Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Cuba Jaya

Posted by Nia at 00:32 6 comments
Hehe...sekarang ni akan masuk malam ke 21...Syukur sangat saya dah mula berpuasa sejak semalam...Nasib baik puasa saya kantoi cuma 6 hari, tak la lama sangat macam sebelum sebelum ni...Masa zaman anak dara dulu penah saya kantoi puasa 15 hari...sebab awal puasa dan akhir puasa period, even tak banyak tapi keluar spotting gitu...

Harini saya di rumah je, tadi tetiba lak rajin mengemas rumah...sume debu-debu saya lap...vakum lantai...kemas-kemas baik kain dalam almari tu...especially my dearest hubby punya baju-baju...mak ai banyak gila...aritu katanya nak bawa balik separuh sebab tak pakai pun...saya pun dah siap asing-asingkan baju yang tak nak pakai dah dan nak dihantar ke kampung. Bukannya tak elok tapi baju-baju tu dah lama tak pakai...daripada duk lama kat gobok tu baik bagi kat orang...

Kemas-kemas gobok tu pun dah ambil masa sejam lebih tau...huh...pas tu mop lantai lak...ntahla...rasa tak larat nak buat kerja ni dan terasa seronok pula mengemas dan berpeluh-peluh...walaupun terasa agak penat...almaklumla puasa kan...hahaha alasan...

Harini fikiran saya relax je...cuma sekarang ni nak banyakkan aktiviti kerohanian, ye la sebelum ni kan period...dah alang-alang sampai ke 10 malam terakhir ramadhan ni, mana la tau doa kita dimakbulkan olehNya...

Semalam saya ke Mid Valley lepas berbuka kat opis...singgah ke Himalaya, beli Shatavari...Kawan saya la syorkan, sebab die ada pcos, tapi sejak makan Shatvari ni, period dah mula stabil. Dan dia pun sudah tidak mengambil clomid lagi...jadi, alang-alang saya dah tak makan clomid cycle ni, so nak try gak produk ni...yang penting, untuk cycle ni guna cara natural, tak makan-makan ubat dah...dan nak latih hormon ni untuk membesarkan telur sendiri...Cuba jaya...tak cuba tak tau kan...

Tetiba lak harini terasa mengidam, nak makan Cheese Cake kat Secret Recipe tu..huhu...dah message hubby soh beli balik umah nanti...

Ntah apa la motif saya nak menulis ni pun tak tau...Merapu je...dan mengantuk...terasa nak tito...huarghhh...ok la..bye...

Friday, 23 September 2011

Doa

Posted by Nia at 23:00 8 comments
Nampaknya minggu ni saya go through melihat perkembangan rakan ttc dengan kisah kegembiraan Hikari yang berjaya pregnant selepas dua cycle clomid. Namun saya juga sempat melihat beberapa blogger yang bersedih hati dan berputus asa selepas usaha yang dibuat masih tidak berhasil. Dear, janganlah berputus asa di atas dugaan yang diturunkan kepada kita. Sebagai hambaNya, kita kena terus berdoa semoga kita dikurniakan semangat untuk terus berusaha kerana ada hikmah di sebalik semua yang diberikan

Doa supaya tidak berputus asa
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalm berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku" Surah Maryam (ayat 4).


Semalam saya sempat berbual-bual dengan ibu saya; setakat ini selain Enchik Zara, ibulah yang selalu menguatkan hati saya supaya terus berusaha dan berdoa. Ibu kata, teruskan berdoa tapi jangan berdoa 'mesti dapat' atau dengan sedikit kekerasan, seakan-akan memaksa Allah untuk memberikan kita zuriat. Ibu kata, doa yang akan dimakbulkan adalah apabila kita menangis apabila memohon kepadanya. Bila mendengar nasihat ini turut membuatkan saya terfikir apakah doa saya masih tidak cukup untuk mendapat apa yang saya inginkan? Apakah mungkin doa saya tidak diperkenankan kerana ibadat saya masih lagi tidak cukup?

Saya ingat lagi, masa belajar dulu, saya rajin membaca Yassin dan saya amalkan membaca Al-Quran at least satu muka sehari. Rajin solat tengah malam. Doa pada Allah moga dipermudahkan ingatan, dibukakan pintu rezeki dan semoga dapat keputusan yang memberangsangkan. Juga semoga mendapat jodoh yang baik tetap tidak dilupakan..hehehe... Tapi berbeza sangat sekarang ni, solat takat yang wajib saja, doa lepas solat sahaja, baca Yassin yang at least seminggu sekali pun jarang-jarang, apatah lagi membaca Al-Quran. Saya rasa macam sibuk sangat. Saya sedar ini dan suami pun turut mengingatkan saya supaya rajin mengaji dan membaca Al-Quran, tapi tetap tiada tindakan susulan dari saya...Untuk bersungguh-sungguh meminta, kenalah juga buat solat malam, tapi tindakan tu tetap tiada. Mungkin kerana faktor-faktor ini doa saya tidak dimakbulkan?

Kawan-kawan, saya bercerita mengenai kenaifan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sendiri, tapi sekadar ingin berkongsi mungkin ada antara kita terlupa untuk meminta dariNya, bukan sekadar berdoa malah lebih lagi dari itu. Sama-samalah kita saling mengingati antara satu dengan lain. So kawan-kawan, jom kita perbaiki kualiti doa. Mulakan pagi dengan doa, sebelum tido pun doa. Insya Allah doa kita akan didengariNya.

Boleh masuk ke sini untuk info berkenaan doa


 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting