Terima kasih di atas wishes yg diberikan...tidak dapat saya balas satu-satu...Saya juga berdoa lepas ni giliran ttcians semua...insyaAllah, bila dah sampai masa semua akan dapat merasai pengalaman menjadi ibu.
Sekarang ni, saya nak share ikhtiar yg saya lakukan sejak ttc. Macam-macam ubat/supplements yg saya dah makan selepas 4 tahun lebih perkahwinan.
Saya sebenarnya telah didiagnosed sejak setahun perkahwinan;
1. Tube kanan tersumbat, tube kiri loculated spill (separa tersumbat)
2. PCOS kedua2 ovari, patutla period xstabil
Yang paling saya sedih adalah tube tersumbat. Macammana nak unblocked tube, ada ke cara natural? Ada ke operation yg boleh nblocked tube? Dah beberapa kali bertukar gynea masih tiada solution. Suggested solution adalah wat IVF. Manalah nak cekau duit eh...huhu...last-last, dr ni suggest wat IUI, berharapkan kepada loculated spills tube.
Terasa sedih sangat bila menyedari yang diri ini perlu dicucuk semata-mata untuk matangkan telur. Nasib baik en hubby bersedia menjadi dr kedua di rumah.
Harapan tinggi sangat dengan IUI ni...sampailah tahap hubby terpaksa balik dr airport dan canceled the company trip ke luar negara, semata-mata untuk procedure masukkan benih masa waktu subur saya nanti.
3 cycle inject - cycle 1: puregon n cycle 2: puregon tambah dos dan cycle 3: gonal-f.
Dr suggest wat IUI - 13 biji telur matang (guna gonal-f) - Failed.
Rehat dan cari dr lain. Letih badan, emosi bercelaru, berat bertambah-tambah...
Selama setahun saya berehat, ingat nak try natural. Saya penah cuba biodex, homeopati, bidadari, maajun, alpha lipid,
banyak lagi la, tak ingat...maybe sebab rezeki belum sampai lagi. Cemana kan, tube saya unblocked...huhu...
Tapi nightmare berakhir selepas berjumpa dgn dr yang betul bulan September tahun lalu...Itupun selepas bertanya kepada kak Nini, sama ada kewujudan pembaikan tube tersumbat. Dia kata ada, tubal repair. Saya ingat lagi, masa tu bulan Ogos, terus saya buat appointment, jumpa dengan Dr bulan Septermber. Syukur alhamdulillah.
Saya bahagikan ikhtiar ini kepada 2 fasa ok...
FASA 1 (cycle ting tong)
Tahun lepas, dapat tahu Dr Hamid boleh unblocked tube, so sy wat appointment dgn dia.
Dec 2011 - operation LOD (Laparoscopic ovarian drilling) - Berjaya, syukur alhamdulillah. Bersyukur juga sangat-sangat sebab company husband dapat setelkan bil operation tersebut.
Cycle 1 dan 3 - clomid - unovulatory - down sekejap.
Cycle ke 2 - Vitex - masih unovulatory.
Jumpa dr balik, dia suruh diet - boleh tengok di page
ini.
FASA 2 (nampak cycle perlahan-lahan menjadi normal)
4/6/2012 Period
5/5/2012 Add dosage of clomid (4 pills), habatussauda and adipex
Berjaya diet, selama 10 hari berat jatuh dekat 4kg - dgn bantuan
clomid, berjaya jumpa O pada CD16 - cycle masih tidak berjaya, tidak
sangka O secepat itu so sy balik kg sendirian. Lagipun xjumpa
CM.
4/7/2012 Period
5/7/2012 Clomid 2 pills
4/7/2012 --10 days - EPO brand naturalle and fishoil (sebelum ni ma
nia makan epo brand kordel tp xnampak CM langsung)
Cycle July 04- ovulate pada CD16 juga dgn bantuan clomid - tidak juga
berjaya, bila tengok daripada bbt chart maybe sebab kurang progesteron
tapi CM banyak menjejeh-jejeh.
Jumpa dr balik, dia suruh rehat/natural sebab dah makan clomid 3
cycle. The next cycle kalau period dia soh wat hsg balik sebab penah ada history tube blocked sebelum ni...
3/8/2012 Period CD1 - Natural tanpa clomid.
3/8/2012 10days - EPO brand naturalle and fishoil
8/8/2012 - start Shatavari, Himalaya product - fungsi utk mencantikkan telur.
8/8/2012 - SK Al-Khisbun dan Hulba 8/8/2012 - susu kambing segar +
kurma. Share susu SK dengan hubby. Susu kambing segar + kurma
membantu membesarkan telur.
8/8/2012 - NPC (menambahkan hormon progesteron)
Saya guna Natural Progesteron Cream (NPC) lepas je habis period sampai counting DPO.
23/8/2012 - confirmed ovulation. Tak jadik O kat kampung...rupanya extend pulak O seminggu...huhu...
Lewat period 10 hari, barulah berani nak test guna CBD - preggy 2-3weeks :)
Dari segi rohaniah, setiap hari Jumaat lepas solat isyak, saya amalkan;
Baca Al-Fatihah 1x, Selawat Shifa 10x, Selawat Tafrijiyah 1x, zikir -
Al-Bari, Al-Musawwir 1000x. Kena buat ni selama 10 minggu
berturut-turut.
Saya amalkan Solat Dhuha.
Masa dalam kereta pun berzikir Al-Bari Al-Musawwir...mudah-mudahan benih bersatu dan membentuk.
Start dengan bulan Ramadhan, hari-hari ma nia baca surah Maryam,
Surah Al-Imran dan Surah An-Nur...terasa down sangat sebenarnya.
Orang lain masa raya bergembira, saya dalam bilik, berduka bila kena smashed...ubatnya sy baca Al-Quran...hentam je mana-mana surah. En hubby pun macam dah boring nak layan. Last-last saya dimarahnya, katanya terlalu emo.
Subhanallah, bersyukur sangat dengan kurniaNya ini. Mudah-mudahan si
tecik ni kuat implant dan membesar...Mudah-mudahan juga kandungan
ni sempurna sampai saat melahirkan. Amin...