Thursday 2 February 2012

Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Posted by Nia at 01:56
Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Salam,

Buat kawan-kawanku yang masih menunggu, nukilan ini adalah untukmu.

Tergerak akak menulis di pagi ini lantaran ingin berkongsi cerita tentang hakikat kehidupan, tentang keingan seorang wanita yang inginkan zuriat demi untuk membahagiakan sekeping hati ini yang mendambakan kasih seorang anak.

Ketika akak berkahwin tanggal 1996 di sebuah hotel mewah, adat perkahwinan yang sungguh romantis menambat hati akak. Terharu sungguh  lantaran melangkah alam baru dari keselamatan dakapan bapaku kepada keselamatan dakapan suamiku.  Syukur.

Namun badai mengunjungiku ..... selama36 bulan, akak menunggu berita khabar zuriat tak kunjung tiba.  Setiap hari dirasakan satu muslihat. Setiap hari dirasakan satu kejauhan dari satu realiti yang tak kunjung tiba. Adakah akan terjadi kenyataan zuriat? apakah aku mampu digelar ibu.  Untuk lari dari kenyataan, akak tidak menyimpan apa-apa harapan, kecuali kepasrahan kepada ilahi. Hari-hari akak terasa berat.

Namun, ibuku yang tidak pernah kenal erti putus asa - beliau ibarat sentuhan dari langit - Allah maha pengasih menyemarakkan semangat ibuku untuk berjuang untukku.....untuk menolongku keluar dari kesedihanku. Meneruskan perjuanganku.

Beliaulah yang mempernalkan akak kepada Prof Hamid.

Teringat lagi, ibulah yang membawaku ke klinik prof. Daku yang kaku dan kebas di ruang tamu dikelilingi wanita mengandung serta gambar-gambar wanita mengandung merasakan sungguh jengkel.  Ibu menunjukkan gambar2 tersebut kepadaku dan menyatakan dengan yakin " tengoklah nini, satu hari, kamu akan membawa zuriat sama seperti mereka"... jauh di lubuk hatriku aku merasakan "tak mungkin"....

Hatiku luluh lantaran menunggu sekian lama dipelanting ke dalam kancah masyarakat yang tidak faham betapa sukarnya kita ini untuk hamil. Betapa sukarnya masyrakat menghukum dan mentertawakan insan seprti kami dan betapa mereka senang membuang anak-anak yang tidak berdosa. Daku merenung mata ibuku yang menyemarak......

Di ruang Doktor prof hamid tidak meng interbiu ku sebagaimana pesakit lain lantaran kehadiran ibuku..... tapi seorang yang sungguh cekap, beliau mampu menyelam kesedihanku, empati dan lagi mengenalpasti punca masalahku....

Prof Hamid mengatakan daku mengalami retrovetrted uterus .... BAgiku perkataan hanya terngiang-ngiang di telinga... tiada erti kepada perasaanku yang kebas.........

Beliau mencuba rawatan clomid.....3 pusingan.

Ubat itu daku bawa balik.... diriku yang jahil .... lantas mengabaikan nasihat Doktor membiarkan sahaja .... dan tenggelam dalam kesedihanku.....

Akak membuat ujian xray sebagaimana disarankan---- Dr Mohan menakutkan akak sehingga ditengking herdik sebeluma kak disuntik cecair masuk ke dalam rahim. Keputusannya para fimbrial cysts....

Akhirnya ---- akak kembali berjumpa prof, dan beliau mencadangkan pembedahan membetulkan kedudukan rahim.
Akak bersetuju.

Buat akak , mungkin malam akak dibedah akak tak mungkin bangun selama-lamanya...terlintas di fikiran, apakah aku akan hidup? apakah akan berhasil? wallahualam---- yang jelas akak sudah kebas dengan kesakitan kebas dengan tertawaan orang.... lali.

Bangun dari bius ----- terasa seperti satu saat sahaja akak tidur, badan akak menggelupur kesejukkan..... dan akak disorong ke bilik.

Bila prof masuk prof menyatakan akak mengidap mild endometriosis. Dia berpesan cubalah masa bulan puasa, selepas sebulan pantang. Insyaallah berkat..... jauh di sudut hati akak akak masih tidak mengharap. Hati yang mati ini..... tidak mengharap.

Allah sahaja yang memahami. Dan akak tidak pernah menyalahkan Allah. Cuma akak terkilan dengan sikap sesetengah orang yang suka berdabik dada dan berbangga dengan bahagian mereka . Tahukah ini sekadar ujian yang dikenakan Allah kepada insan ini. Tidak! sebaliknya mereka lupa dan alpa.... dan berbangga pula. Tapi hati ini sedar.... sedar semuanya akan pulang kepada ilahi. Ujian ini mengajarku erti kerendahan hati ini yang kudus....memahami erti kebesaran ilahi.

Sebagaiman disarankan Prof akak berusaha sebagaimana dicadangkan...... Tiada akak menyimpan apa-apa pun harapan kecuali kepasrahan. Biarlah Allah menentukan apa yang terbaik untukku.

Sebulan selepas berpuasa...... tiba masanya haid akak patut menjelma.... Akak menunggu dengan sabar.  Haid akak selalunya lewat.... jadi akak tidak pernah merasa akan positif upt akak......

Akak berjalan ke klinik berdekatan untuk mengetahui status ??

Di klinik tersebut akak menjalani ujian kehamilan dan dua garisan timbul. Doktor mengukir senyuman dan gembira "anda hamil" dengan perasaan penuh makna... akak pula yang tak percaya sehingga tiada perasaan keluar. Mungkin terlalu kebas dengan kegagalan bila sudah menjadi kenyataan akak tidak mampu bergembira.

Keluar dari klinik akak memanggil papa " Papa! papa , nini kena panggil datuk, dan bukannya papa"..... papaku yang memberiku dengan penuh kasih sayang kepada suamiku sewaktu perkahwinanku dahulu..... mengucapkan tahniah...........papaku.....mamaku aku mampu memberi zuriat menyambung warisanmu di dunia yang fana ini... biarlah mereka terdiri dari anak yang soleh.

Akhirnya..... berakhirlah perjuangankku yang tak seberapa ini...... tanpa  semangat dan kepercayaan ibu-bapaku dan suamiku...... tanpa pertolongan dan petunjuk ilahi...... tanpa mereka ini dalam hidupku..... aku tak mungkin di sini di samping dua cahaya mata yang sihat ... daku bersyukur..... bersyukur kerana perjuangan yang lepas mengajarku erti empati, erti penderitaan dan erti perkataan jangan putus asa........ erti rendah diri erti kehidupan, oh daku tidak dapat mencari dengan wang ringgit pengalaman yang begitu bermakna ini dan kini tiada kekesalan kecuali --- rasa kesal kerana tidak bersabar dan berusaha sekuat perjuangan ibuku dahulu.

Kini sebagai seorang ibu, daku berusaha sekuat ibu untuk tidak berputus asa....ujian bertukat ganti... tapi hati ini gembira... gembira kerana Allah mengasihaniku dengan memberiku ujian sebegini.

8 comments:

me on 2 February 2012 at 02:11 said...

sedihnye bace...

eja on 2 February 2012 at 02:23 said...

me pun sedih jugak :-(
dapat menyelami perasaan beliau

yannie bunny on 2 February 2012 at 02:55 said...
This comment has been removed by the author.
yannie bunny on 2 February 2012 at 04:12 said...

sori td tersilap org. hehe. mntak ampun

nia, ni kak nini mana eh? blh bg link blog dia? tringin nk baca ;)

~ JD on 2 February 2012 at 05:45 said...

susah skit nk baca blog nie :(
ada iklan yg block every entry. ker kalau pakai chrome mmg camtuh eh..

sedih baca kisah nie.

Nia on 2 February 2012 at 06:58 said...

ieza dan siti: memang sedih, berkat kesabaran beliau akhirnya beroleh juga cahayamata yang dinanti...

yannie bunny: hehe...kak nini ni ada jek kat FB. Search je Nini Hadi, mesti jumpa. Seronok sebab dia selalu bagi semangat kat ttcian cam kita ni...

JD: iklan ape ek? erm saya tak pernah pakai chrome, biasa pakai firefox ok je...:)

sweet tooth on 2 February 2012 at 07:44 said...

sebak rasa nia...
JD, kalo pakai selain firefox jadik gitu kot. I x leh tgk blog nia kat my tablet (guna safari). Tapi guna firefox kat lappy ok jer...

mahujadiibu on 3 February 2012 at 03:26 said...

sedih..huhu

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting