Thursday 20 September 2012

Ikhtiar yang dilakukan sepanjang perkahwinan

Posted by Nia at 02:51
Terima kasih di atas wishes yg diberikan...tidak dapat saya balas satu-satu...Saya juga berdoa lepas ni giliran ttcians semua...insyaAllah, bila dah sampai masa semua akan dapat merasai pengalaman menjadi ibu.

Sekarang ni, saya nak share ikhtiar yg saya lakukan sejak ttc. Macam-macam ubat/supplements yg saya dah makan selepas 4 tahun lebih perkahwinan.

Saya sebenarnya telah didiagnosed sejak setahun perkahwinan;
1. Tube kanan tersumbat, tube kiri loculated spill (separa tersumbat)
2. PCOS kedua2 ovari, patutla period xstabil

Yang paling saya sedih adalah tube tersumbat. Macammana nak unblocked tube, ada ke cara natural? Ada ke operation yg boleh nblocked tube? Dah beberapa kali bertukar gynea masih tiada solution. Suggested solution adalah wat IVF. Manalah nak cekau duit eh...huhu...last-last, dr ni suggest wat IUI, berharapkan kepada loculated spills tube.

Terasa sedih sangat bila menyedari yang diri ini perlu dicucuk semata-mata untuk matangkan telur. Nasib baik en hubby bersedia menjadi dr kedua di rumah.

Harapan tinggi sangat dengan IUI ni...sampailah tahap hubby terpaksa balik dr airport dan canceled the company trip ke luar negara, semata-mata untuk procedure masukkan benih masa waktu subur saya nanti.

3 cycle inject - cycle 1: puregon n cycle 2: puregon tambah dos dan cycle 3: gonal-f.
Dr suggest wat IUI - 13 biji telur matang (guna gonal-f) - Failed.

Rehat dan cari dr lain. Letih badan, emosi bercelaru, berat bertambah-tambah...

Selama setahun saya berehat, ingat nak try natural. Saya penah cuba biodex, homeopati, bidadari, maajun, alpha lipid, banyak lagi la, tak ingat...maybe sebab rezeki belum sampai lagi. Cemana kan, tube saya unblocked...huhu...

Tapi nightmare berakhir selepas berjumpa dgn dr yang betul bulan September tahun lalu...Itupun selepas bertanya kepada kak Nini, sama ada kewujudan pembaikan tube tersumbat. Dia kata ada, tubal repair. Saya ingat lagi, masa tu bulan Ogos, terus saya buat appointment, jumpa dengan Dr bulan Septermber. Syukur alhamdulillah.

Saya bahagikan ikhtiar ini kepada 2 fasa ok...

FASA 1 (cycle ting tong)
Tahun lepas, dapat tahu Dr Hamid boleh unblocked tube, so sy wat appointment dgn dia.
Dec 2011 - operation LOD (Laparoscopic ovarian drilling) - Berjaya, syukur alhamdulillah. Bersyukur juga sangat-sangat sebab company husband dapat setelkan bil operation tersebut.
Cycle 1 dan 3 - clomid - unovulatory - down sekejap.
Cycle ke 2 - Vitex - masih unovulatory.
Jumpa dr balik, dia suruh diet - boleh tengok di page ini.

FASA 2 (nampak cycle perlahan-lahan menjadi normal)
4/6/2012 Period
5/5/2012 Add dosage of clomid (4 pills), habatussauda and adipex
Berjaya diet, selama 10 hari berat jatuh dekat 4kg - dgn bantuan clomid, berjaya jumpa O pada CD16 - cycle masih tidak berjaya, tidak sangka O secepat itu so sy balik kg sendirian. Lagipun xjumpa CM.

4/7/2012 Period
5/7/2012 Clomid 2 pills
4/7/2012 --10 days - EPO brand naturalle and fishoil (sebelum ni ma nia makan epo brand kordel tp xnampak CM langsung)
Cycle July 04- ovulate pada CD16 juga dgn bantuan clomid - tidak juga berjaya, bila tengok daripada bbt chart maybe sebab kurang progesteron tapi CM banyak menjejeh-jejeh.
Jumpa dr balik, dia suruh rehat/natural sebab dah makan clomid 3 cycle. The next cycle kalau period dia soh wat hsg balik sebab penah ada history tube blocked sebelum ni...

3/8/2012 Period CD1 - Natural tanpa clomid.
3/8/2012 10days - EPO brand naturalle and fishoil
8/8/2012 - start Shatavari, Himalaya product - fungsi utk mencantikkan telur.
8/8/2012 - SK Al-Khisbun dan Hulba 8/8/2012 - susu kambing segar + kurma. Share susu SK dengan hubby. Susu kambing segar + kurma membantu membesarkan telur.
8/8/2012 - NPC (menambahkan hormon progesteron)
Saya guna Natural Progesteron Cream (NPC) lepas je habis period sampai counting DPO.
23/8/2012 - confirmed ovulation. Tak jadik O kat kampung...rupanya extend pulak O seminggu...huhu...
Lewat period 10 hari, barulah berani nak test guna CBD - preggy 2-3weeks :)

Dari segi rohaniah, setiap hari Jumaat lepas solat isyak, saya amalkan;
Baca Al-Fatihah 1x, Selawat Shifa 10x, Selawat Tafrijiyah 1x, zikir - Al-Bari, Al-Musawwir 1000x. Kena buat ni selama 10 minggu berturut-turut.
Saya amalkan Solat Dhuha.
Masa dalam kereta pun berzikir Al-Bari Al-Musawwir...mudah-mudahan benih bersatu dan membentuk.
Start dengan bulan Ramadhan, hari-hari ma nia baca surah Maryam, Surah Al-Imran dan Surah An-Nur...terasa down sangat sebenarnya.
Orang lain masa raya bergembira, saya dalam bilik, berduka bila kena smashed...ubatnya sy baca Al-Quran...hentam je mana-mana surah. En hubby pun macam dah boring nak layan. Last-last saya dimarahnya, katanya terlalu emo.

Subhanallah, bersyukur sangat dengan kurniaNya ini. Mudah-mudahan si tecik ni kuat implant dan membesar...Mudah-mudahan juga kandungan ni sempurna sampai saat melahirkan. Amin...

19 comments:

Nor Suhada on 20 September 2012 at 05:23 said...

amin....
Semoga bakal khalifah akan membesar dgn sempurna....amin

thank ya share tip2...

Unknown on 20 September 2012 at 07:15 said...

Subhanallah mama Nia...akhirnya..Alhamdulillah..Allah mendengar kan..saya pon lbh kurg ma Nia jgk, bila dah down sangat, kembali pada fitrah sebaiknya..Solat Dhuha dll..semoga lps ni dpt teruskan amalan yg baik2..InsyaAllah..

umie on 20 September 2012 at 08:08 said...

Alhamdulillah..tahniah nia..dengan izinNya..sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..telah tiba masanya..selamat menempuhi perjalanan dunia baru ye nia..

Bouncing and Cherubic on 20 September 2012 at 08:10 said...

Alhamdulillah, Congratulation..

Semoga ibu dan baby sihat sentiasa..

Little world on 22 September 2012 at 09:10 said...

Insyaallah--fikir yang positif.. AMin!

PutriesNoora on 1 October 2012 at 23:46 said...

inspired!tq nia=)

Unknown on 19 October 2012 at 23:04 said...

Salam dear,
im joanna a ttcian jugak. Congrats ats khamilan awak. Hepi je baca.. Awak, boleh tahu kt mne awwk bli NPC? Brand apa? Ada di farmasi ke? Thank you dear

Nia on 20 October 2012 at 04:49 said...

unfortunately NPC dah tak jual dah kat malaysia...maybe blh terus beli overseas kut...
http://www.vitasprings.com/progesterone-cream-tube-source-naturals.html

Unknown on 20 October 2012 at 16:56 said...

Oh thats the same thing i heard before.. Tq nia. Kalo nk bli direct oversea, i takde paypal susah juga. Takpela dear, i try tnye kwn yg studying oversea. Hopefully they can help.. Thanks a lot love

Nia on 20 October 2012 at 19:21 said...

mesti kena pakai paypal ke? rasanya pakai mastercard or visa pun ok kut...yg penting inform kat customer service bank tuh...gud luck ok dear...

Unknown on 13 February 2013 at 19:34 said...

hi sis..nk tnye la..consume shatavari tu time bl?period bole mkn x?

Nia on 20 February 2013 at 23:45 said...

masa period bole je makan...makan dua biji sehari...sy makan pagi n malam...

Unknown on 14 July 2013 at 05:18 said...

Salam... Congrats sebab dah pregnant.. Saya nak tanya... Clomid boleh makan skali dgn shatavari tak?? Saya dah 2 cycle makan shatavari tapi blom ade rezeki... Period delay sampai 13 hari tapi still x pregnant...

Nia on 20 July 2013 at 06:59 said...

rasanya tak bole...sebab fungsinya sama utk besarkan telur...

ashafina on 27 August 2013 at 23:49 said...

Salam sis...

Suatu masa dulu saya ikut blog sis masa tgh ttc.saya pun dh ttc dh nak masuk 3years plus..ive been diagnosed pcos since 2011..but after trials with clomid to get pregnant all failed n saya bertukar berjumpe dr. Adilah Ahmad..pakar di hospital pantai since late last year..dia run balik all the blood tests and came out im ok..my hormones levels are normal my eggs rwseved pun optimum..n she said i just have minor pco sindrom.

Well done 2 iuis with her and result werenot in my favour..last may done iui n all shud b fine as she said insyaallah...but its not my time yet..

Later im decided to postphone of focusing on being pregnant n startd acne treatmnt ngn klinik.tba2 i naik pimple pdhal b4this since in my teens i xpenah ada masalah jerawat pun..huhuhu...

N since raya til last week saya xsdp bdn,bdn mcm nk demam and appetite pun xde..n selalu letih..so saya decide jumpe doktor untuk cek condtn saya takut sakit lain..mmg period saya dh lewat sgt masa ni tapi saya cuba buat xkisah sb saya tau saya akn kecewa klu pkkan lebih2..

Allah is Great! Doktor scan saya pregnant 6weeks n 3upts suggested d same..Alhamdulillah...saya mcm xpercaya til nw...tapi saya cuba tidak terlalu excited..

Doakan saya dan baby sihat sepanjng perjalanan kami ini.by d way saya dh berkahwin 5tahun dan baru start mencuba selama 3tahun lebih...

Allahhuakbar....

Cik izah on 12 November 2013 at 01:32 said...

Hi, Boleh dapat e-mail awak?

nizie on 19 November 2013 at 03:40 said...

slm.blh mnt ur email? mine tiarah981@gmail.com

Unknown on 13 May 2014 at 22:45 said...

Awk..mkn shavatari yg mne 1 ekh?asparagus pnya ke?sy ase nk try jgk,sb dh 2thn lbh da kwen...huhu...epo naturalle awk mkn dgn shavatari hr ke bpe ekh?n pe function krim npc tue?cra pkai dya caner?

Unknown on 7 March 2016 at 17:13 said...

syukur dengan nikmat zuriat..
yang penting jangan mengalah dan terus berusaha sehingga berjaya.

saya juga turut berkongsi psl tiub fallopio tersumbat ni.

Tiub Fallopio Tersumbat? Jangan Risau, Anda Masih Boleh Hamil. | Diari Mama

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting