Wednesday 26 October 2011

Isu kerja, period dan emosi

Posted by Nia at 19:08
Mukadimah dulu, ehem...assalammualaikum semua. Lama rasanya saya tidak menghapdet blog ni. Bukan apa, rasanya tiada berita yang memberangsangkan yang boleh saya tulis. Cuma menjalani kehidupan seharian, awal pagi pegi lab sampai ke malam, sampai rumah, penat dan terus tidur...Begitulah rutin hidup saya...

Tapi bila dah duduk lab tu, kan sejuk, dan kerusi yang ada tu kecik je, nak pusing-pusing pun rasa tak best. Saya selalu terasa sakit tengkuk dan belakang badan terasa tegang bila duduk di lab, at last saya hampar tikar dan baring di bawah....masa tu terasa lega sangat...Berbanding jika saya di rumah, kerusi saya sangat selesa. Besar dan saya boleh bersandar ke belakang. So, sebab itulah kadang-kadang saya buat kerja di rumah sahaja. Broadband pun ada, cuma bila saya nak access journal tu kenalah juga datang lab.

Kedudukan lab saya tinggi, di tingkat 4. Yang jadi susahnya, kalau nak pergi toilet, nak ambik wudhu ke ata nak ehem ehem kena turun ke bangunan lain untuk ke toilet. Di bangunan saya ni, toilet semua adalah toilet staff. Kadang-kadang saya main redah je kalau nak ke toilet, tapi nanti adalah suara-suara sumbang, tak bagi student masuk toilet tu. Bilik solat apatah lagi, semua untuk staff, tak pe la pun kitorang amik la initiative utk buat satu corner kat lab tu untuk jadi tempat solat. Nak makan pun nak kena menapak dan keluar dalam sejam macam tu, ye la, dengan makan n berborak-borak lagi, dah habis sejam dah...

Bila kat umah ni, semuanya jadi mudah. Saya buat satu bilik jadi office saya, memang terasa sangat suasana belajar. Toilet, nak solat dan makan pun senang. Tak payah la nak ambil masa 30 minit untuk pergi dan balik semata-mata untuk tujuan tersebut. Jimat masa. Bila kepala terasa penat boleh terus baring di bilik. Hah, sebab itulah kadang-kadang saya prefer untuk buat kerja di rumah. TV? Memang saya tak bukak langsung tv untuk keep on momentum saya buat kerja. Kadang-kadang saya rasakan saya lebih effective lagi buat kerja di rumah berbanding di lab...hahah...alasan nak buat kerja di rumah la ni.

Ehhh...sori guys, bila dah menulis ni panjang pula mukadimahnya....hehhehe...saya sebenarnya nak bercerita pasal period saya. Period saya kali ni ada 2 hari saja, lepas tu vanished, dah hilang, takde. Kenapa eh? Untuk pengetahuan, saya ada la beli pad herba. Kawan-kawan saya yang pakai pad herba tu bagitau, period diorang sangat lancar sampai keluar benda-benda hitam (benda kotor), sebab herba tersebut menyerap ke dalam untuk membuat benda-benda yang mungkin tersumbat di dalam. Lepas tu, seorang tu bagitau selalu rasa senggugut bila period, tapi bila pakai pad herba tu, senggugut tu dah hilang. Entahlah, saya rasa badan saya memang dah imun dengan semua benda-benda healing ni.

Semalam saya keluar ke Sogo. Sebelum ni, saya memang tak boleh tengok budak kecil. Saya palingkan terus wajah saya ke tempat lain, sebabnya saya akan terus merasa amat sedih. Ah...pilunya terasa di hati bila melihat bapa-bapa muda mengangkat anak masing-masing...Bila toleh kat zara, lagi la terasa kesian sebab saya tidak mampu lagi memberikan baby yang diidamkan selama ini. Terfikir pula, kalau dia kawin dengan si anu anu mesti dah ada baby tak? hah...sampai ke situ sekali saya fikirkan...Tapi sekarang ni, semacam ada kekuatan yang datang dalam diri. Saya dah boleh tengok baby dan tak punya perasaan tersebut. Saya rasa tenang je, rasanya dah boleh menerima yang mungkin ada sebab kenapa kami masih lagi berdua. Cuma, rasa bersalah dengan zara masih lagi bersarang di hati, cuma tidak lagi teruk seperti dulu.

Kawan-kawan, saya kena pergi dulu. Task yang saya kena buat tu belum lagi pun start...Semalam pening juga nak memahami satu method ni...Ok la, nanti jumpa lagi ok

6 comments:

Deeeee on 27 October 2011 at 05:38 said...

Salam Nia,

Dayah jalan-jalan cari tentang ovarian cyst dan terjumpa dalam blog awk. Tq share.

Jgn putus asa ya dear.
InsyaAllah, masanya pasti muncul.
Teruskan berusaha.

Saya ada kawan yang rasa di tidak mampu, tapi ternyata Allah itu ada rahsianya yang kita makhluk tidak mampu meramal. Teruskan berusaha dan tawakal. InsyaAllah.

Begitu juga saya, terus mencari destinasi saya, walau kadang-kadang kita rapuh dengan perasaan sendiri. Saya yakin suami Nia mesti sangat memahami.

Keep in touch ya^^

eja on 29 October 2011 at 00:28 said...

nia, awak buat master dalam ape eh?..

Nia on 29 October 2011 at 01:32 said...

dayah: saya sebenarnya tidak kuat di dalam, sangat fragile, tapi kadang-kadang kena tunjuk depan orang yang kita ni kuat. Sekarang masih lagi berusaha untuk mendapatkan kekuatan dari dalam.

siti: saya buat phd...bidang meteorology + remote sensing...sangat susah sebab kena study + ttc...uhuhu

eja on 30 October 2011 at 22:52 said...

Yeke?..wah, respectnya saya kat awak Nia..dalam kepayahan menyambung phd, ttc lagi..saya doakan semua urusan harian awak dipermudahkan ALLAH...amin...Kuatkan semangat ek..

Nia on 31 October 2011 at 17:44 said...

siti: nak buat macammana, tanggungjawab kena jalankan, keinginan dan kemahuan setiap pasangan yang berkahwin pun kena tunaikan...mahu tak mahu memang kena devide kepada ni into two...huhuhu

JayFarhana on 1 November 2011 at 00:24 said...

nia nia, awak pkai pad herba Avail ke? sy penah pakai dulu. mmg elok kan cume sbb period mmg tak betol, katenye benda tu boleh induce period...hm takde pun. last2 ubat gak yg kasi die kuar. tapi pad tu mmg elok utk kesihatan rahim.

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting