Showing posts with label physiologi. Show all posts
Showing posts with label physiologi. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

Urut Physioterapi 2

Posted by Nia at 01:01 4 comments
Last post saya ada bercerita tentang urut physioterapi kan...so isnin lepas kami bertiga janji dengan akak tu untuk berjumpa di Keramat. Dia boleh je datang ke tempat kita untuk minta rawatan mengurut. First, dia akan suruh kita bersauna untuk buang lemak-lemak dan melembutkan badan. Ini kerana, (sila tekan perut/di mana-mana bahagian badan anda) ia menyimpan banyak kolesterol dan lomak yang bila ia berkumpul akan menyebabkan salur-salur badan tersumbat. Lepas buat sauna, dia perati badan dan muka kita. Dari situ dia akan bagitau penyakit yang kita hadapi. Dia tengok muka saya, dia kata tiub saya tersumbat - wah terkejut saya dengar, betulla, itu sebab pun dia tengok dari bawah mata saya yang kehitaman. Pastu dia tengok bahagian hidung ada biji-biji cam jerawat nak tumbuh tak jadik tu, dia kata kemungkinan saya ada cyst dalam ovari, eh sama lagi...Macam-macam lagi dia tengok sebenarnya, tapi saya tak ingat...hahah...sape soh tak tulis kan....

Sebelum ni, saya selalu mengurut dengan makcik-makcik kampung. Ada yang rasa, ada yang tak. Yang ni memang lain sangat caranya. Katanya, kat kaki ni banyak refleks kat anggota badan dan otak. Dia urut kat kaki pun lama, sejam lebih...Sakit memang sakit, sebab dia attact terus kat tempat kita problem tu...Dia bagitau, point utk ovari kat depan tumit belah dalam....urut jek point tu untuk membetulkan problem kita tu...Kat bahagian ari-ari saya tu pun dia sentuh juga...Akak tu urut saya dalam 4 jam lebih...siap die buat lulur dan mandi limau lagi...terasa segar pas tu...hehehh...

Saya berurut kan ari senin...tetiba, bila saya plot graf suhu dalam fertilityfriend, line merah kuar...Ehhh...takkan la cepat sangat saya O kut...cuba tengok graph kat sini. Biar tul, awalnya saya ovulation? Cam tipu jek...

Pastu tadi chat dengan member FB, katanya tak elok mengurut pas ovulation. Aiyo...sungguhlah saya tak pasti yang saya dah O ataupun die predict time ovulation tu tak betul? Tak penah2 saya O masa CD10...huhuhu...hopefully saya belum O lagi, yek la vitex tu pun baru makan 13 hari...CM pun xnampak pun lagi. Cek kat microscope ovulation tu pun tak nampak tanda-tanda pun...

Sabar je la...

Friday, 9 March 2012

Urut Physioterapi

Posted by Nia at 16:10 3 comments
Percaya atau tidak, saya ingatkan urutan physioterapi ni hanya urutan untuk pesakit yang lumpuh etc saja...Rupanya bukan...

Semalam, jumpa dengan sorang kawan ni, dia beritahu yang Kak As ni buat business dengan physioterapi ni. Die lulusan UM la, then dah ramai customer die dari kalangan lecturers. Kawan saya cerita, Kak Liza ni (xsure sakit ape) salah satu simptom die - tak boleh menoleh, kalau kita panggil dia, mesti dengan badan dia sekali mengadap kita. So, bila dah mengurut dengan akak tu, dia rasa dah makin sihat dah. Kak Liza ni bagitau la, pas je dia mengurut, then muntah keluar dengan banyaknya...Consider bisa-bisa la kuar dari dalam badan tu. Sorang akak lagi yang saya kenal juga, dia dah lama kahwin dan anak baru sorang, dlm 4 tahun lebih dia try mengandung tapi tak de rezeki lagi la...then die pegi mengurut dengan akak tu, n berjaya pregnant. Cuma mungkin disebabkan stress sebab tesis etc, so kandungan die gugur lak...

Daripada cerita kawan saya di atas, saya berminat la nak cuba, sekali dengan kawan-kawan saya ni la juga, die willing nak travel ke tempat kita, so kami decide supaya buat kat umah kawan saya ni je. So dengan excitednya saya terus called akak tu. Nak nak lagi saya baru jek lepas period, so sesuai sangat la. Dalam tepon, saya cite la masalah saya iaitu sukar utk mengandung dan sudah jalani pembedahan etc. Kak Su bagitau yang saya kena overhaul seluruh badan, sebab kesan-kesan bius masih lagi kemungkinan ada dalam badan. Dia akan bagi 3 treatment, massage, sauna dan .... (saya tak ingat), Dia akan buat dalam masa 3 jam. Treatment ni agak mahal gak, dalam 200 lebih...Janji dengan akak tu nak buat hari Isnin ni...wah excitednya...sebelum ni memang saya sibuk mencari tempat urut kat area KL ni, tapi dia tak angkat lak tepon.

Apa-apa pun kena cuba dulu. Tak cuba tak tau kan...

Nanti saya akan post lagi ok...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting