Wednesday, 25 January 2012

Yakinlah dengan Dia

Posted by Nia at 18:36 1 comments
Kita yakin bahawa...

Apabila doa kita segera dimakbulkan, itu tandanya Allah menyayangi kita.
Apabila doa itu lambat dimakbulkan, itu tanda Allah hendak menguji hambaNya.
Apabila doa tidak dimakbulkan, itu tanda Allah sudah menyediakan ganjaran yang lebih besar samada di dunia lebih lagi di akhirat. Allah tidak zalim, tidak akan mungkin janji. Hanya saja kita meletakkan solat agenda utama dan sabar atas segalanya.

Siapalah kita untuk meragui janji Allah..
Siapalah kita untuk mendesak Allah membuat sesuatu yang kita mahu sedangkan Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambaNya.
Siapalah kita untuk dikecualikan dari ujian sedangkan Rasul saw. kekasih Allah sendiri menerima ujian yang sangat berat.
Siapalah kita untuk merungut dengan ujianNya sedangkan limpahan nikmat Allah selama ini belum lagi kita syukuri sepenuhnya.
Siapalah kita untuk merintih dengan kehilangan yang tersayang, sedangkan yang kita sayangi itu sedang berada dalam curahan kasihNya yang Maha Agung.
Siapalah kita pada pandanganNya ….. diri yang selalu alpa padaNya sedangkan Dia tidak pernah alpa pada kita. Diri yang sering melakukan dosa sedangkan Dia masih tidak jemu memaafkannya. Diri yang ibadah tidak seberapa tetapi masih meminta padaNya. Diri yang masih biasa tertipu dengan dunia sedangkan akhirat sudah pasti menanti.

Janji Allah itu benar. Kasih Allah itu benar. Rencana Allah itu benar. Qadha’ dan qadar Allah itu memang benar dan akhirat itu sudah pasti benar.

Yang palsu adalah kegembiraan di dunia. Kegembiraan itu akan padam pada bila2 masa.

Wahai hati bersabarlah. Dunia adalah penjara orang beriman. Orang beriman itu ada Allah dihatinya biarpun seribu dugaan melanda.

Orang beriman itu ada taqwa dalam jiwanya. Orang bertaqwa itu meletakkan akhirat di atas junjungannya dan merebahkan dunia di kaki agar apabila dunia cuba menggodanya ia akan mudah ditendang begitu saja.

Thursday, 19 January 2012

Tumpang bersedih...

Posted by Nia at 23:41 0 comments
Sebelum ini, saya dan sorang akak W, sama-sama menjalankan treatment kat L***N. Sejak dia tau saja saya pun bertreatment di sana, kami selalu bersms dan saling bermessage di fb berbincang mengenai treatment yang kami jalankan. Dia bertanyakan saya bagaimana usaha saya dan begitu juga dengan saya. It ends up last year, masing-masing senyap jek, selepas IUI kali ke 3 gagal dan satu-satunya IUI yang saya jalani gagal, kami sama-sama berehat. Berehat bukan maksudnya tak berbuat apa-apa tapi segala ubat macam homeopati, bidadari, amazing, serbuk kurma juga saya amalkan. Satu lagi, maajun pun saya makan juga, atas nasihat ibu saya...huhuhu...

Dalam bulan lepas, saya mengetahui yang kak W telah pun mengandung selepas menjalani IUI kali ke 4. Itu pun saya ketahui secara kebetulan lepas saya mengintai fbnya...hehe...saya tumpang happy sama, syukurlah dia berjaya mendapat hadiah istimewa sempena tahun baru.

Namun tadi, dia mesej saya semula bertanyakan apa treatment yang telah saya buat. Dalam hati saya, erm...mungkin dia nak bagitau yang dia dah berjaya preggy, of courselah saya tumpang gembira...tapi sebaliknya, dia memberitahu saya yang kandungannya yang sepatutnya 3 bulan cuma nampak kantung jek dan ukuran cuma 4 minggu, baby masih tak nampak. So maksudnya dia missed abortion dan Dr suggest supaya dnc dibuat. Dr bagi lagi masa supaya kantung tu gugur sendiri. Sedihnya...

Sunday, 15 January 2012

Menanti cycle 1

Posted by Nia at 20:24 2 comments
Sejak saya operate pada 19 Dec 2011 lepas, saya masih lagi belum didatangi period. Nampaknya cycle saya kali ni akan berakhir dan mengikut graf yang saya letakkan ni, kemungkinan saya akan didatangi period esok rasanya. Sedih juga tapi nampaknya cycle seterusnya saya akan gunakan clomid dan minyak castar yang dibekalkan oleh Dr.


Pada 27 Dec, saya perasan saya ada mengeluarkan white egg, benda tu selalunya berwarna jernih, memanjang dan tak terputus. Terdetik juga di hati, saya tengah ovulatekah? Lepas tu terus ke Guardian untuk membeli fertility test, erm...tengok je harganya mak oi mahal. So tak jadik la beli. Lagipun saya tak sure masa tu waktu subur sebab saya period pun dah lama, last period pun 15Dec. Yang tanda merah pada CD12 tu  menunjukkan saya dah ovulate. So, sepatutnya bersama adalah CD12-CD6 la gitu. Walaupun ada 3x bersama dalam tempoh waktu tu, bila tengok jek suhu menjunam turun maknanya cycle kali ni gagal lagi...huhuhu...

Dalam masa yang sama, sebenarnya saya merasa happy juga memandangkan saya tidak perlu lagi sakit kepala menunggu period, seperti waktu-waktu sebelum saya operate. Tak apa la, think positive jek, mungkin rezeki saya pada next cycle.

P/S Baru ke toilet tadi. Nampaknya hari inilah bermulanya CD1 saya.
__________________________________________________________________________________

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan TAHNIAH saya ucapkan kepada nakpregnant, akhirnya telah disahkan mengandung...Syukur Alhamdulillah. Lepas ni jaga kesihatan ok. Benar katanya, bila sampai masa, Allah akan beri jua.

Friday, 6 January 2012

Senyawa

Posted by Nia at 00:04 2 comments
Tengah tengok cerita kat Astro Prima bertajuk 'Senyawa' lakonan Fauziah Gaos dan Dira. Berkisahkan tentang pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak setelah berbelas tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun demikian mereka bahagia sehinggalah tibanya campur tangan daripada pihak keluarga. Akibat desakan rasa tamak si isteri, Mastura menggunakan rasa kasih membuta tuli sang suami, Ku Hairi; dengan membuat syarat agar perkahwinan kedua suaminya diatur oleh dirinya sendiri. Proses persenyawaan dan tumpangan rahim digunakan demi menghasilkan zuriat mereka sendiri tanpa mengira pakai hukum agama. Mastura memonopolikan keadaan terpaksa Aisya yang terhutang budi agar Aisya bersetuju dengan saranannya tanpa mengetahui komplot busuk yang dirancangnya.

Permulaan cerita ini memang menyedihkan, berjurai jurai air mata mengalir....apa taknya, saya pun masih lagi ternanti-nanti zuriat, bila tengok cerita macam ni sememangnya jiwa saya lemah, cepat je nangis...huhu...tapi second part bila Aisya dan sang suami dah kawin, dan mempunyai zuriat sendiri, perangai Mas berubah, membolot kasih sayang dengan anaknya, Adam dan membiarkan si suami terkapai-kapai sendiri...Abis apa lagi, bila si suami dah terbiar begitu, mestilah dia akan berpaling dengan yang satu lagi kan...

At last, kantoi la pula yang Aisya dah mengandung lagi...mengamuk la si Mas ni siap tendang-tendang pula perut Aisya...yang tak tahan tu siap amik pisau nak acah-acah kat Adam pulak tu...adui...lastly, si suami ni berjaya juga menyelamatkan si baby tu....macam tu la plak ending dia...huhuhu

Thursday, 5 January 2012

19 hari lepas laps

Posted by Nia at 18:50 7 comments
Hari ini 6 Jan 2012, 19 hari sudah berlalu selepas buat Laps Ovarian Drilling. Luka pun dah sembuh, dah start sambung buat kerja macam biasa, cuma elakkan saja benda-benda berat. 10 hari selepas surgery dah berjumpa dengan Dr, dia berikan 2 cycle clomid dan minyak kesuburan untuk the next cycle. Saya masih lagi menunggu period yang seterusnya...saya musykil juga sebab sepatutnya hormon dah stabil la kan lepas buat surgery ni? Hehe, bukan ape, tak sabar nak period nak makan clomid untuk cycle tersebut...

Permulaan seminggu lepas surgery tu rasa macam Puan Besar aje kat umah, hubby basuh kain (ala..pakai washing machine jek), masak, kemas rumah, basuh pinggan...hehe...saya tengok tv jek keje...hehe...ni yang buat lagi sayang kat hubbyku ini...awal pagi pun dah bangun, masakkan makanan untuk saya makan tengahari nanti...seronok juga tengok...tapi dah lepas seminggu tu saya dah boleh masak sendiri dah...

Sebenarnya saya risau juga, masa 10 hari lepas laps tu, Dr kata dah boleh bersama...bila tengok luka kat peyut tu, katanya luka saya dah sembuh. So dah boleh bersama, katanya...Abis dah bila Dr kata macam tu, hubby pun mengajak la...sebenarnya bukannya s***p pun, rasa ngilu la...sori eh...sebenarnya cite pasal ni bukan ape, risau la kan di dalam tu tak sembuh lagi sepenuhnya...harap-harap yang dah penah wat laps tu boleh jawabkan???

Dr tak bagi makan pati ikan haruan dan gamat tu kerana bimbang ada reaksi negatif nanti timbul kat bahagian pembedahan tu, tapi ikan haruan tak pe. Carik kat pasar borong pun tak nampak batang hidung ikan haruan tu...huhu...So mencarilah hubby ni ikan haruan, post kat wall FB die, dah rezeki agaknya, malam tu jugak kawan dia bawa ikan haruan dari Puchong. Katanya ada kawan yang pelihara ikan ini, hidup lagi tu. Besau...reganya RM20. Awal pagi keesokkannya hubby pun menamatkan riwayat ikan tersebut...first time mengelar ikan tu, dah habis penggal kepala dia pun badannya still tergodek-godek lagi eh? Erm...tak boleh kesian kan, kita nak makan untuk ubat...At last, sekarang ni setiap hari saya akan merebus ikan ni. Sedap jugak, lembut isi dia...

Next week kami akan ke Bandung...Bukannya lebih ke arah nak shopping pun, nak berehat jek...Tiket ni beli pun awal tahun lepas, RM250 dua orang pergi balik sekali dengan 2 luggage besar. Memang untunglah... Cuma saya bawa diri je la, hubby la tukang mengangkat luggage...rasanya masa tu belum lagi sampai sebulan pas surgery, so kena jugak jaga...Sebenarnya sepanjang tahun ni saya agak sibuk dengan travel...dengan umrahnya lagi bulan 3 ni...dengan conference kat Itali (InsyaAllah) lagi bulan 5 dan bercuti ke Bali hujung bulan 5 juga...dengan study saya lagi...harap-harap segalanya dipermudahkan... Amin...
 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting