Showing posts with label pcos. Show all posts
Showing posts with label pcos. Show all posts

Friday, 8 June 2012

PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!!

Posted by Nia at 18:48 11 comments
Tiba-tiba saya rasa macam pipi saya 'ditampar' setelah membaca satu artikel ni, mengenai pcos atau nama singkatannya polycyctic ovarian syndrome yang boleh membuatkan telur seseorang itu tidak dapat matang dan mengakibatkan ia tidak mampu untuk bersenyawa dengan sperma. Seperti kata Dr saya sebelum ni, dengan adanya PCOS dalam diri maka banyak yang kita kena korbankan. Korbankan nafsu makan, nafsu berehat saja-saja dan yang paling penting, DUIT, untuk buat treatment dan sebagainya. Saya baru tersedar yang saya tidak mengamalkan cara hidup sihat sebelum ni.

Saya sebenarnya tidak menyangka yang saya turut mendapat PCOS ni, kerana menurut Dr, pcos ni sebenarnya adalah datang daripada genetik, benda tu memang dah ada dalam badan kita sejak dilahirkan lagi. Saya datang dari keluarga besar, ibu ada 16 orang adik beradik dan ayah pula 9 orang. Cuma, setahu saya, nenek saya menunggu 3 tahun untuk mengandung kali pertama. So possibility daripada genetik tu ada la kut...

PCOS adalah penyebab kegemukan, bukannya kegemukan penyebab kita dapat PCOS. Oleh itu, marilah kita bersama sama berdiet untuk stabilkan hormon dulu, kemudian barulah berusaha untuk dapat baby pula.

Daripada research yang saya buat di website, PCOS adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu;

1. Insulin resistance - dalam hal ini, cara kita untuk menurunkan insulin adalah penting. Maknanya, pengambilan kadar gula kena rendah, so, SAY NO TO SUGAR!!! Wah, itu dia...Fungsi utama insulin memudahkan penyimpanan gula tambahan di dalam darah sebagai lemak. Untuk pcoser, jika kadar glukosa yang dimakan itu tinggi, maka tahap insulin yang lebih tinggi daripada pengambilan protein dan gula merangsang kortisol yang memburukkan PCOS. Karbohidrat yang diproses, iaitu roti, kentang dan roti yang manis-manis tu, please block all those for your food list.

Dari pembacaan saya, natural remedy adalah;
1. Sesudu Apple vinegar campur dengan segelas air, dan minum. Ada juga orang yang makan je terus sesudu, tapi saya tak tahan la...sebab rasanya sangat masam. Saya cuma letak sedikit je atas sudu dan campur dengan air. Ada gak satu produk ni, D-Chiro-Inositol, tapi mahal la...tak mampu den. Kat sini macam-macam kebaikan apple vinegar ni.

2. Hormon imbalance FSH/LH
Ia berkait rapat dengan hormon estrogen dan progesteron. Pcoser berhadapan dengan masalah period yang tidak menentu, macam chipsmore, kadang kadang ada, kadang kadang tiada, disebabkan oleh pengeluaran estrogen yang rendah. Oleh kerana estrogen rendah, maka progesteron menjadi tinggi. Untuk mereka yang normal, hormon LSH dan FSH berada dalam ratio yang sama, 1:1.

Ada banyak produk yang membantu meningkatkan tahap progesteron yang makin berlambak dah saya nampak. Saya bukannya anti dengan produk-produk ni, cuma saya lebih sukakan natural remedy, sebab yang dijual tu pun belum lagi tentu kesahihannya. Natural remedy untuk membantu meningkatkan progesteron adalah makanan yang kaya dengan vitamin B-6. Ini termasuklah bijirin, kacang, kunyit dan oregano. Zink juga membantu mengekalkan tahap hormon progesteron. Manakala untuk meningkatkan hormon estrogen, Buah-buahan seperti epal, ceri dan wheatmeal juga membantu.

3. Testosteron tinggi
Selalunya pcoser mengalami simptom-simpton kelelakian sedikit. Oleh kerana tahap insulin dalam darah tinggi, maka ia memberi signal kepada ovari mengeluarkan banyak testosteron, jadi LH pun jadi tinggi yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Contohnya ada misai nipis dan kaki berbulu. Jadi, hormon ini berkait rapat kepada insulin resistant.

Dikatakan soya juga membantu untuk mengurangkan testosteron, tapi saya skeptical sikit dengan soya. Cauliflower dan brokkoli juga membantu menurunkan paras hormon. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh spearmint boleh diambil telah menurunkan tahap testosteron dalam badan.

4. Emosi terganggu
Emosi juga berkait rapat dengan pcoser disebabkan gangguan hormon tersebut. Selalunya pcoser mengalami depression, kerisauan dan mood selalu berubah-ubah. Saya juga mengalami benda yang sama, kadang-kadang benda kecil pun saya dah risau berlebih-lebih pula, especially masa sorang-sorang.

Bila saya tengok the whole picture of PCOS, semuanya berpunya daripada insulin resistant. Kalau insulin berada di tahap yang normal, kelenjar pituitari tidak akan signal kepada ovari supaya keluarkan hormon progesteron yang berlebihan dan kadar estrogen yang dirembes adalah rendah. Jadi, penting untuk pcoser untuk menurunkan tahap insulin.

Oleh itu, mau tak mau pcoser kena diet. Turunkan berat badan. Harini tiba-tiba timbulnya azam baru kat saya. Kekuatan saya bangkit. Sudah 4 hari saya menjalani diet yang diberikan oleh Dr. Makan roti nan dan tosai digalakkan untuk maintain diet. Of course, now I should say 'no' to processed food especially fast food.

Kawan-kawan, apa lagi, marilah kita menggembleng tenaga untuk menurunkan berat badan dan makan makanan yang organik. jadi, PCOSER perlu bertindak sekarang juga!!! Selamat berjuang...

Thursday, 22 September 2011

PCOS

Posted by Nia at 05:37 14 comments

Sebelum ni saya rajin membaca Hamid Arshad forum (dah ditutup), maka saya beralih kepada lain-lain source untuk mendapatkan info...sememangnya bila seseorang mendapat tahu yang dia termasuk dalam golongan primary infertility, maka macam-macam info yang akan dicari. Bagaimana saya mendapatnya? apa faktor faktornya? Saya telah didiagnose oleh Dr yang saya menghidap pcos dua tahun lalu dan tiub saya tersumbat (sedihnya). Tiga cycle on clomid dengan sekali iui masih tidak berjaya, dan saya fedup dengan diri sendiri. Saya tidak tahan dengan segala kesakitan yang saya hadapi sepanjang treatment; emosi yang selalu terganggu, perut yang selalu cramp dan kena cucuk di perut untuk suntikan gonal-f pun yang masih tidak memadai untuk saya mendapatkan zuriat.

Period saya tidak stabil sejak di zaman anak dara, sejak mula-mula period lagi. Berapa kali jumpa Dr, tapi Dr tak ada pula cek darah untuk investigate tahap LH/FSH saya, untuk ketahui yang saya ada sakit atau tak. Dr cuma bagi ubat perancang sahaja, untuk 3 bulan supaya dapat period yang stabil. Tapi perkara yang sama masih berlaku. Period tetap ding dong dan ada kalanya sehingga lebih 15 hari tapi sedikit-sedikit. Saya terasa juga, kalau benda ini saya dah tahu lagi awal sudah tentu saya dah jalani treatment etc...at least tidak la effectnya sesudah kahwin kan...ni bila dah tau lepas kahwin, orang lain asyik tanya je berapa tahun dah saya kahwin...sabar sajala...

 Saya copy and paste saja dan cuba link kan dengan keadaan diri saya

  • Acne. - tiada kaitan sebab saya tiada jerawat
  • Weight gain and trouble losing weight.- berat memang mudah naik - sekarang BMI dah 25 - overweight
  • Extra hair on the face and body. Often women get thicker and darker facial hair and more hair on the chest, belly, and back. - ada sedikit bulu macam misai dan 20% kaki saya berbulu seperti lelaki, ingatkan pasal saya pernah bercukur dahulu...
  • Thinning hair on the scalp.- iya..rambut saya makin nipis sekarang, rambut mudah gugur
  • Irregular periods. Often women with PCOS have fewer than nine periods a year. Some women have no periods. Others have very heavy bleeding. - sememangnya period saya tidak stabil, paling lama dua tiga bulan barulah ada period balik
  • Fertility problems. Many women who have PCOS have trouble getting pregnant (infertility). - bolehlah tengok ticker saya...sedih...huhuhu
  • Depression.- mungkin sebab pcos la saya selalu sedih dan terlalu mengambil berat dengan komen-komen negatif orang lain yang turut sama mengurangkan confidence level saya
 Nampaknya banyak benda negatif yang disebabkan oleh pcos ini yang berlaku ke atas saya. Adakah cara untuk menghilangkan pcos secara natural?

Caranya adalah seperti di bawah;
  1.  Diet - kena kurangkan berat badan
  2.  Beli makanan organik sahaja. Contohnya makanan laut etc, ayam zaman sekarang ni kalau boleh janganlah ambil sebab ayam kan sudah disuntik dengan hormon estrogen. Kalau ayam kampung ok saja tapi susah benor la nak dapatkan ayam kampung di area KL ni. Kalau ada mahal pun saya beli saja. Untuk kesihatan saya tak nak berkira sangat sebab semuanya masuk ke badan kita kan...
  3. Kurangkan makanan yang berlemak, kena tengok juga kandungan kolesterol yang terdapat pada makanan tersebut
  4. Kurangkan pewarna dan bahan kimia seperti artificial sweeteners.
  5. Kurangkan kaffein dan alkohol
  6. Elakkan gula. Kalau gula dalam buah tu pun kena kurangkan juga, contoh macam tembikai
  7. Kurangkan asid lemak ke dalam diet - nuts, seeds dan oily fish (termasuk ikan sardin dan salmon).
  8. Macam makanan bertepung, roti, kek, ais krim kenalah dielakkan; wheat grain sahaja dibolehlah. Susu pun kena ambil yang kurang lemak, bukan yang full cream...
Banyakkan nak kena korbankan? Dah la saya ni hantu kek Secret Recipe tu, suka makan ais krim dan McD...huhuhu...saya teringat kembali suatu ketika pada tahun lalu, saya frust sangat bila IUI tu tak jadi, pastu saya on strictly on diet. Saya tak makan nasi langsung, saya beli roti yang wheat grain sahaja, saya beli salad dan gaulkan dengan apple, orange dan anggur, lapar-lapar saya makan badam, minuk air memang banyak, ikan pun saya stim dan bakar - dan salad sahaja...

Hasilnya? dalam dua minggu saya turun berat badan 4 kg. Dan guess what - dalam 2 bulan itu period saya keluar naturally. Tapi tu la, orang Melayu ni kalau nak makan kena ada nasi, jadi dalam masa dua minggu tu badan lemah semacam dan terasa ringan pula...ye la, kalau saya dah strictly on diet mestilah sang suami pun akan ikut diet juga kan...minggu pertama dia ok lagi. minggu kedua sudah merungut-rungut...makan tak sedap katanya, sudah tiada lagi ayam goreng dan sewaktu dengannya. Yang ada hanyalah ikan kukus dan bakar dan salad....hahhaahha...

Last-last saya masakkan untuk dia- masak sedap-sedap...tup tup...saya pula tak boleh tahan..habis diet saya sampaila overweight macam ni....

Tuesday, 23 August 2011

PCOS

Posted by Nia at 01:02 2 comments
Sebelum ni, saya pernah aktif dalam forum Hamidarshad
tapi forum tu telah ditutup sekarang
dalam forum tu pelbagai benda yang saya dah belajar
termasuk clomid, tiub fallopio, pelbagai tips 'bersama' untuk dapatkan zuriat
dan juga PCOS...saya yakin saya tiada masalah dengan pcos dan tube...

Dulu,
saya yakin yang saya normal...
dan tiada masalah untuk mengandung
walaupun period saya troublesome..
di mana ia kadang-kadang malas nak keluar
tapi bila tengok orang yang mempunyai peel period macam saya berjaya preggy dalam masa 4-6bulan
saya anggap itu bukan masalah untuk saya preggy...

Tapi lepas setahun kahwin saya membuat ujian...beberapa ujian
hsg dan ujian darah
ternyata, sebelah tube saya tersumbat dan sebelah lagi separa tersumbat
dan pcos - di mana LH saya lebih tinggi daripada FSH
konfiden saya makin lama makin lenyap dan bush...hilang

saya pernah mengambil clomid selama 3 bulan berturut2...
juga dengan bantuan Gonal-F kerana telur saya sangat pemalu untuk membesar
pada clomid cycle ke 3, telur saya membesar dengan banyaknya
dan saya pun membuat IUI untuk sekian kalinya...
tapi tu la, Allah masih belum memberi zuriat yang kami idam-idamkan
mungkin Allah nak temukan benih kami yang berkualiti tinggi
yang bukan sembarangan benih...
untuk meneruskan perjuangan kami dan menghadiahkan doa untuk kami
di akhirat nanti...

takpe...bersabarlah wahai hati...




 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting