Saturday 15 October 2011

Luahan insan yang menanti zuriat

Posted by Nia at 23:24
Saya demam, sudah empat hari demam panas tanpa ke klinik. Saya ingatkan lepas panas kebah saya akan sihat, tapi rupanya berjangkit pula dengan selesema dan batuk, agak teruk kali ni. Saya jarang demam, hujan lebat saya redah pun ok je, tapi kali ni memang antibodi saya lemah.

Sebenarnya saya tidak merancang untuk menulis kerana ketiadaan idea untuk menulis, memandangkan saya juga sibuk untuk menyiapkan beberapa extended abstract yang perlu disubmit beberapa hari lagi. Namun, saya rasa saya tersmash bila mendengar berita gembira kawan saya yang baru kahwin bulan 6 aritu yang isteri dia dah mula uwek-uwek. Dah la kawan saya tu adalah kawan juga kepada suami saya (kami sama kelas semasa diploma). Zara tak ada pula inform pada saya pasal ni, of course mesti dia tau sebab diorang rajin keep in touch dengan geng2 lain. Cuma saya saja yang menyepi dan menyendiri.

Sedih juga saya memikirkan zara, sorang demi sorang kawan dia kahwin, dan bakal dapat baby. Tapi saya bersyukur yang dia tak pernah mengeluh dan menyalahkan saya kerana ketidakupayaan saya untuk memberikannya zuriat yang InsyaAllah dapat memeriahkan kehidupan kami suami isteri. Kadang-kadang saya risau dengan penerimaan kawan-kawan kami yang secara indirectly mentertawakan kami, setiap kali isteri dia mengandung setiap kali itulah menghubungi saya dan bertanyakan saya sudah berisi ke belum. Habis gambar anak-anak dia tagkan kepada saya dan saya terus untag. Kenapalah dia masih tak faham-faham yang saya tak selesa dengan semua ini? Saya inginkan kekuatan ya Allah. Saya sayangkan zara dan saya ingin berikan dia kebahagiaan itu, tapi saya belum mampu.

Saya rasa satu sahaja ubat saya - SIBUK. Bila saya sibuk dengan kerja saya akan lupakan pasal masalah infertility saya ni. Tapi, bila isu pasal ini dah terkeluar (berita org preggy, saya kena smash), mulalah saya meroyan tak tentu pasal. Tapi pastinya saya tidak akan meroyan di hadapan zara karang boring pula dia duk memujuk saya saja.

Semoga saya terus diberikan kekuatan. Amin...

p/s: saya duk muntah-muntah saja, perut rasa bloating, suhu pun tinggi (padahal demam), so saja buat pregnancy test (dah 2 tahun saya beli tapi tak penah guna), namun hasilnya satu line sahaja...huhuhu

5 comments:

A*nY on 16 October 2011 at 01:48 said...

ermm...kdg2 sy pon rase nak lari dari org lain, hanya kerana tiada zuriat!

Nia bekerja?
Erm, ada alasan nak BZ kan,
saya lg teruk hanya memerap dirumah!
huhuuuuuuu.....

sabarla Nia, (utk saya juga)
kita masih ada sahabat yang sama2 diUji...=)))

illa on 16 October 2011 at 04:10 said...

Salam kenal..bersabar la..itu saja yg mampu kita ucapkan..semuanya yg terjadi ada hikmahnya..setiap kekurangan pasti ada kelebihan..percayala...Saya dah 5 tahun kahwin..dah jadi lali bile ada yg menyindir..biler org tanya ckp jer insyaallah..xpun suruh jer org tu doakan..

Kuatkan semangat..teruskan mencuba..saya puntak putus harap lg...insyaallah..:)

Zuriat Impian@Ahkak ZI on 16 October 2011 at 07:03 said...

Akak ni lagi dah 8 tahun kahwin x de anak.
Masa awal2 dulu mmg sedih gila2.
Bila period je nangis.
Tapi sekarang Alhamdulillah, pelan2 dah dapat terima ujian Allah ni dgn lebih tenang.
Sekarang umur dah ujung2 ni lebih dekatkan diri pada Yg Maha Esa.

Pada akak tu je la cara yg terbaik.
Pada yg kepochi bertanya tu, kita kesian je la kat diorang tu sbb tanya soalan bodoh. Kang ckp mcm org tak beriman lak sbb lupa pd qada' dan qadar Allah marah lak he..he.. entahlah manusia dik.

MYA EL QAYREENA AZRYAN on 18 October 2011 at 19:07 said...

bersabar laaa wahai hati...allh menguji hambanye yang benar2x boleh di uji...tandanye allah sayangkan kite... carilaaa info yang banyak dapat menghasilkan sesuatu yg positiv...

Nia on 22 October 2011 at 22:24 said...

dear all: nasib baik la saya pun duk sibuk2 dengan study, tak adalah duk terfikir-fikir saja dengan isu anak ni. Sekarang ni syukurlah saya dah jarang la disindir atau terasa, cuma bila ada kawan yang suka menunjuk2 anak dia yang membuatkan saya geram juga. Kesian juga dengan hubby...cuma nasib baik dia tak salahkan saya. Harap-harap tak lama lagi penantian ini akan berakhir. Amin...

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting