Friday, 3 February 2012

Geram

Posted by Nia at 19:03 8 comments
Geramnya dengan laki aku ni, tadi baru terbaca message dia kat fb. Orang duk tanya pasal saya, pasal baby...boleh tak dia siap cerita lagi tiub tersumbat, buat iui fail, buat operate lagi...panasnya hati...

Aritu tgk dia chat dengan girl yg dia penah minat dulu pun sama. Dah bagitau dah, tak payahla cerita dengan orang lain. Cakap je takde rezeki. Apa susah. Ni mulut tempayan macam perempuan jek..
Buat apa la nak cerita dengan orang. Bengang...

Thursday, 2 February 2012

Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Posted by Nia at 01:56 8 comments
Nukilan dari kak Nini, sungguh mengharukan...

Salam,

Buat kawan-kawanku yang masih menunggu, nukilan ini adalah untukmu.

Tergerak akak menulis di pagi ini lantaran ingin berkongsi cerita tentang hakikat kehidupan, tentang keingan seorang wanita yang inginkan zuriat demi untuk membahagiakan sekeping hati ini yang mendambakan kasih seorang anak.

Ketika akak berkahwin tanggal 1996 di sebuah hotel mewah, adat perkahwinan yang sungguh romantis menambat hati akak. Terharu sungguh  lantaran melangkah alam baru dari keselamatan dakapan bapaku kepada keselamatan dakapan suamiku.  Syukur.

Namun badai mengunjungiku ..... selama36 bulan, akak menunggu berita khabar zuriat tak kunjung tiba.  Setiap hari dirasakan satu muslihat. Setiap hari dirasakan satu kejauhan dari satu realiti yang tak kunjung tiba. Adakah akan terjadi kenyataan zuriat? apakah aku mampu digelar ibu.  Untuk lari dari kenyataan, akak tidak menyimpan apa-apa harapan, kecuali kepasrahan kepada ilahi. Hari-hari akak terasa berat.

Namun, ibuku yang tidak pernah kenal erti putus asa - beliau ibarat sentuhan dari langit - Allah maha pengasih menyemarakkan semangat ibuku untuk berjuang untukku.....untuk menolongku keluar dari kesedihanku. Meneruskan perjuanganku.

Beliaulah yang mempernalkan akak kepada Prof Hamid.

Teringat lagi, ibulah yang membawaku ke klinik prof. Daku yang kaku dan kebas di ruang tamu dikelilingi wanita mengandung serta gambar-gambar wanita mengandung merasakan sungguh jengkel.  Ibu menunjukkan gambar2 tersebut kepadaku dan menyatakan dengan yakin " tengoklah nini, satu hari, kamu akan membawa zuriat sama seperti mereka"... jauh di lubuk hatriku aku merasakan "tak mungkin"....

Hatiku luluh lantaran menunggu sekian lama dipelanting ke dalam kancah masyarakat yang tidak faham betapa sukarnya kita ini untuk hamil. Betapa sukarnya masyrakat menghukum dan mentertawakan insan seprti kami dan betapa mereka senang membuang anak-anak yang tidak berdosa. Daku merenung mata ibuku yang menyemarak......

Di ruang Doktor prof hamid tidak meng interbiu ku sebagaimana pesakit lain lantaran kehadiran ibuku..... tapi seorang yang sungguh cekap, beliau mampu menyelam kesedihanku, empati dan lagi mengenalpasti punca masalahku....

Prof Hamid mengatakan daku mengalami retrovetrted uterus .... BAgiku perkataan hanya terngiang-ngiang di telinga... tiada erti kepada perasaanku yang kebas.........

Beliau mencuba rawatan clomid.....3 pusingan.

Ubat itu daku bawa balik.... diriku yang jahil .... lantas mengabaikan nasihat Doktor membiarkan sahaja .... dan tenggelam dalam kesedihanku.....

Akak membuat ujian xray sebagaimana disarankan---- Dr Mohan menakutkan akak sehingga ditengking herdik sebeluma kak disuntik cecair masuk ke dalam rahim. Keputusannya para fimbrial cysts....

Akhirnya ---- akak kembali berjumpa prof, dan beliau mencadangkan pembedahan membetulkan kedudukan rahim.
Akak bersetuju.

Buat akak , mungkin malam akak dibedah akak tak mungkin bangun selama-lamanya...terlintas di fikiran, apakah aku akan hidup? apakah akan berhasil? wallahualam---- yang jelas akak sudah kebas dengan kesakitan kebas dengan tertawaan orang.... lali.

Bangun dari bius ----- terasa seperti satu saat sahaja akak tidur, badan akak menggelupur kesejukkan..... dan akak disorong ke bilik.

Bila prof masuk prof menyatakan akak mengidap mild endometriosis. Dia berpesan cubalah masa bulan puasa, selepas sebulan pantang. Insyaallah berkat..... jauh di sudut hati akak akak masih tidak mengharap. Hati yang mati ini..... tidak mengharap.

Allah sahaja yang memahami. Dan akak tidak pernah menyalahkan Allah. Cuma akak terkilan dengan sikap sesetengah orang yang suka berdabik dada dan berbangga dengan bahagian mereka . Tahukah ini sekadar ujian yang dikenakan Allah kepada insan ini. Tidak! sebaliknya mereka lupa dan alpa.... dan berbangga pula. Tapi hati ini sedar.... sedar semuanya akan pulang kepada ilahi. Ujian ini mengajarku erti kerendahan hati ini yang kudus....memahami erti kebesaran ilahi.

Sebagaiman disarankan Prof akak berusaha sebagaimana dicadangkan...... Tiada akak menyimpan apa-apa pun harapan kecuali kepasrahan. Biarlah Allah menentukan apa yang terbaik untukku.

Sebulan selepas berpuasa...... tiba masanya haid akak patut menjelma.... Akak menunggu dengan sabar.  Haid akak selalunya lewat.... jadi akak tidak pernah merasa akan positif upt akak......

Akak berjalan ke klinik berdekatan untuk mengetahui status ??

Di klinik tersebut akak menjalani ujian kehamilan dan dua garisan timbul. Doktor mengukir senyuman dan gembira "anda hamil" dengan perasaan penuh makna... akak pula yang tak percaya sehingga tiada perasaan keluar. Mungkin terlalu kebas dengan kegagalan bila sudah menjadi kenyataan akak tidak mampu bergembira.

Keluar dari klinik akak memanggil papa " Papa! papa , nini kena panggil datuk, dan bukannya papa"..... papaku yang memberiku dengan penuh kasih sayang kepada suamiku sewaktu perkahwinanku dahulu..... mengucapkan tahniah...........papaku.....mamaku aku mampu memberi zuriat menyambung warisanmu di dunia yang fana ini... biarlah mereka terdiri dari anak yang soleh.

Akhirnya..... berakhirlah perjuangankku yang tak seberapa ini...... tanpa  semangat dan kepercayaan ibu-bapaku dan suamiku...... tanpa pertolongan dan petunjuk ilahi...... tanpa mereka ini dalam hidupku..... aku tak mungkin di sini di samping dua cahaya mata yang sihat ... daku bersyukur..... bersyukur kerana perjuangan yang lepas mengajarku erti empati, erti penderitaan dan erti perkataan jangan putus asa........ erti rendah diri erti kehidupan, oh daku tidak dapat mencari dengan wang ringgit pengalaman yang begitu bermakna ini dan kini tiada kekesalan kecuali --- rasa kesal kerana tidak bersabar dan berusaha sekuat perjuangan ibuku dahulu.

Kini sebagai seorang ibu, daku berusaha sekuat ibu untuk tidak berputus asa....ujian bertukat ganti... tapi hati ini gembira... gembira kerana Allah mengasihaniku dengan memberiku ujian sebegini.

Monday, 30 January 2012

Ticker di FB

Posted by Nia at 20:24 3 comments
Adui...tension la saya...Tadi saya baru post soalan thru  kat kak nini, tentang infertility ni la...lepas tu, saya hide la question saya tu kat wall saya. Tetiba, saya terasa nak cek, soalan saya tu ada tak appear kat wall orang lain, so saya jadi hacker kat fb hubby pula, sorry sayang jadi mangsa...hehe...saya go through satu satu kat home tu, tak ade...sekali benda tu ada plak kat ticker...adui tensionnya...maknanya apa apa benda yang saya post ni org nampak la juga walaupun tak friend dengan kak nini tu...

Terasa pula kalau diorang tengok ada perasaan ke tak? Ke perasaan nak tergelak...atau kesian...ramai kawan-kawan pangkat adik-adik tu pula, baru kahwin dah mengandung...cerita macam-macam kat fb ni...sekali tengok kat ticker tu soalan saya yang suffer infertility ni la pula...

Saya dah search ada tak cara nak remove ticker tu, tapi cam takdek jek...abis tus takde mood nak wat keje la...nak buang question tu tapi nak tunggu dia jawab dulu soalan saya. Mungkinkah sudah sampai masanya untuk saya delete jek akaun FB ni??? Ermm...

Friday, 27 January 2012

Mimpi Best

Posted by Nia at 15:37 6 comments
Mimpi semalam la yang paling best antara semua mimpi yang penah saya dapat. Tersenyum bila terkenang balik walaupun pelik...Ya la nama pun mimpi mestilah pelik kan...hehhehe

Memula saya terbaring dan Dr tengah tengok telur-telur saya, dia kata telur cantik dan dia siap tunjukkan lagi telur-telur tu kat saya, benda tu bulat-bulat cam kristal, then dia masukkan 3 daripada telur-telur yang lain tu ke dalam ovari balik...hahaha...pelik daa...

Then saya wat Ovulation Test - ovulated. Yang tak tahan tu siap cousin-cousin saya lagi tengok saya tengah mengetest...

Lepas tu,  saya pregnant

Tiba-tiba jek, keluar 3 baby, wah...saya dapat triplets...tali pusat diorang pun masa tu tak kena potong lagi...Ni mesti lepas selalu membaca blog ini..., lepas tu, salah sorang dari baby tu siap berak lagi dan saya cucikan...

Lepas tu bersambung ke mimpi merapu-rapu dah....

Tak apalah, walaupun mimpi tapi dapat membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga setelah bangun dari tidur. Rasa refreshed, selalu malas-malas jek nak bangun :)

Thursday, 26 January 2012

Ovulation Test

Posted by Nia at 23:36 4 comments
 Kali ni saya ingat nak monitor ovulation guna ovulation kit. First time, saya tak penah guna benda ni lagi sebelum ni. Sebabnya? Mahal sangat la, pakai sekali jek pastu terus buang. Paling murah pun 5 batang jek RM50. Tapi baru-baru ni saya dah beli ovulation kit murah, kat http://hamilcomel.blogspot.com/.

 Cara nak guna benda ni boleh terus baca di bawah;

Ovulation Tests Mechanism

Ovulation tests work by detecting Luteinizing Hormone (LH). At the beginning of the menstrual cycle, the body begins to produce follicle stimulating hormone (FSH). FSH facilitates the formation of a follicle on one of the ovaries. The follicle contains and nurtures the ovum. When a follicle has adequately matured, a surge of Luteinizing Hormone (LH) causes the follicle to burst and release the ovum into the fallopian tube – the moment of ovulation.

Throughout the menstrual cycle, a small amount of LH is produced, but during the middle of the cycle LH briefly and dramatically increases, and is known as LH surge. Elevated quantities of luteinizing hormone that facilitate ovulation are detected by ovulation tests through anti-LH antibodies contained in the sensitive testing membrane. Ovulation tests thus allow you to accurately predict when you will ovulate. A positive result on an ovulation test means that the woman will most likely become fertile over the next three days – with peak fertility at 36 hours following the LH surge.

Ovulation Test Formats

Ovulation tests come in two formats, test strips and midstream tests. Both test formats are equally reliable.
Test Strip: To use the ovulation test strip, you fill a container with urine and hold the test strip in the container for several seconds. Midstream tests: To use the Midstream test, hold the test in your stream of urine.
With most home ovulation testing products, the reaction time of the test is five minutes. At five minutes, you can interpret the tests. All tests have a “control” color band (or color line) that indicates whether the test is working or not. Also, the control band provides a color/intensity baseline by which to interpret the “test” band results. The “test” color band indicates a positive or negative result.

A positive result (indicating an LH Surge) is indicated by a test band that is of equal or greater intensity (equal or darker) than the control band. A negative result for the LH Surge is indicated when the test band is of lesser intensity (lighter) than the control band or cannot be seen. A negative result means the LH level of the urine sample is at or near its normal level and that the LH surge is not in progress. Remember, there is always some quantity of LH in your system, so a light color band in the test region is NOT an indicator of a positive result.

Things to remember when using Ovulation Tests

  • The LH surge is very brief and in order to detect the LH surge, you need to test at the right time of the month – and the right time of day. The best times to test are between 11am and 3pm and 5pm and 10pm. If you want to make sure that you catch your LH surge, you may want to test twice a day, once in the earlier time frame and the other in the later time frame. Please keep in mind that while you may have the initial surge of LH earlier in the day if testing via blood tests, you will not get a positive result on the ovulation test until 4-5 hours later when the surge actually reaches your urine. Be sure to test at the same time each day.
  • Once the LH surge has been detected, successful fertilization is most likely to take place one to three days following the LH surge – with peak fertility at 36 hours post-LH surge.
 Harini sudah CD ke 12...sepatutnya saya tengah ovulate. Kemusykilan saya adalah, semalam saya dah test 2 kali, tengahari dalam 1pm dan waktu maghrib, masih satu line. Hari ini dah masuk CD12, tadi pukul 11am saya cek lagi, masih lagi 1 line...Sepatutnya start ovulate CD12 kan...isy...nampaknya saya belum ovulate lagi...

Nanti karang test lagi la...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting