Wednesday 20 June 2012

Ke klinik lagi

Posted by Nia at 20:28
Tadi saya berkunjung lagi ke klinik untuk cek telur. Timbang berat - 60.4kg. Pembantu tu cakap, wah...ni baru beberapa hari berdiet ni'. Hehehe...Dr Hamid takde, so Dr Aimy yang entertain. Dia bagitau yang telur saya baru sahaja pecah, melihatkan kepada keadaan objek yang tidak berapa bulat dan air yang dikeluarkan berada di sebelah rahim...

Dr Aimy: 'Oleh kerana telur dah pecah, jadi kita tak payah bagi suntikan untuk pecahkan telur ni. So boleh la buat IUI kalau nak. Kalau tengok macam ni, ada dua biji telur yang dah pecah ni'.
Saya: 'Ha? Buat IUI? Bila Dr?'
Dr Aimy: Hari ni?
Saya : Sungguh saya tidak sangka. 'Eh, semalam dah bersama, Dr, Harini boleh ke lagi?'
Dr Aimy: 'Berapa count sperm husband?'
Saya: 'Sperm count dah buat kat l***n. Ada 60 juta'.
Dr Aimy: 'Should be no problem. Tapi oleh kerana semalam dah bersama, jadi peratus kejayaan separuh je la'.
Saya: Berfikir sebentar. Bukan tak nak IUI tapi mengejut sangat. Lagipun telur dah pecah takut dah lambat sangat. 'Tak apa lah Dr, Biarlah natural sahaja'
Dr Aimy: Ok. Kalau ada apa-apa call klinik je (in case period).

Ops, panik i...biar betul? Sebelum ni pernah juga saya buat IUI tapi Dr akan pecahkan telur dan telur tu akan pecah pada keesokan harinya. Lepas tu baru buat IUI. Lagipun, cycle saya panjang, sebelum ni 45 hari each cycle. Ni baru hari ke 18, maknanya maybe telur keluar 2 hari lepas kut. Sebab masa tu saya ada terasa senak-senak kat ovari (only my assumption). Lepas tu, tadi pagi cek suhu dan suhu dah naik dah, 36.63 darjah.

Nampaknya cycle saya dah nak elok dah. Dr kata semua ni adalah hasil saya berdiet, sebab berat badan turun jadi hormon menjadi elok balik. Cuma satu benda yang saya terlupa nak tanya dia balik, telur yang pecah tu matang ke? ke ada juga telur yang tak matang tu pecah?

Updated: Saya ada bertanyakan kepada kak Nini berkenaan dengan telur pecah tu matang ke tak.

Kak Nini: 'Sekiranya ia pecah dgn sendiri itu tandanya ia matang...jika ia tidak pecah ia akan menjadi cyst...itu tandanya ia tidak matang.. JIKa pesakit ada PCOS ...ada kemungkinan juga sekali sekali telur matang dan pecah sendiri...sebab itu masih ada yg mengandung walaupun ada PCOS.'

Meaning, telur tu memang matang la. Doa banyak-banyak je sebab bersama pun bukannya waktu ovulation.

4 comments:

Wanz on 21 June 2012 at 05:05 said...

gudluck honey..moga cycle ini milik awak...x sabar tggu berita baik dari awak....

Little world on 21 June 2012 at 17:39 said...

Tahniah---akhirnya pecah jugak dier---jangan buat keje heavy duty yer--rileks2X dan bertawakal---Nampak gaya macam ada chance-walaupon 50%--think +ve insyaallah-MOGA AKAN MENDAPAT BERITA GEMBIRA nanti--amin!!!!....Selalunya PCOS kalau hormon dah ok--n Suhu BBT OK--% untuk Berjaya ada....

Nia on 21 June 2012 at 17:57 said...

wan nisae: mudah-mudahan berita baik itu akan menjelma juga...doakan ok

little world: saya pun tak sangka sebab cepat sgt. Cuma masa ovulate tu saya masih lagi di kg. Takpe la, saya cuma yakin, kun fayakun. Kalau dah sampai masa mesti Allah akan bagi juga.

Thanks ya...

chinta... on 27 June 2012 at 17:05 said...

moga2 ada berita baik pasni..chinta ni x tahu la bila nak start berdiet..malas kebenor..tapi baby nak..hehhehe

 

Waiting for our 'fruit of love' Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting