Thursday 19 January 2012

Tumpang bersedih...

Posted by Nia at 23:41
Sebelum ini, saya dan sorang akak W, sama-sama menjalankan treatment kat L***N. Sejak dia tau saja saya pun bertreatment di sana, kami selalu bersms dan saling bermessage di fb berbincang mengenai treatment yang kami jalankan. Dia bertanyakan saya bagaimana usaha saya dan begitu juga dengan saya. It ends up last year, masing-masing senyap jek, selepas IUI kali ke 3 gagal dan satu-satunya IUI yang saya jalani gagal, kami sama-sama berehat. Berehat bukan maksudnya tak berbuat apa-apa tapi segala ubat macam homeopati, bidadari, amazing, serbuk kurma juga saya amalkan. Satu lagi, maajun pun saya makan juga, atas nasihat ibu saya...huhuhu...

Dalam bulan lepas, saya mengetahui yang kak W telah pun mengandung selepas menjalani IUI kali ke 4. Itu pun saya ketahui secara kebetulan lepas saya mengintai fbnya...hehe...saya tumpang happy sama, syukurlah dia berjaya mendapat hadiah istimewa sempena tahun baru.

Namun tadi, dia mesej saya semula bertanyakan apa treatment yang telah saya buat. Dalam hati saya, erm...mungkin dia nak bagitau yang dia dah berjaya preggy, of courselah saya tumpang gembira...tapi sebaliknya, dia memberitahu saya yang kandungannya yang sepatutnya 3 bulan cuma nampak kantung jek dan ukuran cuma 4 minggu, baby masih tak nampak. So maksudnya dia missed abortion dan Dr suggest supaya dnc dibuat. Dr bagi lagi masa supaya kantung tu gugur sendiri. Sedihnya...

0 comments:

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting