Sunday, 15 January 2012

Menanti cycle 1

Posted by Nia at 20:24
Sejak saya operate pada 19 Dec 2011 lepas, saya masih lagi belum didatangi period. Nampaknya cycle saya kali ni akan berakhir dan mengikut graf yang saya letakkan ni, kemungkinan saya akan didatangi period esok rasanya. Sedih juga tapi nampaknya cycle seterusnya saya akan gunakan clomid dan minyak castar yang dibekalkan oleh Dr.


Pada 27 Dec, saya perasan saya ada mengeluarkan white egg, benda tu selalunya berwarna jernih, memanjang dan tak terputus. Terdetik juga di hati, saya tengah ovulatekah? Lepas tu terus ke Guardian untuk membeli fertility test, erm...tengok je harganya mak oi mahal. So tak jadik la beli. Lagipun saya tak sure masa tu waktu subur sebab saya period pun dah lama, last period pun 15Dec. Yang tanda merah pada CD12 tu  menunjukkan saya dah ovulate. So, sepatutnya bersama adalah CD12-CD6 la gitu. Walaupun ada 3x bersama dalam tempoh waktu tu, bila tengok jek suhu menjunam turun maknanya cycle kali ni gagal lagi...huhuhu...

Dalam masa yang sama, sebenarnya saya merasa happy juga memandangkan saya tidak perlu lagi sakit kepala menunggu period, seperti waktu-waktu sebelum saya operate. Tak apa la, think positive jek, mungkin rezeki saya pada next cycle.

P/S Baru ke toilet tadi. Nampaknya hari inilah bermulanya CD1 saya.
__________________________________________________________________________________

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan TAHNIAH saya ucapkan kepada nakpregnant, akhirnya telah disahkan mengandung...Syukur Alhamdulillah. Lepas ni jaga kesihatan ok. Benar katanya, bila sampai masa, Allah akan beri jua.

2 comments:

Siti on 16 January 2012 at 00:32 said...

Nia, sy juga tengah menunggu cycle baru ni lepas stop spotting sebab ambil diane...nervous pulak, sebab mengharapkan cycle datang tepat pada jangkaan doktor huhu :-)

Nia on 16 January 2012 at 00:43 said...

siti, nampaknya cycle saya dah tiba hari ini. Sedih bercampur gembira. Sedih sebab cycle sebelum ni tak jadik, gembira sebab period datang juga. Semoga lepas ni biarlah period datang on time. Kalau tak datang pun biarlah tak datang atas sebab yang positive kan....

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting