Salam kawan-kawan, terasa lama tak datang menjenguk blog...kekadang jenguk-jenguk gak blog-blog ttcian, mana yang sempat komen tu saya akan komen la...Satu lagi, tak ada progress dalam usaha mendapat O...ni salah satu sebab tak ada update...huhuhu...
Hari ni hari Khamis, hari Selasa depan, saya akan berangkat menunaikan umrah. Syukur alhamdulillah sebab Allah sudah memberikan kesempatan ini kepada saya untuk melawat rumahNya...Tidak terbayang sebenarnya yang saya bakal menjejakkan kaki ke sana. Cuma saya rasa niat tu yang penting. Bila niat dah ada, jadi rezeki untuk ke sana tu akan dibukakan olehNya.
Ini jugalah salah satu sebab yang menyebabkan saya jarang bersiaran di sini. Sibuk dengan writing, siapkan analisis supaya di sana nanti tidak terfikir-fikir. Kalau boleh nak selesaikan semua masalah di sini. Mungkin ada juga yang tak setel lagi..Tak apa la..InsyaAllah, jika saya masih diberikan kesempatan saya akan setelkan...
Nak cerita pasal kisah ttc saya pula. Nampaknya O yang saya pernah cerita sebelum ni adalah bukan O pun. Garisan O kat Fertility Friend tu hilang lepas saya masukkan data terakhir. Sekarang dah CD24, entah-entah O saya di tanah suci kut. Tapi mana boleh BD sewenang-wenangnya kat sana kan...Adalah masa dia dibolehkan. Mula-mula saya ingat lepas tahallul pertama tu dah boleh BD, rupanya masih tidak dibolehkan lagi. Sebab takut umrah pertama tu ada lagi benda-benda yang belum setel, so better lepas tahallul kedua dan bila betul2 dah confirm tu barulah ok. Umrah pertama tu yang wajib, kalau umrah pertama dah betul-betul complete, maka umrah kedua dan seterusnya adalah umrah sunat. Wah...kena baca balik juga takut ada benda yang tak betul ni...
Berbalik kepada cerita O saya tadi. Chart saya boleh rujuk di sini, kan dah hilang. Tadi hubby suruh ehem ehem...tapi saya kata better tunggu period dulu, lepas tu dia kata, taknak period la, nak terus pregnant....alahai suamiku. Kalau boleh dari sebulan kita kahwin saya dah bersedia untuk pregnent. Apakan daya bukannya kita yang menentukan...
Ok la kawan-kawan, saya perlu terus menulis lagi, masih lagi meneruskan misi yang tak habis-habis ni. Lepas ni nak ke Mid Valley lak nak tukar duit...Oh ya, sekiranya ada di antara kawan-kawan yang ingin mengirim doa boleh emailkan kat saya ok - niazara254@gmail.com
Happy Beday Sweetie
1 day ago
3 comments:
Nia..
Selamat beribadat..
selamat beribadat ye nia :)
Selamat menunaikan umrah..
Doakan kami semua ya..
Post a Comment