Thursday 19 April 2012

Melankolia lepas period

Posted by Nia at 08:04
Saya cuba untuk berlagak cool selepas kedatangan period semalam. Saya senyum, happy dan dapat juga bersosial dengan kawan-kawan dan membuat kerja saya dengan tenang. Saya juga berjaya untuk memotivasikan diri ini...yang penting inisiatif untuk berbaby dan doa juga saya panjatkan, semoga dipermudahkan olehNya...

Namun malam ni saya gagal, selepas perbualan pendek dengan hubby tadi.

Dia mengeluh.
Saya: 'Kenapa syg?'
Hubby: 'Abang risau. Mungkinkah pasal tak p*nc*t dalam-dalam? **** tak cukup p*njan* ke?'
Saya: 'Abang janganlah fikir yang bukan-bukan. Kita usaha. Ayang tak mo abang give up.'
Hubby: Kita ni berhabis duit sudah. Wife si Lu*ma* pun dah pregnant dah.
Saya terdiam kemudian air mata terus meleleh keluar...Tak tahan, saya masuk bilik sambung balik...Huhuhu...

Saya sebak dan sedih dengan perbualan kami tadi. Saya tak rasa dia benar2 risaukan dia yang bermasalah. Sebenarnya dia tau je saya yang bermasalah, tapi dia tak mau tunjuk...Saya juga tak mo dia salahkan diri saya juga. Saya tak mau sakit macam ni...Saya pun tak mau masalah ni...Tapi bukan saya yang minta jadi macam ni.

Saya juga jadi tak tahan bila dia compare dengan wife kawan dia tu. Diorang baru kahwin dalam bulan Jan kut macam tu...Tadi, sempat saya terfikir benda yang menyimpang jauh...kalau saya tak kahwin sudah tentu masalah ni tak berkubang dalam kotak pemikiran saya...Bagaimana kalau dia kahwin lain? Berzuriatkah dia? Tetiba terfikir nak berc**ai...Saya tak mau, tak sanggup...Saya sayang dia.

Dia masih lagi sibuk di ruang tamu tu tekun menonton bola sementelah isterinya ini menangisi nasib diri. Nampak sangat dia macam tak hiraukan saya...Entahlah, disebabkan ini, self esteem saya dah jatuh. Belajar setinggi mana pun saya, gaji besar macammana pun, keluar negara berapa kalipun...berkoyan2 duit dalam ASB pun terasa tak guna kerana tidak berzuriat.

Saya berdoa semoga saya dan dia diberikan kesabaran sementara menanti zuriat dan dipermudahkan olehNya...Perkenankanlah ya Allah...

Terasa berdosa pula menulis seperti ini di sini...

10 comments:

sweet tooth on 19 April 2012 at 08:51 said...

Salam Nia... Stay strong dear... Believe that Allah has a better plan for you. I'm sure ur hubby x de niat nak guriskan hati Nia. Banyakkan bersabar yer... and keep positive thinking :-)

Anonymous said...

samalah..
pernah gak fikir pasal cerai. tapi isgtifar banyak-banyak...
syaitan memang suka memporak perandakan kita...

Unknown on 19 April 2012 at 16:22 said...

Nia,

Saya selalu terpikir2..aper la takdir kita seterusnya??

Pikir nak bercerai suruh dia kawin lagi tu belum terdetik lagi di hati saya. sbb sy syg kan dia.

Setakat ni hubby sy belum compare kan isteri si itu..isteri si ini dah pregnant ker...Kalo akan datang kalo dia comparekan , mungkin hati saya akan tersentap juga seperti pengalaman awk.

Itulah....bila Allah beri kita berjaya dalam hidup, rezeki lain sering datang itulah org lain melihat kita happy. kalo boley kegembiraan itu kita nak kongsi dgn keluarga yg kita bina sendiri. tp kegembiraan itu hanya dikongsikan dgn berdua sahaja iaitu kita dan suami. Andaiada anak, dapatlah kegembiraan itu dikongsikan juga pada mereka....yg dinamakan keluarga.

Saya risau...berdebar jua...
Sudah 3 minggu period sy lewat. Nak buat UPT agak berdebar krn takut kecewa jika ianya negetif.
Sy boley bayangan air mata yg berjurai2 jika result yg mengecewakan. Sedih itu sebenarnya memenatkan...Tolong lah Allah, berilah golongan seperti kami ini nikmat berkeluarga yg sebenar.Ameen

Diri ini boleh dipujuk utk kuat semangat...tp kadangkala hati ini tidak mampu.

Sizuka on 19 April 2012 at 18:41 said...

sabar ye... kita ni hamba Allah yg Dia sayang. Sbb tu lah Dia turunkan ujian...

Little world on 19 April 2012 at 23:14 said...

Salam...
Jangan sedih2 tau...
Kuatkan hati Minda dan zahir---
Percaya KepadaNYA..
Insyaallah ada jalan yang TERBAIK nanti....
Amin!!

Carmello on 20 April 2012 at 05:56 said...

Assalam Nia...
Jgn fikir yang bukan2 dear... Kdgkala lelaki memang kurang sensitif..Tp mereka takda niat nak kecilkan hati kita... Sabar dan doa... Inshaallah... Allah akan balas berganda... (Mengingatkan diri saya juga)

Nia on 20 April 2012 at 17:59 said...

terima kasih kawan-kawan ttcians di atas komen-komen yg membina...insyaAllah, kesabaran masih lagi bersisa, dan semoga dengan bantuanNya, kesabaran itu terus ada pada kami suami isteri.

sweet tooth: insyaAllah, hikmah disebaliknya tu kita tak tau kan...semoga saya tetap kuat dan tabah...thanks dear...

Aida: sebenarnya perkataan tu pun takut saya nak dengar. Cuma kadang-kadang terasa membebankan si dia...dalam penantian menunggu zuriat ni. Juga terasa dipersalahkan pula...

Umaira: setiap saat saya mencecah luteal phase, setiap itulah saya terasa-terasa seperti pregnant. Terasa itu la, inilah, perhati perbezaan tubuh badan, wah...bukan main lagi...Dan haritu bila saya sakit kepala dan muntah-muntah, terdetik lagi. Suami pun dah syak-syak...namun bila ia telah datang menjelma, harapan yang ada tu keciciran, hilang...sepertinya terlalu mustahil untuk digenggam...Terlalu ingin memberikan kasih sayang kepada darah daging sendiri, apa daya masih belum diizinkan...

Semoga Umaira beroleh berita gembira ok...

Sizuka: Masih lagi mendidik diri untuk bersabar dan menjadi insan yang tahan cabaran ttc. Semoga dipermudahkan olehNya.

Little world: Harini saya dah ok...semalam lagi dah boleh bergurau2 seperti biasa. Namun bersendiri masih lagi teringat-ingat dengan sisa parut ni...Kalau boleh kita dapatkan alat hilangkan ingatan terhadap benda-benda negatif yang berlaku dalam hidup kita alangkah indahnya...:)

Carmello: InsyaAllah, moga diperkenankan doa kita semua untuk berzuriat yang soleh dan solehah. Amin...

PhatLady on 22 April 2012 at 23:54 said...

tetiba saya sebak baca entry nih..

saya pun rasa benda yang sama..

:'((

eja on 23 April 2012 at 01:42 said...

Nia, fikirlah yang syaitan akan sentiasa menghasut kita...saya pernah fikir mcm tu jugak tapi major problem bukan disebabkan hal ttc ni tapi family mertua..kuatkan semangat, fikirkan kebahagiaan kita..jangan fikirkan sangat hal zuriat ni..saya pun sekarang serahkan pada Yang Maha Esa..kita dah berusaha yang terbaik kan?..banyakkan bersabar ye Nia...

Unknown on 16 May 2012 at 18:21 said...

sabar laa... saya pon selalu fikri mcm tue bila suami mengeluh ... kalu boleh biar kita yg sakit... jgn dia juga merasa skt tue... tak sanggup... saya juga pernah jd mcm awak rasa nak bg dia kawen lain jer... kalu dia kawen ng org lain mst dia ada anak dah.. sedih sgt... awak jgn riso... kita semuanya sama... apa yang awak rasa saya juga rasa sabarlaa inyallah ... allah tak berikan kita hujan sbb dia nak berikan kita pelangi...

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting