
    aduyai...nasib baik ada kawan Enchik Zara yang masih bekerja...
    so dia pinjam pam dr mamat tu...
    hisy...kalau begini kena beli pam tu, penting
    kalau tak ada orang yang boleh diharapkan macammana kan...
    kena terjumpa dengan orang jahat...naya je nanti...

    Bila dah sampai rumah pun dah pukul 12 tengah malam...
    bersyukur dah balik rumah...rindu rumah tu
    rumah yang menjadi tempat berteduh kami suami isteri...
    balik je terkejut tengok Enchik Zara dah beli banyak stok makanan sekali dengan kuih-kuih raya yang diborongnya sebelum balik bercuti minggu lepas
    amboi...bukan main lagi Enchik Zara bershopping makanan ye...
    hehhehe...

    Saya terus je punggah baju-baju dari dalam beg
    makanan yang dibawa dari kg masukkan dalam peti ais
    baju-baju kotor masuk dalam washing machine
    mulut membebel sikit bila nampak tikar yang Enchik Zara beli (masa saya di kampung)
    kata nak buat umah modern style, tapi beli tikar camtu dah tak jadik modern style dah
    nanti free2 nanti saya nak kemas better gulung je tikar tu
    mana tau nak buat kenduri barulah guna...

    Hari ni saya sampai awal di lab
    Seorang pun tiada lagi muncul, mungkin masih bercuti
    Apa pun, kena gunakan masa yang ada hari ni dengan sebaik-baiknya....
    Insya Allah...
    ok la...ada masa saya update lagi....
    bye...

    Saturday 3 September 2011

    Maajun

    Posted by Nia at 21:13 0 comments
    Saya masih lagi belum keluar period
    ibu menyuruh saya memakan maajun untuk memanaskan badan selain untuk regular period... 
    hari ini sudah hari ke 15, saya perlu memakan sehingga hari ke 21...
    erm...saya makan sajalah...tak tau lah berkesan atau tidak...badan saya ni kebal dengan ubat...
    huhuhu...

    saya masih mengamalkan makan shaklee...
    hingga sekarang masih belum tanda tanda period...

    tadi berborak dengan ibu pasal tersalah cakap...
    ibu kata kadang-kadang kita pernah tersalah cakap dan Allah perkenankan pula doa tu...
    contoh masa mula-mula kahwin 'relax la dulu sementara baru kahwin ni' 
    tu pun sudah dikatakan salah cakap....
    jadi Allah angkat kata-kata itu sebagai doa...benarkah???
    erm...saya risau juga kalau saya ada tersalah cakap apa-apa...
    Semoga Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, Amin

    -------------------------------------

    Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

    وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
    Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: 
    Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) 
    dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

    هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
    Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: 
    Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; 
    sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 
    (surah ali-imran, ayat 38)

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    Wahai orang-orang yang beriman! 
    Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) 
    dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) 
    serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) 
    (surah ali-imran, ayat 200) 

    Thursday 1 September 2011

    Selamat Hari Raya!!!

    Posted by Nia at 00:34 2 comments
    Salam My dearie friends,

    Salam Lebaran Mubarak, minalaidin walfaizin walmakbulin kpd handai taulan dan ikhwan. Moga kita mendapat keredaan Ilahi dunia dan akhirat, insya-Allah.
    EN Google




    Baru berkesempatan untuk membuka blog ini setelah 3 hari berhari raya sakan...

    Kepada mereka yang ttc, masa berhari rayalah masa yang paling seriau...
    Dalam kepala saya ada list mereka yang akan saya elak...
    Salam tetap salam, tapi tak adalah sampai berborak-borak panjang..
    Apa boleh buat la kalau orang tu terasa atau anggap saya sombong...
    Saya mencuba untuk menjaga hati sendiri sebelum hati saya disakiti

    Tapi walaupun begitu, seorang makcik saya menyapa adik saya
    tapi mungkin dia ingat yang adik saya adalah saya...
    adik beradik kan lebih kurang je rupa...
    lek jak dia sound adik 
    'Hah...yang ni lagi satu...kenapa la ndak pregnant-pregnant ni...'
    Adik saya balas ' Eh...macammana orang belum kawin mo pregnant pula makcik?'
    Pastu baru dia perasan yang dia tersalah orang...sebenarnya dia nak tanya saya...
    Lepas saja adik ceritakan pasal sapaan makcik tu
    Terus saja saya elakkan dari bersapaan dengan dia...
    Sabarlah wahai hati..

    Sesungguhnya saya pelik la kenapa ada orang macam tu...
    Dia faham tak setiap orang tu ada dugaan masing-masing...
    Macam dia pula, memang la beranak, tapi dah bercerai dengan ex-husband dia...
    Macam saya pula, masih teguh kasih sayang antara suami isteri (moga kasih sayang dieratkan lagi sampai ke akhir hayat), diuji pula dengan ketidaksuburan...
    Ada makcik lain pula, walaupun cepat beranak, tapi anak bermasalah...kan ke dugaan tu...
    Wahai insan-insan spesies tidak sensitif
    Janganlah terlalu cepat mengeluarkan kata-kata sinis seperti itu
    Kerana makcik pun ada anak juga yang akan berkahwin
    Macammana kalau anak makcik juga mangalami nasib yang saya seperti saya...

    Sabarlah...sabar dan sabar..

    Wednesday 24 August 2011

    Menyapa kawan lama

    Posted by Nia at 04:36 2 comments
    Baru tadi terbuka pintu hati saya untuk membuka facebook dan menyapa kawan saya ni
    saya kenal dia sejak duduk sebilik masa belajar dulu-dulu
    dia kahwin lewat 6 bulan dari saya
    rupanya dia sudah mengandung 8 bulan

    dia kata ada berjumpa dengan dr
    masalahnya adalah period tidak stabil dan ada fibroid
    sebesar 8 cm
    dia kata sememangnya fibroid tu mengganggu kesuburan sebanyak 50%
    tapi dia tidak membuat operation pun
    dia biarkan saja
    kemudian dia makan Zureat dan kemudian jamu mak dara
    tidak lama kemudian pregnant

    saya yakin masanya sudah tiba untuk dia menimang cahayamata
    manakala masa saya masih lagi belum sampai
    satu keajaiban juga di mana dia yang telah didiagnose fibroid sebesar 8cm
    berjaya mengandung juga...
    yakinlah dengan kuasaNya
    InsyaAllah masa kita akan tiba juga nanti

    En Google
    Teruskanlah berdoa
    berkat kesabaran dan keikhlasan kita dalam berdoa 
    pasti ianya akan dimakbulkan Allah. 
    Berdoalah, Allah itu pasti dan akan sentiasa mendengar….

    Tuesday 23 August 2011

    Perasaan itu

    Posted by Nia at 18:35 2 comments
    Situasi 1

    dua tahun lepas sewaktu adik lelaki saya beza setahun kahwin
    saya bimbang...bagaimana kalau adik saya dapat baby duly? 
    terfikir, bagaimana saya nak terima  berita itu?
    happy? sedih? tumpang gembira?
    apa yang saya fikirkan menjadi kenyataan
    sememangnya rezeki dia...
    isterinya bunting pelamin...dan sekarang menunggu anak kedua

    Situasi 2

    sekarang - bulan November ini adik perempuan saya akan kahwin
    dan perasaan tersebut masih sama
    saya dan suami masih sendirian
    dan masih terfikir benda yang sama
    sedangkan adik saya ini 5 tahun lebih muda dari saya
    bagaimanalah reaksi yang saya akan keluarkan bila berita itu sampai kepada saya
    jawapan saya?
    'ohh..kakak tumpang happy' atau 'syukur alhamdulillah'
    tapi jauh di lubuk hati memendam perasaan itu

    PCOS

    Posted by Nia at 01:02 2 comments
    Sebelum ni, saya pernah aktif dalam forum Hamidarshad
    tapi forum tu telah ditutup sekarang
    dalam forum tu pelbagai benda yang saya dah belajar
    termasuk clomid, tiub fallopio, pelbagai tips 'bersama' untuk dapatkan zuriat
    dan juga PCOS...saya yakin saya tiada masalah dengan pcos dan tube...

    Dulu,
    saya yakin yang saya normal...
    dan tiada masalah untuk mengandung
    walaupun period saya troublesome..
    di mana ia kadang-kadang malas nak keluar
    tapi bila tengok orang yang mempunyai peel period macam saya berjaya preggy dalam masa 4-6bulan
    saya anggap itu bukan masalah untuk saya preggy...

    Tapi lepas setahun kahwin saya membuat ujian...beberapa ujian
    hsg dan ujian darah
    ternyata, sebelah tube saya tersumbat dan sebelah lagi separa tersumbat
    dan pcos - di mana LH saya lebih tinggi daripada FSH
    konfiden saya makin lama makin lenyap dan bush...hilang

    saya pernah mengambil clomid selama 3 bulan berturut2...
    juga dengan bantuan Gonal-F kerana telur saya sangat pemalu untuk membesar
    pada clomid cycle ke 3, telur saya membesar dengan banyaknya
    dan saya pun membuat IUI untuk sekian kalinya...
    tapi tu la, Allah masih belum memberi zuriat yang kami idam-idamkan
    mungkin Allah nak temukan benih kami yang berkualiti tinggi
    yang bukan sembarangan benih...
    untuk meneruskan perjuangan kami dan menghadiahkan doa untuk kami
    di akhirat nanti...

    takpe...bersabarlah wahai hati...




    Monday 22 August 2011

    Encik Zara

    Posted by Nia at 23:50 0 comments
    Semalam En Zara call
    dia kata dia rindu
    saya pun rindu dia juga
    adoi...kesiannya tinggalkan laki lama-lama
    dah berapa kali mengadu terlajak tidur
    sampai tak sempat pun nak bersahur
    saya pun kadang-kadang lupa nak kejutkan dia
    tak pe la...tunggu tarikh 29 Ogos nak jumpe...
    rindunya....

    lepasni katanya dia tak nak bagi saya balik kg sorang-sorang
    sudahnya tidur sorang-sorang la dia kan
    tak pe la sayang...bagi la can isteri ni nak bercuti puas-puas dengan keluarga di sini
    jap je lagi...tak sampai seminggu pun...

    Shaklee

    Posted by Nia at 23:43 0 comments
    Minggu lepas Ibu saya mengajak untuk membeli Shaklee
    iaitu vitamin yang juga boleh meningkatkan kesuburan
    ye la...manala tau mungkin disebabkan badan saya ni kurang sihat
    dan juga kekurangan vitamin dalam badan

    So, sekarang dh  seminggu saya makan vitamin-vitamin ni...
    Tak boleh lagi cerita ada positif reaktion dalam tubuh ke tak
    sebab kan masih baru lagi...
    hopefully next month nanti adalah improvement dalam badan
    al-maklumlah...period saya masih lagi tidak dapat dikeluarkan dengan jayanya...
    sepatutnya 17 Okt lepas
    sekarang sudah 22 kan...urm...cek suhu pun xnaik-naik
    mungkin saya takde ovulation kut bulan ni....uhuk2

    Sabarlah hati...

    Thursday 28 July 2011

    Template

    Posted by Nia at 02:01 0 comments
    Saya baru tukar template ni
    Huhu...memang sudah agak lama tidak berkecimpung dalam dunia blogging
    banyak benda saya dah lupa
    especially nak copy paste n edit template ni
    kalau sebelum ni saya boleh baca html code tu
    hahah...nampak sangat tadek keje sangat eh...
    masa tu saya keje kat company
    tuh yang kadang-kadang ada keje
    kadang-kadang free
    tapi bos die baik...
    cuma kedekut sikit..hahhaha
    jahatnya saya nih...

    teringat pula masa keje kat sana tu
    semua Cina, saya sorang Melayu
    masa Chinese New Year best la,
    bos bagi makanan ferero roshe bagai

    Bila saya dah berenti
    boleh tak siap contact contact saya lagi
    soh keje balik ngan dia
    padahal aritu dia kata ada budak baru
    tu la, kudukut...gaji tak pandai naik-naik
    tengok! saya dah lari dah...
    admin yang keje sekali ngan saya tu lagi la senior
    umur mungkin dah 40
    tapi dia kata semenjak keje situ tak penahnya naik gaji
    nak buat cemana, kerja dengan orang kan...telan saja la...

    Blog baru

    Posted by Nia at 01:16 0 comments
    Baru buat blog baru..
    padahal sebelum ni dah ada blog pun
    cuma gatal buat blog di wordpress
    tak la se best blogspot
    pening la function dia
    blogspot lagi senang

    Ini adalah blog saya ttc mendapatkan buah cinta antara saya dan si dia
    segala emosi yang stabil
    yang tidak stabil
    bakal diungkapkan di dalam blog ini
     

    Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting