Saturday 17 December 2011

Tomorrow is The Day!!!

Posted by Nia at 17:53
Petang ni saya akan bertolak ke Hospital Pantai untuk meneruskan agenda ttc saya seterusnya; saya pun tidak pasti apa yang saya perlu bawa ke sana. Sebelum ni saya rasa biasa sahaja sebab sibuk dengan urusan study saya, hari ini baru perasaan berdebar-debar tu datang.

Result HSG test saya : Blockage at the right side of tube, loculated spill at the left (sedih kan…sebelah dah tak boleh pakai, sebelah pula separuh saja ok. Mana tak nya sperm susah nak carik kawan dia…asik-asik gostan saja, xdapat maju ke depan…'

Ovari: selain itu, saya telah diconfirm ada PCOS…erm…lagi la buat hati saya sedih sangat…Telur saya tu kecik-kecik tapi xnak beso…sumenya disebabkan oleh insulin badan saya yang tinggi…yang mana jika dibiarkan, ia boleh leads to diebetes tahap 2…tapi tu la, selalunya kita dengar orang obese saja yang ada diebetes tu, ni saya yang kurus ni pun kena juga…

Kalau nak diikutkan, sudah beberapa tempat saya berubat. Actually sejak tahun pertama perkahwinan, seorang Dr tu sudah suggest saya untuk melakukan pembedahan. Tapi oleh kerana saya tak tahu apa-apa lagi pasal GL dan insurans ni, Dr tersebut telah mengesyorkan saya ke PP*M. BIla dah sampai P**M, saya beritahu yang saya kena membuat laps, tapi Dr tersebut tidak mengiyakan. Sudahlah steps banyak dan ambil masa yang lama untuk beratur, even saya ke sana since pukul 6 am, pukul 12 baru dapat berjumpa Dr. Lepas tu ke L***N pula, selama 3 bulan berturut-turut asyik makan clomid saja kerjanya, sebab telur saya teroverstimulated la, terkecik la...At last, bila telur-telur matang,  Dr suggest untuk buat IUI, namun masih failed. Nak bercantum macammana? Tube saya problem, buatla clomid berapa kali pun mesti tak dapat punya.... Selepas failed IUI inilah, saya ambil masa setahun lebih untuk berehat, penat asik cucuk2 perut, ditambah pula dengan emo memanjang. Dalam waktu ini, macam-macam saya try, lumiglow, bidadari, amazing, berurut, hemopathi,dan beberapa lagi produk yang saya dah lupa namanya.


Saya teringat lagi, bila request Dr di L***N untuk unblocked tube, dia kata memang tak ada solution untuk betulkan tube. Sebelah kan loculated spill, dia kata ada macam lubang di bawah area tube, sebab tu cecair tu tak banyak bergerak keluar dari tube. So meaning, dia kata tube kiri saya takde masalah.

Tapi dalam dua bulan lepas, saya cuba bertanyakan  Kak Nini, dia kata loculated spill tu adalah disebabkan oleh kemungkinan ia adalah separa tersumbat disebabkan adhesions mahupun infection…dan treatment adalah tubal repair…la…patutla iui saya tak jadik aritu…huhuhu...kemudian, saya pujuk si dia ke Klinik Hamid Arsyat, dan Dr tersebut terus suggest supaya saya dibedah terus. Untuk preparation, saya dah masuk insurans sejak setahun lepas untuk tujuan ini.


Pelbagai rintangan saya hadapi untuk ttc ni. At last, this is the day. Saya harap, kawan-kawan turut mendoakan kejayaan surgery saya esok.

8 comments:

sweet tooth on 17 December 2011 at 18:44 said...

Nia, Insya-Allah... I doakan semua berjalan lancar. U bawak la baju t shirt n kain batik untuk pakai lps operation. Lps admitted mmg dia bg baju untuk masuk operation theatre. Tapi lps operation tu, x de plak dia bg baju hospital. Lagipun baju dia jenis pakai buang... Toiletries jgn lupa bwk... Selipar nk pi toilet jugak... And bawak bahan bacaan or laptop... Bosan gila tau dok hospital ni... Tapi food dia mmg superb! Hehhehe...Bawak baju extra just in case dr tahan wad more than sehari semalam. Apa pun, just think positive ya! Good luck dear...

Raudhah on 17 December 2011 at 19:14 said...

saya doakan untuk awak :)
Allah Maha Penyayang...

~ JD on 17 December 2011 at 23:57 said...

gudluck nia.
sy doakan awak.
moga semua jalan lancar :)

yannie bunny on 18 December 2011 at 06:59 said...

Good luck Nia!
sy takut nk operate la sy try akupuntur ni dulu. Agak penakut sy ni. hehehe. Insyallah nnt bila suma dh di repair, chances pn jadik tggi la kn? All the best Nia ;)

eja on 18 December 2011 at 19:20 said...

Nia, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan awak ni..AMIN...

eimma's on 18 December 2011 at 21:13 said...

good..kita semua mendoakan yang terbaik

Nia on 20 December 2011 at 03:07 said...

sweet tooth: thanks di atas details benda-benda yang perlu dibawa bersama ke hospital. Al-maklumlah ni first time la warded, semoga segalanya dipermudahkan selepas ini.

raudhah, JD, yannie, siti, eimma : thanks di atas doa kalian semua :)

cheq sue dieyha on 29 December 2011 at 21:50 said...

nia,insyallah pasti ada rezeki 2012 nanti.amin..

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting