Erm...Selamat Berpuasa ya kawan-kawan ttcians, moga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan menjalani ibadah puasa ini...
Hari ini saya sudah menjejak ke DPO12, FF saya seperti di sebelah. Entahla...suhu pun menampakkan penurunan pula hari ni...peyut pun dah start cramp...macam tiang bendera merah nak memunculkan dirinya jek...untuk hari ni, saya banyak berdoa supaya dipermudahkan hati saya untuk menerima berita tidak baik...cuba untuk meyakinkan diri yang kita perlu sabar dan tabah...cuba untuk tidak menangis lagi, cuba untuk menjadi kuat.
Walaupun bukan senang untuk menjadi sekuat itu, apa lagi bila terbacakan blog minah ni semalam, 'terasa sempurna menjadi perempuan bila dah mengandung dan melahirkan'. Terfikir-fikir je sampai ke hari ini.
Tak apalah...kalau pun bendera merah tu muncul lagi, saya akan mencuba lagi, tapi dengan cara natural sebab sy dah tak boleh makan clomid. Saya dah makan clomid 3 bulan berturut2, so kena stop sebulan dan kalau masih lagi tidak berezeki, saya akur dengan kehendak dr untuk membuat IUI selepas raya nanti.
Setelah membaca nukilan motivasi, ayat ni mengatakan yang jika apa yang kita doakan itu tidak dapat di dunia, kita akan mendapat ganjarannya di akhirat. Ganjaran yang lebih hakiki. saya terfikir, sanggupkah saya untuk hidup berdua dengan sang suami melayari bahtera perkahwinan tanpa zuriat selama hayat masih dikandung badan? Saya tidak rasa yang saya sanggup untuk tiada zuriat...bukannya sebab orang sibuk bertanya dan mengata, tapi sebab hasrat hati yang teringin untuk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.
Susah betul bagi saya berttc sambil belajar ni. Terasa penat jek...tengah menulis, memerah otak, tetiba terfikir pasal benda ttc ni, search pasal benda tu pula...kadang-kadang merenung graf FF, cuba menganalisis sendiri maksud graf tersebut. Kadang-kadang saya menjadi calculative, menganalisis masa saya terasa cramp dan masa BD, dan yang sewaktu dengannya. Aiyo...pikir dua benda dalam satu masa boleh pecah otak ooo...
Semoga Allah menguatkan semangat yang selalunya nipis bila sampai ke penghujung cycle.
Dapat Kerja Secara HBH..Yeayyyy
5 days ago
