Thursday 5 January 2012

19 hari lepas laps

Posted by Nia at 18:50
Hari ini 6 Jan 2012, 19 hari sudah berlalu selepas buat Laps Ovarian Drilling. Luka pun dah sembuh, dah start sambung buat kerja macam biasa, cuma elakkan saja benda-benda berat. 10 hari selepas surgery dah berjumpa dengan Dr, dia berikan 2 cycle clomid dan minyak kesuburan untuk the next cycle. Saya masih lagi menunggu period yang seterusnya...saya musykil juga sebab sepatutnya hormon dah stabil la kan lepas buat surgery ni? Hehe, bukan ape, tak sabar nak period nak makan clomid untuk cycle tersebut...

Permulaan seminggu lepas surgery tu rasa macam Puan Besar aje kat umah, hubby basuh kain (ala..pakai washing machine jek), masak, kemas rumah, basuh pinggan...hehe...saya tengok tv jek keje...hehe...ni yang buat lagi sayang kat hubbyku ini...awal pagi pun dah bangun, masakkan makanan untuk saya makan tengahari nanti...seronok juga tengok...tapi dah lepas seminggu tu saya dah boleh masak sendiri dah...

Sebenarnya saya risau juga, masa 10 hari lepas laps tu, Dr kata dah boleh bersama...bila tengok luka kat peyut tu, katanya luka saya dah sembuh. So dah boleh bersama, katanya...Abis dah bila Dr kata macam tu, hubby pun mengajak la...sebenarnya bukannya s***p pun, rasa ngilu la...sori eh...sebenarnya cite pasal ni bukan ape, risau la kan di dalam tu tak sembuh lagi sepenuhnya...harap-harap yang dah penah wat laps tu boleh jawabkan???

Dr tak bagi makan pati ikan haruan dan gamat tu kerana bimbang ada reaksi negatif nanti timbul kat bahagian pembedahan tu, tapi ikan haruan tak pe. Carik kat pasar borong pun tak nampak batang hidung ikan haruan tu...huhu...So mencarilah hubby ni ikan haruan, post kat wall FB die, dah rezeki agaknya, malam tu jugak kawan dia bawa ikan haruan dari Puchong. Katanya ada kawan yang pelihara ikan ini, hidup lagi tu. Besau...reganya RM20. Awal pagi keesokkannya hubby pun menamatkan riwayat ikan tersebut...first time mengelar ikan tu, dah habis penggal kepala dia pun badannya still tergodek-godek lagi eh? Erm...tak boleh kesian kan, kita nak makan untuk ubat...At last, sekarang ni setiap hari saya akan merebus ikan ni. Sedap jugak, lembut isi dia...

Next week kami akan ke Bandung...Bukannya lebih ke arah nak shopping pun, nak berehat jek...Tiket ni beli pun awal tahun lepas, RM250 dua orang pergi balik sekali dengan 2 luggage besar. Memang untunglah... Cuma saya bawa diri je la, hubby la tukang mengangkat luggage...rasanya masa tu belum lagi sampai sebulan pas surgery, so kena jugak jaga...Sebenarnya sepanjang tahun ni saya agak sibuk dengan travel...dengan umrahnya lagi bulan 3 ni...dengan conference kat Itali (InsyaAllah) lagi bulan 5 dan bercuti ke Bali hujung bulan 5 juga...dengan study saya lagi...harap-harap segalanya dipermudahkan... Amin...

7 comments:

Anonymous said...

Salam
ikan haruan tu baik untuk sembuhkan luka dalam. betul cakap awak..saya pun still fobia nak bersama lepas keguguran ni

Nia on 5 January 2012 at 20:51 said...

Shara, masa awak keguguran hari tu ada buat d & c tak? Dr bagi bersama lepas berapa lama lepas keguguran ye? Thanks ya...

Anonymous said...

Salam Nia..
Saya tak buat d&C...sbb janin kuar sendiri. lepas bleeding n sakit perot yg teramat. Bila doc scan dah clear kata nya..xperlu d&c.doc ckp ada luka skit sbb janin tu dah berbentuk daging..doc advised bersama lepas 40hari walaupun darah kering lebih awal. so hold dulu lah nest plan nye..huhuh

ILY on 5 January 2012 at 22:59 said...

Hi, dear. Takpelaa. Rest dulu puas2 ok. Bestnya asyik travel jek. Hehe. Tp jaga diri jugak yer. Hopefully, tahun 2012 nih mendatangkan kebaikan kepada Shara :)

Nia on 5 January 2012 at 23:49 said...

shara, sabar banyak-banyak ok...InsyaAllah, dah penah mengandung so lepas ni mesti dapat...

ily, hi dear...itulah nak berehat puas2 tapi kena kacau jek selalu cemana? hehe...awak pun kuatkan semangat ok...

sweet tooth on 6 January 2012 at 07:18 said...

Nia, i buat d&c during my last laparascopy. I think after 2weeks plus i dh ber BD. Hehehhehe.... But may b i d&c bukan sebab gugur. And my laparascooy x buat ovarian drilling. Tu yang ok kot...

Nia on 7 January 2012 at 06:38 said...

sweet tooth, Dr ada bagitau proses d&c tu adalah dia kikis tisu rahim kita supaya memudahkan sperm tu lalu ikut pintu tu...bila dengar jek jadi ngilu kan...rasanya skg ni dah ok kut cuma tadi pegi kat mid valley, terasa penat sangat...kat ari2 rasa berdenyut2 jek...

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting