Showing posts with label cerita ttc saya. Show all posts
Showing posts with label cerita ttc saya. Show all posts

Wednesday, 2 May 2012

Cycle 3 lepas Laps

Posted by Nia at 02:05 3 comments
Period. Tak pe lah, at least period keluar dari langsung tak keluar-keluar...Actually minggu lepas saya ada called klinik untuk buat appointment, ingatkan nak start cek telur etc. Tapi malangnya, nurse kat sana suruh saya rehat lagi, for another month, sebab dah makan 2 cycle clomid...Aiyo..boringnya, terasa cam kena soh rehat je..macam tak sabar je nak buat IUI/cek telur/sekutu dengannya, bukan takat makan clomid.

Jadi, azam saya adalah untuk try naturally untuk cycle ni. Memula saya taknak makan vitex, sebab vitex kan fungsi dia macam clomid juga. At last, saya makan juga...haha...bukan main lagi saya ni melawan cakap nurse tu eh...Macam cycle lepas, vitex saya makan 2 biji sehari je, tapi kali ni saya makan 2 biji siang dan malam. Semoga kali ni saya berjaya ovulate.

Untuk cycle ni juga saya puasa makan ayam kecuali ayam kampung. Nak dijadikan cerita, kat MidValley ade la promosi ayam murah, Rm4 je sekilo..So my hubby ni jenis mesti ada ayam kat umah, so dia pegilah beli..Saya dah kata dah dengan dia, kalau nak beli ayam karan tu makan dan masak la sendiri. Saya tak nak makan...Tapi dia tu tak lut ugut juga...dia beli gak...heheh...pastu paham-paham je la..kalau dia nak makan ayam tu dia masak sendiri...hahha...jahatnya bininya ni...Susahlah sebab suami sendiri pun susah nak support bini pasal pantang-pantang makan ni...haiyooo...

Peningnya kepala saya minggu lepas sebab calculation saya duk tak berjaya, so saya berniat. Kalau hari itu saya berjaya selesaikan masalah tu, saya nak belanja anak-anak buah saya makan kfc. Ditakdirkan, saya berjaya la buat semua tu...terus saya teringat dengan niat saya...dah la saya ni tengah pantang, berjayakah saya bila nampak kfc depan mata?

Pantang saya berjaya lepas seminggu...di kampung, banyak juga kenduri yang hidang ayam pun saya tak makan. Saya bangga dengan diri sendiri. (Ceh)...Tapi malangnya kalah pula dengan kfc. Alkisahnya, saya belilah kfc, spend budak2 ni. Memula saya nak makan cheesy wedges je...mana tahan nampak kfc satu bucket depan mata, tengok budak-budak tu berseleranya melahap ayam tu...adoi.... Last-last, saya amik bahagian yang paling kecik dan ngap....terasa bersalah beb...Tapi takat tu je la...balik dari kampung pun saya cuma makan seafood je pun...

Harap-harap la cycle ni membuahkan hasil, Amin

Kun fayakun...

Friday, 23 March 2012

Bersiaran kembali...

Posted by Nia at 19:22 3 comments
Salam kawan-kawan, terasa lama tak datang menjenguk blog...kekadang jenguk-jenguk gak blog-blog ttcian, mana yang sempat komen tu saya akan komen la...Satu lagi, tak ada progress dalam usaha mendapat O...ni salah satu sebab tak ada update...huhuhu...

Hari ni hari Khamis, hari Selasa depan, saya akan berangkat menunaikan umrah. Syukur alhamdulillah sebab Allah sudah memberikan kesempatan ini kepada saya untuk melawat rumahNya...Tidak terbayang sebenarnya yang saya bakal menjejakkan kaki ke sana. Cuma saya rasa niat tu yang penting. Bila niat dah ada, jadi rezeki untuk ke sana tu akan dibukakan olehNya.

Ini jugalah salah satu sebab yang menyebabkan saya jarang bersiaran di sini. Sibuk dengan writing, siapkan analisis supaya di sana nanti tidak terfikir-fikir. Kalau boleh nak selesaikan semua masalah di sini. Mungkin ada juga yang tak setel lagi..Tak apa la..InsyaAllah, jika saya masih diberikan kesempatan saya akan setelkan...

Nak cerita pasal kisah ttc saya pula. Nampaknya O yang saya pernah cerita sebelum ni adalah bukan O pun. Garisan O kat Fertility Friend tu hilang lepas saya masukkan data terakhir. Sekarang dah CD24, entah-entah O saya di tanah suci kut. Tapi mana boleh BD sewenang-wenangnya kat sana kan...Adalah masa dia dibolehkan. Mula-mula saya ingat lepas tahallul pertama tu dah boleh BD, rupanya masih tidak dibolehkan lagi. Sebab takut umrah pertama tu ada lagi benda-benda yang belum setel, so better lepas tahallul kedua dan bila betul2 dah confirm tu barulah ok. Umrah pertama tu yang wajib, kalau umrah pertama dah betul-betul complete, maka umrah kedua dan seterusnya adalah umrah sunat. Wah...kena baca balik juga takut ada benda yang tak betul ni...

Berbalik kepada cerita O saya tadi. Chart saya boleh rujuk di sini, kan dah hilang. Tadi hubby suruh ehem ehem...tapi saya kata better tunggu period dulu, lepas tu dia kata, taknak period la, nak terus pregnant....alahai suamiku. Kalau boleh dari sebulan kita kahwin saya dah bersedia untuk pregnent. Apakan daya bukannya kita yang menentukan...

Ok la kawan-kawan, saya perlu terus menulis lagi, masih lagi meneruskan misi yang tak habis-habis ni. Lepas ni nak ke Mid Valley lak nak tukar duit...Oh ya, sekiranya ada di antara kawan-kawan yang ingin mengirim doa boleh emailkan kat saya ok - niazara254@gmail.com
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting